APAKAH PENYAKIT KAWASAKI?

Penyakit ini menyebabkan keradangan pada dinding salur darah, terutamanya arteri koronari yang membekalkan darah ke otot jantung.

Lebih kurang 75% pesakit penyakit Kawasaki terdiri daripada kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, kebanyakannya lelaki, dan ia penyebab paling biasa untuk penyakit jantung di kalangan kanak-kanak.

Kesan daripada keradangan ini, ia juga akan membunuh sel otot di bahagian salur darah menyebabkan dinding salur darah tersebut menjadi lemah.

Perkara ini akan menyebabkan dinding salur darah yang terlibat membesar seolah-olah seperti belon. Keadaan ini dipanggil sebagai aneurysm.

Darah yang terkumpul dalam aneurysm pula akan membeku disebabkan struktur salur darah tersebut yang tidak normal hingga menyebabkan salur darah tersebut tersumbat.

Jika salur darah yang tersumbat itu berlaku dibahagian jantung, ia akan menyebabkan serangan sakit jantung pada pesakit.

Oleh kerana itu, kanak-kanak yang menghadapi penyakit ini mempunyai risiko untuk terkena serangan sakit jantung yang lebih tinggi berbanding orang lain.

GEJALA

1. demam berpanjangan (antara 38.3-39.4°C yang melebihi 4 hari dan tidak sembuh dengan ubatan demam biasa)

2. Kelenjar limfa yang membesar

3. kemerahan di mulut, tangan dan kaki, serta kadangkala dengan ruam
‘Strawberry tongue’, iaitu lidah yang kemerahan dan bertekstur seperti kulit strawberi

4. kemerahan pada tempat suntikan BCG

5. konjunktivis (mata merah dan tidak berair)

6. kulit terkupas pada hujung jari dan kaki selepas 2 minggu

Gejala penyakit Kawasaki ini muncul dalam dua peringkat.

1. Ia boleh menyebabkan masalah kepada jantung antara 10-14 hari selepas bermulanya simptom pertama.

2. Sesetengah pesakit mungkin mengalami radang atau sakit sendi antara masa demam berakhir sehingga hari ke-25 penyakit tersebut.

RAWATAN

Sebilangan besar kanak-kanak yang dijangkiti penyakit Kawasaki sembuh dengan sendirinya setelah 4 hingga 8 minggu.

Jika dirawat awal, kebanyakan kanak-kanak pulih dalam beberapa hari.

Rawatan untuk penyakit Kawasaki yang teruk adalah imunoglobulin intravena (diberikan melalui titisan ke pembuluh darah).

Pesakit Kawasaki yang teruk juga mungkin diubati dengan aspirin berdos tinggi untuk mengurangkan keradangan. Dos aspirin akan dikurangkan setelah demam atau radang semakin reda untuk mencegah pembentukan bekuan darah.

KOMPLIKASI

Walaupun kebanyakan kanak-kanak pulih sepenuhnya, terdapat kes-kes terpencil di mana komplikasi berlaku akibat keradangan salur darah menyebabkan dinding arteri semakin lemah lalu menyebabkan aneurisme.

Bahagian lain pada jantung yang mungkin turut terkesan ialah membran yang menyelaputi jantung, injap dan otot jantung.

Bayi menghadapi risiko komplikasi serius yang lebih tinggi. Rawatan awal akan mengurangkan risiko kesan jangka panjang.

👉🏻Oleh itu elok jaga kebersihan anak seperti mendulang 2-3 kali sehari jika ditempatkan di pusat penjagaan.

👉🏻Minum air secukupnya

👉🏻Ambil vitamin C

👉🏻Berikan minyak habatus sauda dan madu sebagai usaha meningkatkan sistem daya tahan.

#HealthDrZubaidi

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!