DOKTOR, APA ITU ECZEMA?

DOKTOR, APA ITU ECZEMA?

1. ECZEMA juga dikenali sebagai atopic dermatitis, kerana ia melibatkan sistem daya tahan yang terlalu memberikan tindakbalas terhadap punca alahan.

2. Tindakbalas ini menyebabkan keradangan yang terlalu kuat di lapisan bawah kulit. Jadi ruam yang kelihatan sebenarnya adalah sebahagian kecil keradangan yang lebih teruk.

3. Rasa gatal yang berlaku sebenarnya sedang menjadi sebahagian dari sistem daya tahan memberikan isyarat pada kulit.

4. Rasa gatal akan menyebabkan kita menggaru dan ini melukakan kulit. Bakteria dan virus akan lebih mudah masuk ke dalam kulit.

5. Ini menyebabkan kita rasa lebih gatal dan menggaru.

6. Antara tanda eczema yang biasa dialami adalah:

πŸ‘‰ kulit menjadi merah
πŸ‘‰ kulit mengeluarkan cecair
πŸ‘‰ kulit seperti bersisik
πŸ‘‰ kulit menjadi tebal
πŸ‘‰ kulit menjadi kering

7. Apa yang mungkin kita tidak tahu adalah walaupun tiada lagi tanda-tanda eczema, tetapi di bawah kulit, proses keradangan masih aktif dan boleh menyebabkan serangan eczema semula.

8. Jadi selain mengetahui punca luaran yang menyebabkan eczema, kita perlu juga tahu bagaimana ‘menjinakkan’ sistem daya tahan kita yang terlalu bertindakbalas.

9. Pengambilan vitamin C, vitamin D dan vitamin E selain Zink yang bersifat anti-keradangan sangat membantu menstabilkan sistem daya tahan.

10. Pengamalan minyak zaitun juga dapat mengurangkan kekeringan dan rasa gatal pada kulit.

11. Kelegaan yang sementara dan cepat didapati apabila kita mendapatkan kream pelembap. Cuba elakkan pengambilan kream steroid yang terlalu kerap.

12. Boleh gunakan OLEVACREAM untuk kulit yang kering, gatal dan bengkak.

Semoga bermanfaat.

Β 

Bagi pesakit eczema dan psoriasis saya mencadangkan sapuan Oleva Cream. Kaya dengan Minyak Zaitun dan Vitamin E.

Boleh klik gambar di bawah

Leave a Reply

error: Content is protected !!