Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Malam semalam dalam pukul 2. 30 pagi, suami saya berusia 44 tahun tersedar dan ingin buang air kecil. Tetapi di tempat tidur didapati tilam telah basah. Kainnya juga basah. Ini adalah kali pertama berlaku. Suami saya mengalami terkencing tanpa disedari semasa tidur. Mengapakah perkara ini terjadi? Terima kasih.
Walaikumusalam.
Kencing semasa tidur jarang berlaku pada orang dewasa. Jika ia pertama kali berlaku semasa dewasa ia dinamakan “secondary enuresis“.
Jika ia berlaku beberapa kali mungkin sudah tiba masanya untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.
Punca masalah ini mungkin :
1. Penyumbatan mana-mana bahagian dalam sistem pembuangan air kencing seperti batu dalam ginjal atau prostate.
2. Masalah pundi kencing akibat rangsangan saraf yang sensitif (overactive nerves).
3. Diabetes yang baru berlaku.
4. Pembengkakan prostate
5. Kesan sampingan ubat tertentu
6. Masalah saraf
7. Masalah tidur terutamanya “obstructive sleep apnea“
8. Jangkitan kuman pada pundi kencing
Oleh itu pemeriksaan awal mungkin membantu mengelakkan ia menjadi lebih parah. Cuba berbincang dengan doktor yang merawat jika masalah ini berulang.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :