Advertorial
Home » Lelaki » MENOPAUSE DI KALANGAN LELAKI?

MENOPAUSE DI KALANGAN LELAKI?

MENOPAUSE DI KALANGAN LELAKI?

Menopause di kalangan lelaki dikenali sebagai andropause. Ia merujuk kepada perubahan berkaitan usia yang menyebabkan tahap testosterone yang semakin berkurangan. Ia berlaku apabila seorang lelaki mula mencapai usia 50 tahun.

Tahap testoren yang mencukupi sangat penting bagi seorang lelaki dewasa, bukan setakat untuk menyebabkan perasaan ingin melakukan hubungan intim bersama isteri, telah merangsangkan penghasilan tenaga, merangsangkan pembentukan otot pada tubuh dan merangsangkan minda yang positif.

Tahap testosterone boleh diukur dengan pemeriksaan darah. Bacaan yang normal antara 300 hingga 1,000 nanograms per deciliter (ng/dL).  Dalam kajian 40% lelaki yang berusia 45 tahun ke atas mengalami masalah kekurangan hormone ini.

Masalah andropause berbeza antara seorang lelaki dengan lelaki yang lain. Seorang individu mungkin mengalami beberapa masalah tertentu, antaranya adalah:

  1. Tahap tenaga yang rendah
  2. Rasa keseorangan
  3. Rasa kurang motavasi
  4. Sekar memberikan focus
  5. Insomnia atau rasa sukar tidur
  6. Peningkatan lemak pada tubuh
  7. Kekurangan otot pada tubuh
  8. Pembentukan payudara pada dada
  9. Kerapuhan otot
  10. Masalah erectile dysfunction atau mati pucuk
  11. Masalah kesuburan
  12. Saiz zakar yang semakin mengecil
  13. Kehilangan bulu pada tubuh
  14. Rasa panas badan terutama waktu malam

Apa yang membimbangkan penurunan tahap testosterone di kalangan lelaki yang muda juga dikaitkan dengan masalah diabetes, hipertensi, tahap kolestrole yang tinggi, selain masalah kesuburan.

MENDIAGNOSA DAN MERAWAT ANDROPAUSE

Cara yang terbaik bagi mendiagnosa masalah ini adalah dengan melakukan pemeriksaan darah bagi mengetahui tahap testosterone dalam darah.

Perlu diingati bahawa masalah kekurangan hormone ini adalah suatu yang normal bagi seroarang lelaki apabila semakin meningkat usia. Cum ajika ia menyebabkan masalah tertentu atau ia berlaku pada usia yang lebih muda (pada usia kurang dari 50an) seseorang individu perlu mencari rawatan yang sesuai. Pada peringkat awal ia mungkin dapat dirawat dengan mengamalkan Tujuh Langkah Aaafiyat.

1. Banyakkan berpuasa atau menjarakkan waktu makan

2. Mengambil makanan yang bernutrisi terutamanya makanan yang disebut dalam al Quran (Quranic Food)

3. Minum air secukupnya, pastikan air kencing tidak pekat dan berbau hancing

4. Tidur yang berkualiti, pastikan bila bangun tidur kita berasa segar

5. Melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian, antara banyakkan berjalan kaki, melakukan senaman regangan dan mengangkat berat yang bersesuaian.

6. Kawal stress dengan baik

7. Ambil suplemen (dalam bentuk herba, vitamin atau mineral) yang diperlukan.

Perubahan gaya hidup adalah penting dan selalu perubahan yang ketara apabila melakukannya selama 4 bulan. Bagi yang telah mengalami banyak masalah yang kronik, rawatan yang lebih sempurna dengan berjumpa dengan doctor.

Pengambilan hormone sintetik adalah cara lain bagi merawat masalah ini. Namun ia harus diambil secara berhati-hati kerana ia boleh merosakkan fungsi hati dan menyebabkan kanser prostate. Selain itu pengambilan herba Tongkat Ali, Madu, Ginseng, Maca dan Ubi Jaga dikatakan dapat membantu meningkatkan hormone testeosterone secara beransur-ansur.

Pengambilan minyak sihat (terutamanya minyak zaitun) membantu untuk meningkatkan tahap hormone testosterone di Kalanga lelaki di kawasan Mediterranean.

Secara kesimpulannya, penurunan tahap hormone testosterone adalah normal apabila kita semakin semakin tua. Kebanyakan lelaki symptom kekurangan hormone dapat diuruskan dengan baik dan menukarkan gaya hidup dapat membantu meningkatkan semula tahap hormone mengikut peningkatan usia. Namun bagi sesetengah lelaki terutama yang masih muda, pengambilan suplemen herbal, vitamin dan mineral mungkin membantu. Pengambilan hormone sintetik haruslah menjadi pilihan yang terakhir dan diambil dalam jangka masa yang pendek.

Semoga bermanfaat.

Boleh dapatkan herba Tongkat Ali Phytoplus keluaran Phyto Biznet Sdn Bhd, anak syarikat UTM Skudai dari pengedar kami.

HP 019 7022391 (Dr Zubaidi)

HP 019 7712391 (Dr Zubaidi)

Rujukan:

1. Mathis Grossmann, Merlin C. Thomas, Sianna Panagiotopoulos, Ken Sharpe, Richard J. MacIsaac, Sophie Clarke, Jeffrey D. Zajac, George Jerums, Low Testosterone Levels Are Common and Associated with Insulin Resistance in Men with Diabetes, The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism, Volume 93, Issue 5, 1 May 2008, Pages 1834–1840.

2. Joseph Whittaker, Kexin Wu, Low-fat diets and testosterone in men: Systematic review and meta-analysis of intervention studies, The Journal of Steroid Biochemistry and Molecular Biology, Volume 210, 2021,

3. Keller AC. Tongkat ali aqueous extract shows promise in study for men who are symptomatic of hypogonadism due to low testosterone. HerbClip. November 15, 2011 (No. 071165-436).

4. Tambi MIBM, Imran MK, Henkel RR. Review of Standardised water-soluble extract of Eurycoma longifolia, tongkat ali, as testosterone booster for managing men with late-onset hypogonadism. Andrologia. 2012;44(Suppl. 1):226-230.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: