Penyakit yang disebabkan pemakanan, ubatnya adalah pemakanan itu sendiri.
Contoh diabetes, jika kita percaya puncanya gula maka gula perlulah dihentikan dari pemakanan. Bukan dikurangkan saja. Ini kerana setiap kali gula diambil akan menyebabkan lebih mudarat. Tahap gula sentiasa tinggi dalam darah.
Jika kita tidak mengambilnya, tahap gula lebih rendah. Ketika bulan puasa, sebelum berbuka cuba periksa tahap gula dalam darah. Setelah tidak mengambil sebarang makanan (termasuk makanan berkarbohidrat) selama 14 jam, tahap gula menjadi normal walaupun tidak mengambil sebarang ubat. Bila ambil sekeping biskut atau satu cawan teh O (bergula sedikit) bacaan gula terus mencanak.
Sebab itu tidak benar jika membiarkan pesakit pesakit diabetes mengambil gula dan memberikan ubat yang bersifat hanya untuk mengawal gula sahaja (tidak bersifat merawat pun) sahaja.
Ia ibarat ada sebetul tahi kucing di hujung bilik. Baunya busuk. Kita hanya semburkan pewangi agar baunya tidak terlalu kuat. Bila semburan itu sudah habis, kita semburkan semula. Tak peduli tentang kehadiran tahi kucing itu.
Punca diabetes adalah karbohidrat ringkas yang kebanyakannya dari 3P (gula putih, tepung putih dan beras putih). Jika kita dapat kawal dan hindarkan, sudah tentu ia dapat dikawal dengan lebih baik.
Beras putih boleh kita gantikan dengan beras rebus dan beras parboiled. Gula putih boleh gantikan dengan stevia (zero kalori) atau madu dan gula merah (GI sederhana). Tepung putih kita hindarkan buat sementara waktu.
Sebab itu dalam perawatan Melayu Lama ada istilah pantang. Tujuannya menghalang kita memakan makanan yang terus memberikan kemudaratan pada tubuh. Tubuh sudah sakit, kita terus berikan racun.
Perubatan moden sekarang tidak mementingkan konsep ini. Pesakit diabetes terus dibenarkan mengambil gula putih dan karbohidrat ringkas. Tiada pantang. Tahap gula dikawal dengan sejenis ubat yang mengawal. Tidak merawat pun.
Di Malaysia mungkin ada doktor yang memberitahu tentang bahaya pengambilan gula. Tetapi masih ramai yang membenarkannya, asalkan ambil ubat mengawal gula.
Yang pelik bila pesakit mendapat hipoglisemia, patutnya dikurangkan dos ubat. Ini mungkin berlaku apabila pesakit sudah mula menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat. Tetapi malangnya nasihat yang diberikan “makcik kena tambah nasi bila makan”.
Jadi seolah-olah kita tidak merawat tetapi mengawal. Mengawal bermakna memperlahan proses mendapat komplikasi. Saya belum pernah lihat pesakit diabetes selepas 20-30 tahun menjadi sihat. Atau bebas diabetis.
Selepas 20-30 tahun penyakit bertambah, dapat stroke dan serangan sakit jantung. Patutnya setelah berpuluh tahun makan beberapa biji ubat kita bebas penyakit. Tiada lagi diabetes. Tetapi malangnya keadaan kita bertambah teruk.
Ini bukan bermakna tak perlu makan ubat sintetik. Ambillah jika tahap gula terlalu tinggi untuk jangka masa yang tertentu. Sehingga tahap gula terkawal. Kemudian dos ubat dikurangkan. Akhirnya kita tak perlu makan ubat diabetes lagi.
Jangan makan ubat sintetik terlalu lama tanpa memperdulikan soal penjagaan makanan. Ia tidak mengubah apa-apa.
Sebab itu dalam banyak ceramah saya, konsep penjagaan kesihatan yang pertama dalam TUJUH LANGKAH AAFIYAT adalah berpuasa.
Cara lain adalah dengan melambatkan masa makan (dibenarkan minum air kosong bagi mengelakkan keletihan). Makan 3 kali sehari. Yang baik 2 kali. Atau boleh sehari sekali jika kita tidak menggunakan banyak tenaga dalam urusan kerja.
Pastikan makanan yang kita makan penuh nutrisi. Bukan junk food dan jajanan. Ini disebut dalam kaedah Diet Intermittent Fasting. Makanan yang bernutrisi ini penuh dengan vitamin, mineral dan antioksida yang bertindak sebagai ‘ubat’ yang merawat kita.
Insyaallah saya akan sambung. Berbincanglah dengan doktor yang dapat merawat secara syumul.
#HealthDrZubaidi
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
https://t.me/PerkongsianDrZubaidi
IKLAN
Klik pada gambar di bawah ini untuk mendapatkan Oleva Stevia sebagai alternatif pengganti gula putih yang mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz