Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » SAKIT LUTUT DI KALANGAN WARGATUA

SAKIT LUTUT DI KALANGAN WARGATUA

SAKIT LUTUT DI KALANGAN WARGATUA

Sakit radang lutut atau ‘Knee Osteoarthritis (OA)’ biasa berlaku di kalangan wargatua. Ia sebenarnya sakit radang sendi lutut akibat daripada proses penipisan lapisan tulang rawan (cartilage) yang berlaku secara beransur-ansur. Ia menjadi bertambah teruk apabila cecair dalam sendi menjadi berkurangan.

Ini menyebabkan pesakit mengalami rasa sakit dan kesukaran untuk membengkok lutut sepenuhnya.

Oleh itu mereka yang mula mengalami sakit lutut osteoarthritis untuk mula:

1. Kurangkan berat badan.

2. Sentiasa melakukan senaman regangan untuk meningkatkan pergerakan sendi.

3. Suplemen seperti minyak ikan, vitamin E dan minyak zaitun bagi mengurangkan keradangan sendi dan meningkatkan cecair dalam sendi.

4. Jika sakit lutut terlalu kuat, boleh mengambil ubat tahan sakit atau rawatan suntikan steroid pada sendi lutut. Namun begitu kedua-dua rawatan ini boleh memberikan kesan sampingan pada hati, perut dan ginjal.

5. Memakai ‘knee guard’ pada lutut untuk memberikan sokongan pada sendi lutut.

6. Rawatan fisioterapi untuk melembutkan otot-otot yang tegang dan sendi lutut.

7. Pembedahan ‘Total Knee Replacement’ adalah rawatan terakhir bagi sendi yang tidak boleh dibengkokkan lagi.

Wargatua dinasihatkan untuk berjalan dengan bantuan tongkat bagi mengurangkan bebanan ke atas sendi dan elak daripada terjatuh. Lakukan pergerakan sendi semampunya. Jangan memaksa diri untuk mendaki bukit atau sebagainya.

Segera rujuk doktor jika keadaan sendi lutut menjadi lebih teruk.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

“Ingin mengetahui cara apa untuk merawat masalah sakit lutut? Minyak Zaitun Olivie Plus 30x dapat membantu anda”

Olivie Plus 30x adalah minyak zaitun asli extra virgin yang didatangkan khas dari Morocco.

Satu Sudu Olivie Plus 30x memberikan Tiga Puluh Kali Manfaat (antioksidan) berbanding minyak zaitun extra virgin biasa.

Analisis juga menunjukkan yang Olivie Plus 30x yang dikeluarkan oleh Atlas Olive Oils mempunyai kandungan yang kaya dengan polyphenols (polifenol) semulajadi dan secara spesifiknya Hydroxytyrosol yang mempunyai 30 kali ganda berbanding minyak zaitun extra virgin biasa. Ianya banyak memberi manfaat kesihatan dari segi luaran dan dalaman.

Boleh dapatkan Olivie Plus 30x di S I N I

Pertanyaan boleh wassap ke pada saya Dr Zubaidi bin Hj Ahmad. www.wasap.my/60197022391.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: