
AIR KENCING BERWARNA MERAH
Air kencing berwarna merah tidak selalunya disebabkan oleh kehadiran sel darah merah. Ia juga boleh disebabkan oleh:
✅ Hemoglobin (yang membawa oksigen dalam sel darah merah) dalam air kencing kerana pemecahan sel darah merah
✅ Protein otot (myoglobin) dalam air kencing disebabkan oleh pemecahan sel-sel otot
✅ ‘Porphyria’ (sejenis penyakit yang terhasil disebabkan oleh kekurangan enzim yang terlibat dalam penghasilan heme, sebatian kimia yang mengandungi zat besi dan memberikan kemerahan kepada warna darah)
✅ Makanan (seperti ubi bit, rhubarb, dan kadang-kadang pewarna makanan)
✅ Ubat-ubatan seperti rifampin dan phenazopyridine.
Jika mengalami air kencing berwarna merah, buatlah pemeriksaan air kencing.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi