Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » HATI BERLEMAK NON-ALCOHOLIC

HATI BERLEMAK NON-ALCOHOLIC

 

HATI BERLEMAK NON-ALCOHOLIC

Hati berlemak NON-ALCOHOLIC berlaku akibat pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam organ hati akibat dari pemakanan yang tidak sihat. Ia adalah masalah yang biasa terjadi dan kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dan komplikasi.

Walau bagaimanapun, jika dibiarkan tanpa rawatan ia boleh menyebabkan keradangan dan parut pada hati seterusnya membawa kepada kerosakan hati dan kanser hati.

Selalunya hati berlemak datang bersama dengan masalah berikut:

1. Tahap kolesterol tinggi dalam darah terutamanya triglyceride.

2. Obesiti samada BMI melebihi 30 kg/m2 atau ukur lilit pinggang berlebihan (Perempuan lebih 80cm atau lelaki lebih 90cm)

3. Penyakit metabolik seperti Diabetes Mellitus dan Hipertensi

Bagaimana menentukan seseorang itu mengalami masalah ini? Pemeriksaan darah menunjukkan aras enzim hati yang tidak normal dan tahap kolesterol yang tinggi (terutamanya Triglyceride).

Enzim hati adalah :

  • Alkaline Phosphatase (ALP)
  • Alanine Transaminase (ALT)
  • Aspartate Transaminase (AST)

Rawatan bagi masalah ini adalah:

1. Ubah diet kepada yang lebih sihat. Kurangkan pengambilan gula dan transfat. Tambahkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Ambil minyak zaitun dua sudu dua kali sehari.

2. Kurangkan berat badan. Penurunan berat badan sehingga 10 % daripada berat badan asal.

3. Tingkatkan aktiviti fizikal. Pesakit digalakkan melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya selama 30 setiap hari.

4. Kawal penyakit diabetis dan hipertensi dengan baik.

5. Ambil suplemen seperti vitamin C, vitamin E dan Glutathione.

Masalah hati berlemak mudah dirawat untuk mendapat fungsi hati yang normal semula. Namun jika ia sudah masuk ke tahap cirrhosis, agak sukar dirawat dan mungkin akan mendapat penyakit kegagalan fungsi organ hati atau kanser hati.

Semoga bermanfaat.

Bacaan:

1. Rolfer et al. (2000). Nutrition, Liver Disease and Gallstones. Understanding Normal and Clinical Nutrition. 7th Ed. Peter Marshall. Thompson Higher Education. 10 Davis Drive, Belmont, CA 94002-3098 USA.

2. Chalasani N., Younossi Z., Lavine JE. Et al (2012) .Diagnosis and Management of Non-Alcoholic Fatty Liver Disease: Practice Guideline by the American Association for the Study of Liver Diseases, American College of Gastroenterology, and the American Gastroenterological Association. Journal of the American Association for the Study of Liver Disease.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: