“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Umur saya 59 tahun. Masalah saya adalah buah testis saya bengkak dan rasa sakit. Bila terasa hendak buang air kecil, air mani akan keluar bersama. Boleh saya dapatkan penjelasan. Terima kasih”. Waalaikumussalam. Keluarnya air mani semasa kencing boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Berikut adalah beberapa penyebab yang mungkin: 1. Sisa Air Mani: Kadang-kadang, sisa air mani boleh tertinggal dalam uretra selepas ejakulasi terakhir. Apabila anda kencing, tekanan dari air kencing boleh menolak sisa air mani keluar. 2. Ejakulasi Berundur: Ini berlaku apabila otot di leher pundi kencing tidak berfungsi dengan baik, menyebabkan air mani masuk …
Read More »Lelaki
AIR MANI BERCAMPUR DARAH
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan kejadian yang baru berlaku semalam pada diri saya. Saya seorang lelaki berumur 40 tahun. Semalam saya bersama isteri saya melakukan persetubuhan. Pada awalnya memang tiada masalah. Bila rasa kemuncak dan keluar air mani, saya tengok ada darah yang cukup banyak pada kemaluan saya. Semalam saya pergi buat rawatan di hospital dari segi ujian darah, ujian air kencing dan x-ray. Hasil keputusannya doktor cakap tiada apa-apa masalah pada saya dan juga doktor tidak bagi saya apa-apa ubat utk dimakan melainkan ubat darah tinggi jela yang dia bagi pd saya disebabkan darah saya tinggi. Jadi …
Read More »MENOPAUSE DI KALANGAN LELAKI?
MENOPAUSE DI KALANGAN LELAKI? Menopause di kalangan lelaki dikenali sebagai andropause. Ia merujuk kepada perubahan berkaitan usia yang menyebabkan tahap testosterone yang semakin berkurangan. Ia berlaku apabila seorang lelaki mula mencapai usia 50 tahun. Tahap testoren yang mencukupi sangat penting bagi seorang lelaki dewasa, bukan setakat untuk menyebabkan perasaan ingin melakukan hubungan intim bersama isteri, telah merangsangkan penghasilan tenaga, merangsangkan pembentukan otot pada tubuh dan merangsangkan minda yang positif. Tahap testosterone boleh diukur dengan pemeriksaan darah. Bacaan yang normal antara 300 hingga 1,000 nanograms per deciliter (ng/dL). Dalam kajian 40% lelaki yang berusia 45 tahun ke atas mengalami masalah kekurangan …
Read More »MASALAH BAHU YANG TIDAK BOLEH DIGERAKKAN
FROZEN SHOULDER) Frozen shoulder, kadang kala dikenali sebagai “adhesive capsulitis”, adalah keadaan di mana sendi bahu tidak boleh digerakkan dan apabila digerakkan boleh menyebabkan rasa sakit. Keadaan in tidak berlaku secara tiba-tiba tetapi berlaku secara beransur-ansur,dan menjadi bertambah teruk. Kadang kala masalah ini akan hilang dengan sendiri setelah 2-3 tahun. Ia boleh berlaku pada sebelah bahu atau kedua-dua belah bahu. Risiko seseorang itu mendapat masalah ini apabila mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, autoimmune disease dan beberapa masalah kesihatan lain atau setelah menjalani beberapa prosedur yang menghalang pergerakan sendi bahu. Stroke yang lama dan tidak melakukan …
Read More »RASA SAKIT SEMASA EREKSI
RASA SAKIT SEMASA EREKSI Ramai yang bertanya tentang masalah yang dihadapi oleh segelintir lelaki, iaitu mereka mengalami masalah rasa sakit atau tidak selesa apabila mereka mengalami ereksi. Sudah tentu ia mengganggu kemampuan untuk melakukan hubungan intim dengan lebih baik. Akhir ia juga menyebabkan mereka rasa takut bila diajak untuk bersama. Adakah ia berkait rapat dengan kerosakan saraf? Secara am ada beberapa masalah yang mungkin muncul ketika seorang lelaki mengalami ereksi. Ini mungkin menunjukkan ada sesuatu yang tidak normal berlaku pada diri lelaki tersebut. Kulit menjadi merah dan mengelupas. Apabila ia disentuh, keadaan ini menjadi lebih teruk. …
Read More »MASALAH TEKANAN DARAH MENGGANGGU KEBOLEHAN EREKSI LELAKI
MASALAH TEKANAN DARAH MENGGANGGU KEBOLEHAN EREKSI LELAKI Masalah ereksi adalah masalah seksual yang menyebabkan lelaki tidak boleh melakukan fungsi seksualnya kerana tidak mendapat tahap ereksi maksima. Ini mengakibatkan zakar tidak mampu mengekalkan reksi pada yang masa yang sepatutnya. Masalah ereksi ini boleh disebabkan beberapa faktor, antaranya kerosakan pada sistem reproduksi akibat penyakit kronik seperti diabetes, mengalami gangguan karena stress yang berlebihan sehingga menyebabkan kemurungan, kegemukan dan kadar hormon testosteron yang semakin menurun. Salah satu puncanya ialah akibat mengalami masalah tekanan darah tingg i (hypertension). Dari sebuah kajian yang pernah dilakukan, kebanyakan lelaki yang mengalami masalah hypertension …
Read More »PERANAN MAGNESIUM DALAM TUBUH LELAKI
Magnesium sangat penting untuk proses metabolisme dalam tubuh. Ia terlibat dalam lebih 300 proses tindakbalas biokimia dalam tubuh. Apa yang penting magnesium juga berkait rapat dengan testosteron. Kekurangan magnesium akan menyebabkan tahap testosteron berada dalam tahap yang rendah walaupun berada dalam julat yang normal. Kekurangan magnesium dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan: – Hormon tidak seimbang – Masalah Kardiovascular – Rasa kegelisahan – Masalah Sukar Tidur – Diabetes – Risiko kepada Osteoporosis Oleh kerana ia tidak diberikan kesedaran secara meluas dalam dalam komuniti kesihatan, ramai yang tidak menyedari masalah …
Read More »Kencing tidak lawas
KENCING TIDAK LAWAS “Salam doctor. Saya mohon doctor menjawab persoalan saya ini. Saya sangat risau kerana abah saya sakit, sedangkan saya sedang menduduki peperiksaan. Abah saya asyik kembung perut, sakit angin, dan kencing tak lawas. Masalahnya dia tidak mahu pergi hospital. Bolehkah saya ikhtiar dengan sakanjabeen, kerana dia juga menghidap penyakit darah tinggi juga. Terima kasih” WALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya agak sukar saya menjawab soalan ini kerana saya tidak mengetahui biodata diri pesakit, terutamanya umur dan sejarah rawatan sebelum ini. Masalah yang dihadapi oleh bapa juga diberitahu hanya secara ringkas. Saya mencadangkan, jika dia tidak …
Read More »Masalah ketegangan zakar di kalangan pesakit diabetes
APAKAH PUNCA MASALAH MATI PUCUK DI KALANGAN PESAKIT DIABETES? Kerosakan saraf pada pesakit kencing manis berlaku apabila tahap gula dalam darah sangat tinggi dan pesakit diabetes tidak mengawal penyakit dengan baik. Selain dari kerosakan saraf, saluran darah halus juga akan rosak sehingga menyebabkan tisu alat kelamin tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. Ini mengakibatkan rasa rangsangan seksual dari alat kemaluan dari alat kelamin tidak sampai ke otak, dan ia juga menyebabkan alat kelamin lelaki tidak menegang. Saluran darah yang menyempit akibat kerosakan ini menyebabkan aliran darah yang lemah dan tidak mampu menegangkan alat kelamin lelaki atau mengekalkan …
Read More »Tanda ubat kuat lelaki mengandungi bahan terlarang SILDENAFIL
“Salam doktor, bagaimana mahu mengetahui satu produk kuat untuk lelaki itu mengandungi bahan terlarang SILDENAFIL” WA ALAIKUM MUS SALAM Caranya mudah. Antara tandanya ialah: 1. Ia harus diambil beberapa jam sebelum mengadakan hubungan intim. Pengguna akan merasakan selepas beberapa jam, kesan ereksi dapat dirasakan. 2. Kesan ereksi ini juga datang bersama sakit kepala, hidung berair, leher rasa tegang (tidak selesa) dan rasa lemah (akibat tekanan darah turun secara mendadak) 3. Tanpa menggunakan ubat kuat ini ereksi tidak berlaku. Akhirnya berlaku penggantungan terhadap ubat. 4. Semakin lama ia tidak berkesan lagi seperti dulu. Pengguna memerlukan dos yang lebih kuat. Akhirnya …
Read More »Onani tidak berbahaya?
ONANI ATAU MELANCAP TIDAK BERBAHAYA? Saya membaca satu blog. Admin blog yang mengikuti satu seminar kesihatan, memetik jawapan dari sebuah soalan yang ditanya oleh peserta seminar. Peserta itu bertanyakan tentang kesan beronani secara berlebihan, adakah aktiviti yang dilakukan itu boleh menjejaskan kesihatan. Pakar perubatan memberitahu bahawa beronani itu wajar dan normal kerana dalam satu kajian, didapati antara 70-90% orang lelaki melakukan onani. Saya berpendapat bahawa beronani bukanlah amalan yang sihat dan bukannya amalan yang normal. Orang yang mengalami ketagihan onani harus mencuba menghentikan amalan ini kerana ia memberikan kesan jangkamasa panjang di mana kepuasan seksual HANYA didapati dari …
Read More »Ramai lelaki Malaysia mati pucuk
RAMAI LELAKI MALAYSIA MATI PUCUK Bilangan lelaki Malaysia yang menghadapi masalah disfungsi erektil atau Erectile Disfunction (ED) iaitu mati pucuk semakin meningkat saban tahun dan kini mencecah lebih 3.5 juta orang (2004). Masalah kelakian itu agak membimbangkan dengan bilangan penghidapnya hanya 1.7 juta pada 1997, meningkat kepada 2.3 juta pada 2003 dan 3.5 juta pada tahun lalu. Daripada angka tersebut, 15 peratus melibatkan lelaki berumur antara 25 dan 34 tahun manakala 23 peratus lagi di kalangan lelaki lingkungan umur tersebut mengalami kesukaran mengekalkan ereksi. Pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Dr. Ismail Thambi yang mendedahkan perkara itu bimbang …
Read More »Lelaki mengalami kerosakan alat kelamin setelah menyuntiknya dengan gel vaseline
LELAKI MENGALAMI KEROSAKAN ZAKAR SETELAH MENYUNTIKNYA DENGAN GEL VASELINE Lelaki berbangsa Hungarian, dan merupakan bapa kepada seorang anak, berusia 24 tahun telah menyuntik zakarnya dengan gel Vaseline untuk meningkatkan kelelakian beliau. Hasrat beliau untuk membesarkan saiz kemaluan (zakar) beliau. Rakan beliau melakukan suntikan ini setelah mempelajarinya di internet. Akhirnya beliau tidak dapat lagi mengalami ketegangan zakar (ereksi) kerana alat kelaminnya telah rosak. Ia juga telah menyababkan rasa sakit dan bengkakan. Beliau memberitahu “Saya terpaksa berhenti melakukan hubungan seks dengan isteri saya kerana ia terlalu menyakitkan. Setiap hari adalah sukar bagi saya kerana ia sangat menyakitkan dan menyebabkan pendarahan. …
Read More »Air mani berwarna kuning 2
AIR MANI BERWARNA KUNING 2 “Assalamualaikum doktor. Saya sering melakukan onani dan baru-baru ini saya mengalami kegatalan pada alat sulit saya. Apabila saya kencing, terasa pedih dan air mani saya berwarna kekuningan. Saya ada pergi ke klinik swasta dan doktor mengatakan tiada apa yg membimbangkan dan memberi antibiotic. Saya ingin mendapat penjelasan,adakah masalah saya serious atau tidak?. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Warna air mani dan kepekatannya boleh berubah-ubah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya factor umur, pemakanan dan kekerapan melakukan pancutan. Ia boleh jadi normal, dan boleh jadi terdapat jangkitan kuman atau masalah dalam saluran …
Read More »Asid Folik untuk Lelaki
ASID FOLIC UNTUK LELAKI “Salam doktor. Asid folik boleh dimakankah oleh lelaki? “ WA ALAIKUM MUS SALAM. Asid folik boleh diambil dan diamalkan oleh lelaki dan perempuan, yang sudah berkahwin dan yang belum berkahwin. Folic acid adalah sebahagian dari vitamin yang diperlukan dalam badan. Ia dibekalkan dalam bentuk pil untuk individu yang mungkin mengalami masalah kesihatan. Ini kerana asid folik sangat penting dalam membantu tubuh menghasilkan membuat sel-sel darah merah yang baru. Sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian badan. Tanpa sel-sel darah merah ini, seseorang individu itu mungkin mengalami rasa cepat penat …
Read More »Lelaki Botak Dikaitkan dengan Penyakit Kanser Prostat
LELAKI BOTAK DIKAITKAN DENGAN PENYAKIT KANSER PROSTATE “Salam doctor. Benarkan lelaki yang botak senang mendapat penyakit kanser prostate? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, benar. Lelaki yang mempunyai corak kebotakan yang tertentu mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kanser prostat yang agresif berbanding dengan lelaki yang tidak botak. Ini bedasarkan satu kajian yang dibuat baru-baru ini. Namun kajian ini hanya menunjukkan kaitan (association) dan bukan penyebab (causative). Ini kebotakan di kalangan lelaki bukanlah penyebab penyakit kanser tetapi lelaki yang botak selalunya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyakit itu. Kebotakan di kalangan lelaki mempunyai pelbagai …
Read More »Kopi Dan Kanser Prostate
COFFEE MENGURANGKAN RISIKO KEMATIAN AKIBAT KANSER PROSTATE Satu kajian meta-analisa yang memeriksa 12 kajian kes kawalan yang melibatkan 7,909 kes kanser prostate dan 9 kajian kohort yang melibatkan 455,123 pesakit, mendapati: “Minum air kopi melebihi 4-5 cawan sehari dapat mengurangkan kebarangkalian risiko mendapat kanser prostate (high-grade) dan kematian akibat kanser prostate. Rujukan:Lu Y, Zhai L, Zeng J, Peng Q, Wang J, Deng Y, Xie L, Mo C, Yang S, Li S, Qin X. “Coffee consumption and prostate cancer risk: an updated meta-analysis.” Cancer Causes Control. 2014 May;25(5):591-604. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, …
Read More »Kegemukan dan kurang hubungan intim meramalkan risiko serangan jantung
“Salam doctor. Baru-baru ini suami saya berusia 35 tahun telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan hospital awam, dan disahkan mengalami serangan jantung. Sebelum ini kami tidak tahu yang beliau mempunyai penyakit darah tinggi dan tahap kolestrole yang tinggi. Ini kerana suami saya agak ‘takut’untuk melakukan pemeriksaan. Berat badannya tidak berapa gemuk, 88kg dan tinggi 180cm. Boleh doctor komen sedikit bagaimana serangan jantung boleh berlaku pada dirinya. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya harap puan bersikap terbuka kerana mungkin apa yang hendak saya jelaskan ini agak sulit. Saya sedari ramai lelaki yang agak sukar untuk diperiksa kesihatan mereka, dan hanya akan …
Read More »Makanan Yang Boleh Menyebabkan Gout
“Salam doctor. Saya baru-baru ini diserang gout di ibu jari kaki kanan saya. Doktor memberitahu saya ada beberapa makanan yang perlu dielakkan. Mengapakah saya perlu elakkan makanan sebegitu yang menjadi kegemaran saya sejak dulu. Berat saya 110kg dan saya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis dalam rawatan. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”. Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) …
Read More »Ubat Bagi Penyakit Gout
“Salam doktor. Boleh beritahu saya bagaimana merawat gout kerana saya telah mecuba rawatan alternatif tetapi tidak memberikan kesan yang baik. Saya tidak dapat tidur semalaman kerana ibu jari kaki kanan saya sangat sakit dan doktor memberitahu saya telah mengalami batu buah pinggang. Mohon pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian. Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang. Oleh kerana saudara telah mengalami …
Read More »SAKIT PADA KERANDUT ZAKAR
“Salam doctor. Saya berumur 40an dan berbadan gempal. Baru-baru ini saya mempunyai masalah rasa senak di kerandut zakar saya. Adakah ini tanda awal bagi penyakit berbahaya? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Kesakitan pada kerandut buah zakar boleh berpunca daripada buah zakar (testis) dan struktur di sekelilingnya. Punca sebenar sakit itu hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan doktor. Antaranya adalah: 1. Jangkitan kuman pada pundi epididimis (epididymitis) atau buah zakar (orchitis). 2. Kecederaan pada kerandut buah zakar seperti tertendang. 3. Batu karang pada ginjal dan bergerak dalam saluran ureter. 4. Belitan pada saluran dalam kerandut buah zakar yang dikenali sebagai ‘varikosel’ …
Read More »Batu karang dan darah dalam air kencing
“ASSALAMUALAIKUM, Saya mengalami penyakit batu karang sejak empat tahun lalu. Saya sudah menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang tahun lepas. Tetapi penyakit itu kembali dan saya selalu mengalami kesakitan hingga ke hari ini.Kadang-kala keluar darah semasa saya buang air kecil. Adakah keadaan ini berbahaya, doctor? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Batu karang kerap berlaku di kalangan lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun. Namun, ada juga wanita yang mengalami masalah batu karang. Sakit yang dialami biasanya teruk dan tidak hairan jika lelaki dewasa boleh menangis bila sakit batu karang menyerang. Batu karang merupakan butir-butir …
Read More »Masalah air mani di kalangan lelaki
Ramai lelaki mempunyai nafsu seks yang normal dan ereksi normal, tetapi mempunyai masalah dengan puncak syahwat dan ejakulasi (orgasm/climax) yang mengganggu keseronokan seksual. Masalah-masalah ini boleh termasuk : Mencapai puncak syahwat dan ejaculating terlalu cepat (pancutan pramatang) Kesukaran mencapai orgasma (pancutan terlalu lambat) Mencapai orgasma tetapi tidak mempunyai ejakulasi (pancutan kering). Setiap satu daripada masalah-masalah ini mungkin mempunyai beberapa sebab-sebab yang berbeza, termasuk keadaan kesihatan, pembedahan dan kesan sampingan ubat. Wallahu a’lam.
Read More »Sperma Yang Berkualiti Rendah
“Assalamu alaikum, doktor, baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan air mani. Doktor mengatakan sperma saya rendah kualitinya sehingga menyebabkan isteri saya sukar dihamilkan. saya sangat sedih dan terkejut. Apa yang dimaksudkan sebagai sperma yang berkualiti rendah?” WA ALAIKUM MUS SALAM Sperma dibentuk di dalam organ testis, iaitu telur zakar. Pembentukan sperma bermula apabila seorang remaja mencapai akhil baligh sehingga usia tua. Pada lelaki yang sihat, sperma dihasilkan sebanyak 300 juta sehari, dan mampu bertahan hidup selama 48 jam setelah ditempatkan di dalam vagina. Secara amnya, isipadu air mani seorang lelaki apabila berlakunya ejakulasi adalah 2.5 sampai 6 ml, dan jumlah sperma …
Read More »Steroid dalam Ubat Herba
“Salam doctor, saya pesakit gout dan sedang mengamalkan ubat herba. Sangat mujarab dan sakit saya telah hilang sepenuhnya. Cuma saya perasan berat saya bertambah. Adakah ubat herba seperti ini boleh diamalkan dan berkesan untuk penyakit gout saya?” Wa alaikum mus salam. Saya percaya “ubat herba”yang diamalkan oleh saudara mengandungi steroid. Pihak berkuasa telah banyak melakukan serbuan dan rampasan ubat yang mengandungi steroid berbahaya. Kebanyakan ubat ini dijual untuk merawat sakit sendi. Biar pun rampasan demi rampasan dilakukan, namun masih banyak ubat-ubat yang dijual semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pembuat ubat ini selalunya berselindung atas nama ubatan herba semulajadi …
Read More »Produk herba kuat seks dirampas
KUALA LUMPUR 31 Julai – Berselindung di sebalik kandungan herba asli dari Brazil yang kononnya boleh meningkatkan kemampuan seks golongan lelaki, satu produk kesihatan dikesan boleh mendatangkan bahaya kerana mengandungi racun berjadual. Susulan itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hari ini menyerbu sebuah premis di Jalan Sarikei di sini dan merampas tujuh kotak produk tersebut yang dianggarkan bernilai RM840. Ketua Unit Perhubungan Media Bahagian Perkhidmatan Farmasinya, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, hasil ujian makmal yang dijalankan sebelum ini, produk yang dirampas itu dikesan mempunyai racun berjadual serta boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna. “Produk itu mengandungi sildenefil iaitu sejenis racun berjadual yang memerlukan preskripsi …
Read More »Lelaki Gugur Rambut Awal mudah kena Kanser Prostat
Masalah rambut gugur pada usia awal 20an boleh dikaitkan dengan penyakit kanser prostat. Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Philippe Giraud, dari Hospital European Georges Pompidon di Paris pada tahun 2004, mendapati lelaki yang mengalami tanda keguguran rambut pada usia 20 lebih mudah mengidap masalah kanser prostat, berbanding dengan lelaki yang mengalami keguguran rambutnya pada usia 30-an atau 40-an. Ini kerana keguguran rambut dikaitkan dengan masalah hormone lelaki androgen yang terlalu banyak, sehingga boleh merangsangkan kanser prostat. Hasil penyelidikan dipersetujui oleh Dr Nelson Neal Stone, Profesor Klinikal Urologi dan Radiasi Oncology di Mount Sinai School of …
Read More »Menonton TV terlalu lama menyebabkan masalah kesuburan lelaki.
Lelaki yang menonton tiga dan lebih jam TV sehari akan menyebabkan masalah kesuburan. Menonton TV adalah suatu tabiat yang menyebabkan seseorang lelaki tidak aktif secara fizikal. Kajian yang dijalankan oleh Harvard University, mendapati bahawa lelaki yang beriadah selama 15 jam atau lebih seminggu mempunyai bilangan sperma 73% lebih tinggi dari lelaki yang beriadah kurang dari lima jam seminggu. Kajian ini diterbitkan dalam British Journal of Sports Medicine, juga mendapati lelaki yang menonton melebihi 20 jam TV mempunyai bilangan sperma 44% kurang dari lelaki yang normal. Ini kerana apabila seorang lelaki itu aktif, ia akan mendapat memanfaatkan …
Read More »Kegatalan pada faraj (Candidiasis) harus segera dirawat kerana boleh menjangkiti suami
“Doktor saya mengalami kegatalan yang kronik pada alat kelamin saya. Adakah ini jangkitan penyakit kelamin?” “Sudah berapa lama berlaku dan adakah saudara sudah berkahwin?” “Sudah doktor. Baru saja. Awal tahun ini kami bernikah.” “Maaf bertanya. Saya tidak mengenali saudara, jadi jangan marah kalau saya bertanya dan tolong berterus terang. Pernah melakukan hubungan seksual dengan wanita-wanita lain selain isteri saudara?” “Iskh, doktor ni. Mana saya pernah lakukan semua itu.” “Saudara marah ke? Kalau marah dan tidak berterus terang, saya tidak boleh bantu..” “Saya tidak marah tapi terkejut. Saya juga bimbang isteri saya menuduh …
Read More »Perokok Boleh Menyebabkan Anak Lelakinya Mandul
“Doktor mengapa saya mengalami masalah kesuburan?” seorang rakan FB menulis mesej dalam ruangan chatting di facebook. “Masalah yang bagaimana ..?” “Saya telah berkahwin selama lima tahun, belum lagi mendapat cahaya mata. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan airmani bagi mengetahui sama ada punca masalah ini, adakah berpunca dari saya..” “Saya terkejut apabila saya diberitahu bahawa air mani saya tidak berkualiti. Saya buat pemeriksaan semula dan mendapati hal yang sama..” “Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan..” (saya ada …
Read More »Bolehkah lelaki yang mempunyai sperma yang cacat mempunyai anak?
Semakin saya dedahkan permasalaah ketidaksuburan yang dihadapi oleh para lelaki dalam FB, semakin rami pula yang bertanya. Pada saya ini adalah perkembangan yang baik kerana lelaki mula memberikan perhatian terhadap masalah yang mereka hadapi. Selama ini hanya sebilangan kecil lelaki yang ambil peduli tentang masalah ‘sukar mendapat anak’ dan sering menyalahkan pihak perempuan dalam hal ini. Padahal hal mendapat anak ini memerlukan usaha suami dan isteri. Ada seorang lelaki yang bertanya kepada saya, “apakah rawatan yang terbaik untuk lelaki yang mempunyai sperma yang cacat..” Saya agak keliru apabila beliau menggunakan istilah ‘’cacat”. Rupanya doctor yang merawat beliau yang memberikan istilah …
Read More »Penurunan hormone Testosterone
Andropaus disebabkan kejatuhan hormon lelaki, testosterone dalam tubuh. Ia selalunya berlaku pada lelaki yang berusia 40 tahun ke atas, namun boleh berlaku pada lelaki berusia lebih muda, Penurunan paras testosteron bukan saja menyebabkan penurunan nafsu syahwat semata-mata, tetapi juga mempengaruhi fisiologi tubuh dalam membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat, membentuk sel darah merah dan mengekalkan keseimbangan mental. Ia turut membantu memperkukuhkan memori serta aspek tumpuan. Kadar penurunan paras testosteron sangat cepat dan bermula apabila seorang lelaki mencecah usia 30. Ketika itu tahap penurunan testosterone telah berlaku sebanyak 10% dari tahap hormone yang sedia ada. Dalam …
Read More »Tongkat Ali Herba Lelaki Melayu
Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumia dalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah,hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi. Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat. Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak(penggalak seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap,disentri, bengkak, …
Read More »Adakah soya dan produknya memberikan kesan pada kesuburan lelaki?
Soya dan hormone Estrogen. Kacang soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormone kesuburan wanita, estrogen. Namun begitu hormone wanita yang terhasil adalah sumber tumbuhan (plant-derived) yang dinamakan phytoestrogen dan ianya di’subclass’kan sebagai isoflavones. Isoflavone juga mempunyai beberapa jenis yang mempunyai kesan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dangan kesan hormone estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan antiestrogen yang membantu gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan pertumbuhan sel-sel kanser. Adakah soya memberikan kesan kepada kesuburan ? Tidak ada banyak kajian mengenai ini. Namun ada yang berpendapat bahawa di negara pengeluar soya pun di …
Read More »