Secara amnya, keradangan tidak semestinya sesuatu yang buruk. Malah, keradangan boleh menjadi perkara yang sangat baik kerana ia adalah tindak balas semula jadi tubuh terhadap kecederaan atau apabila organisma asing seperti bakteria atau virus menjangkiti kita. Contohnya, jika mengalami terseliuh buku lali semasa berlari, ada kemungkinan besar ia akan mengalami keradangan. Sendi buku lali menjadi sakit, bengkak, panas dan tidak boleh digerakkan.
Tujuan tubuh mengalami proses keradangan adalah untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan. Pada masa itu, sel darah putih badan dan seluruh sistem imun bekerja mempertahankan diri dari jangkitan bakteria atau virus yang menyerang atau cuba memulihkan tisu tubuh yang tercedera. Jadi dalam jangka pendek, sebenarnya keradangan adalah suatu perkara yang sangat baik.
Ia menjadi tidak baik jika keradangan berlaku pada tahap yang rendah, prosesnya secara perlahan dan dalam jangka masa yang lama. Inilah yang dikatakan keradangan yang kronik.
Jika badan anda mengalami masalah keradangan yang kronik, ini adalah petanda bahawa ada sesuatu yang tidak betul berlaku dalam badan anda. Ia akan menyebabkan penyakit kronik yang lebih berbahaya.
Apakah tanda keradangan yang kronik ini?
- Obesiti
- Mengambil diet yang kurang nutrien penting dan kaya dengan gula, lemak trans dan garam berlebihan.
- Mengambil asid lemak omega yang tidak seimbang iaitu mengambil terlalu banyak asid lemak omega-6 daripada makanan seperti minyak safflower, minyak canola, dan minyak jagung.
- Mengambil terlalu sedikit asid lemak omega-3 daripada makanan seperti ikan salmon dan ikan makarel (yang bersifat anti-radang). Di Malaysia terdapat banyak ikan yang hidup dalam lautan bebas yang kaya dengan asid lemak ini seperti ikan terubuk dan ikan kembung.
- Terlibat dalam pilihan gaya hidup yang buruk seperti merokok atau pengambilan alkohol.
- Gagal mendapat tidur yang cukup pada waktu malam
- Pencernaan yang tidak baik yang disebabkan oleh makanan yang anda mungkin sensitif
- Mengalami selesema (jangkitan virus)
- Menghidap diabetes yang tidak dikawal dengan baik (mengalami turun naik paras glukosa darah sepanjang hari)
- Mengalami tahap stress kronik yang tinggi (sama ada disebabkan oleh kerjaya anda, perhubungan, kewangan atau sebaliknya)
- Tidak mendapat masa rehat yang cukup antara sesi senaman anda dan/atau mengalami sindrom overtraining kronik
- Mengalami kecederaan berpanjangan yang tidak pernah ditangani dan/atau dirawat dengan betul
Keradangan kronik juga dipanggil ‘pembunuh senyap’ kerana kadangkala, anda tidak menyedari ia berlaku sehingga hampir terlambat. Banyak masalah kesihatan dikaitkan dengan keadaan keradangan kronik yang berterusan, jadi ia adalah sesuatu yang anda tidak boleh ambil mudah.
Langkah-langkah ini harus termasuk pemakanan, senaman, dan mengawal stress dengan baik.
Dari segi pemakanan, perkara utama yang perlu dilakukan adalah menyekat atau menghapuskan penggunaan semua makanan yang diproses.
Ambil makanan dalam keadaan semula jadi – buah-buahan dan sayur-sayuran segar, ikan tangkapan liar (contohnya Salmon Atlantik, yang tinggi dalam asid lemak omega-3 anti-radang), daging lembu dan ayam yang diternak bebas (free-range) bukan yang sentiasa dikurung dalam reban.
Ambil lemak sihat dari minyak zaitun dan minyak kelapa adalah penting. Di samping itu, kunyit juga merupakan herba yang sangat baik kerana bersifat anti-radang.
Kurangkan pengambilan gula tambahan, yang akan menyebabkan penurunan glukosa dalam darah dan paras insulin, yang seterusnya boleh menurunkan keradangan yang lebih besa.
Hentikan pengambilan asid lemak trans, yang meningkatkan tahap kolestrol jahat dan meningkatkan tahap keradangan dalam tubuh.
Meminimumkan pengambilan asid lemak omega-6 dan meningkatkan pengambilan omega-3 agar mendapat keseimbangan omega 3:omega 6 pada julat 1:1 (atau yang terbaik 3:1). Tambahkan pengambilan DHA dan EPA sehingga 1000mg setiap hari (yang mudah dengan mengambil suplemen minyak ikan).
Kurangkan penggunaan minyak sayuran (kanola, bunga matahari dan minyak jagung), produk daging berproses seperti sosej, burger dan nugget.
Akhir sekali, anda juga perlu mempertimbangkan untuk menghapuskan gluten atau apa-apa makanan lain yang mungkin menyebabkan anda mengalami alahan.
Perubahan gaya hidup seperti yang saya sebut dalam GAYA HIDUP A’AFIYAT juga merendahkan keradangan.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
[IKLAN]KLIK DI SINI UTK VITAMIN C + NV FISH OIL + NATRIEO VITAMIN E PADA HARGA PROMO
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :