Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » DOKTOR, APA PUNCA SINUSITIS?

DOKTOR, APA PUNCA SINUSITIS?

DOKTOR, APA PUNCA SINUSITIS?

✅ Sinusitis adalah jangkitan kuman dalam rongga sinus dalam tulang tengkorak. Ia menyebabkan keradangan pada rongga tersebut.

✅ Keadaan akan bertambah teruk, jika pembukaan pada rongga sinus tersumbat dan kuantiti mukus bertambah banyak dalam rongga sinus ini.

✅ Dalam kes jangkitan sinusitis yang kronik, pembukaan rongga sinus boleh tertutup (tersumbat) apabila terdapat pembentukan polyp atau pembengkakan lapisan mukosa ethmoidal.

✅ Bagi mereka yang mengalami alahan yang melibatkan hidung (allergic rhinitis) atau melibatkan sinus (allergic dinusitis), pembentukan lendiran mukus dalam rongga hidung dan sinus bertambah banyak.

✅ Kedua-dua keadaan ini menyebabkan pengumpulan lendiran mukus dalam rongga sinus dan akhirnya menyebabkan jangkitan bakteria ada lendiran mukus, yang akhirnya bertukar dari lendiran tidak berwarna kpd lendiran yang berwarna kuning.

✅Lendiran kuning akan keluar apabila bila menghembuskan hidung sama ada dengan memasukkan sedikit air atau pun tidak.

✅ Bagi mereka yang mengalami masalah ini, saya mencadatangkan agar membersihkan ronggga hidung dengan memasukkan sedikit air bagi mengeluarkan lendir yang mungkin telah kering dan sukar dibersihkan.

✅ Jika tidak dirawat, masalah ini akan menyebabkan sinusitis yang kronik, menyebabkan jangkitan kuman yang berulang-ulang.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: