ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI

Assalamualaikum, doctor. Tahun lepas saya ada buat pemeriksaan kesihatan kerana saya kerapa rasa lemah badan dan pening. Hasil pemeriksaan darah mendapati Hb saya rendah, iaitu 9.4. Doktor yang merawat mencadangkan saya mengambil suplemen zat besi dan asid folik. Setelah amalkan selama setahun, pemeriksaan terbaru menunjukkan hb saya telah normal iaitu 13. Adakah saya perlu mengamalkan terus suplemen tersebut atau saya perlu menghentikannya kerana tahap hb saya sudah normal. Terima kasih.

WALAIKUMUSALAM.

Anemia adalah bukan penyakit. Ia adalah tanda yang disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan penyerapan nutrient, masalah berkaitan dengan sel darah merah atau mungkin disebabkan oleh masalah kehamilan.

Seseorang yang dikatakan mengalami masalah anemia apabila sel darah merah yang normal (yang berfungsi untuk membawa gas oksigen ke seluruh tubuh) mengalami kekurangan. Ini menyebabkan seseorang itu mengalami masalah cepat letih, muka menjadi pucat, dan jantung berdegup laju.

Anemia diketahui apabila pesakit menjaani pemeriksaan darah dan tahap hemoglobin (hb) diukur. Hemoglobin adalah protein dalam darah yang bertanggungjawab membawa oksigen. Tahap hemoglobin yang rendah akan menyebabkan pesakit mengalami tanda-tanda kekurangan darah merah seperti yang saya beritahu tadi.

Paras hemoglobin yang normal bagi wanita adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL manakala bagi lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL.  

Kebanyakan punca masalah anemia ini disebabkan oleh masalah kekurangan zat besi, sama ada disebabkan pesakit tidak mengambil zat besi yang mencukupi dalam makanan atau mengalami masalah penyerapan zat besi. Ia dikenali sebagai Iron Deficiency Anemia.

Dalam kes puan, saya percaya masalah yang puan alami adalah disebabkan oleh masalah kekurangan zat besi ini. Oleh itu pengambilan suplemen zat besi dan asid folik dapat mengatasi masalah ini dan tahap hemoglobin puan menjadi normal.

Puan boleh menghentikan dulu pengambilan suplemen-suplemen ini jika puan mampu mengekalkan pengambilan makanan yang mempunyai zat besi dan asid folik yang tinggi.

Selalunya zat besi boleh didapati dari sumber daging dan organ dalaman. Sebagai contoh 100mg hati ayam memberikan 13mg zat besi, hati lembu 124g memberikan 11mg zat besi dan paru 100mg memberikan 8mg zat besi. Telur dan ikan bilis juga memberikan sumber zat besi. Jika puan seorang vegetarian, boleh mengambil kacang kuda, pucuk paku, peria dan kangkong.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!