1. Anda mungkin mengalami masalah lendir yang pekat dan melekat di tekak, dan membuatkan anda batuk atau terpaksa berdehem. Ia mungkin telah berlangsung selama berbulan-bulan.
2. Masalah ini dinamakan Post-Nasal Drip. Ia boleh berlaku atas beberapa sebab, antaranya alahan, jangkitan virus (termasuk selesema biasa), jangkitan sinus, cuaca sejuk atau habuk di ruang udara.
3. Walau apa pun puncanya, ia menyebabkan rasa tidak selesa dan batuk.
4. Terdapat beberapa pilihan rawatan, termasuk petua yang boleh diamalkan rumah dan ubat-ubatan tanpa perlu preskripsi.
Antaranya:
i. Penyedutan wap normal saline.
ii. Minum air secukupnya untuk memastikan lendir tidak pekat.
iii. Tidur di atas bantal yang disandarkan, untuk mengelakkan lendir daripada berkumpul di belakang tekak anda
iv. Pencucian rongga hidung
Terdapat beberapa ubat sintetik yang tidak perlu mendapatkan preskripsi,
i. Pseudoephedrine (actifed)
ii. Guaifenesin (Mucinex), ubat mencairkan lendiri
iii. Antihistamin, seperti
diphenhydramine (Benadryl)
chlorpheniramine (Piriton)
loratadine, (Claritin) atau cetirizine (Zyrtec)
viii. Titisan hidung seperti
oxymetazoline (Afrin).
(Ubat-ubatan tersebut hanya boleh diambil selama satu minggu penggunaan jangka panjang boleh menyebabkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan).
5. Perlu diingat bahawa kebanyakan ubat-ubatan ini digabungkan dalam ubat sintetik lain. Sebagai contoh, terdapat beberapa formulasi “Sudafed” yang mengandungi pseudoephedrine atau phenylephrine bersama-sama dengan ubat tambahan termasuk acetaminophen, dextromethorphan, dan guaifenesin. Walaupun gabungan ini mungkin berkesan, adalah penting untuk membaca label dan elakkan mengambil terlalu banyak bahan aktif.
6. Jika pendekatan ini tidak berkesan, boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat yang terkawal yang lebih kuat. Antaranya :
a. Semburan steroid hidung (steroid nasal spray) seperti beclomethasone, Beconase atau Nasacort
b. Semburan hidung bukan steroid seperti Ipratropium (Atrovent) yang menghalang penghasilan lendiran dari rongga sinus
iii. Antibiotik biasanya tidak membantu, kecuali jika terdapat tanda jangkitan bakteria pada rongga sinus.
7. Selain itu minum sup ayam juga membantu dengan pesakit.
Selain itu pengambilan vitamin C, vitamin D dan Zink sangat membantu mengelakkan batuk dan selsema dan masalah post-nasal drip ini.
8. Dalam kebanyakan kes, masalah ini tidak berbahaya, kecuali jika anda mempunyai:
-Demam
-Lendir berdarah
-Semput atau sesak nafas
-Lendiran berbau busuk
-Gejala berterusan walaupun telah diberikan rawatan
9. Tanpa rawatan yang betul, masalah ini akan menyebabkan batuk berterusan, serak dan sakit tekak.
10. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar seperti pharyngitis, tonsilitis dan sinusitis.
Semoga bermanfaat.
[IKLAN]
Untuk kanak-kanak mengelakkan batuk dan selsema boleh cuba dapatkan IMMUNEEDZ yang mengandungi vitamin C, vitamin D dan Zink.
https://www.needsvenue.com.my/products/immuneedz-60-s-vitamin-c-chewables-
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz