UBAT KESUBURAN WANITA

Benarkah ubat kesuburan ini tidak berbahaya?

Ramai wanita kini lambat hamil walaupun sudah dua atau tiga tahun berkahwin. Terutamanya bagi pasangan yang sudah berumur 30an. Sudah tentu ini menjadi bahan bualan di antara kawan-kawan dan sahabat andai.

Ada juga pasangan yang berusia 30an, agak sukar untuk hamil semula setelah mendapat anak pertama, yang mungkin sudah berumur 3-5 tahun. Dalam kedua-dua keadaan ini, pasangan ini dikatakan mengalami masalah kesuburan.

Jika mahu menambah bilangan anak, mereka digalakkan agar segera mendapatkan rawatan kesuburan dan mengambil ubat kesuburan wanita kerana apabila umur semakin meningkat, semakin sukar untuk hamil semula. Jika hamil pun mereka mungkin mengalami beberapa masalah yang berkaitan dengan kehamilan.

BACA KESAN USIA PADA KESUBURAN WANITA DI https://drzubaidi.com/blog/kesan-usia-pada-kesuburan-wanita/

Saya akan ceritakan sedikit tentang ubat kesuburan wanita yang biasa diberikan oleh doktor semasa rawatan kesuburan. Tujuannya agar puan-puan lebih memahami ubat kesuburan wanita ini.

1. Clomiphene citrate (Clomid)

Clomiphene adalah antara ubat kesuburan wanita yang biasa diberikan pada peringkat awal. Ubat sintetik ini merangsang kelenjar pituitari untuk mengeluarkan sejenis hormone dinamakan Follicle Stimulating Hormone (FSH). Ia akan merangsangkan ovari agar wanita lebih cepat menghasilkan telur wanita (atau dinamakan ovum). Ia juga mematangkan ovum agar ia dapat dikeluarkan dari kelenjar ovari untuk disenyawakan. Jika telah mencuba kaedah ini selama enam bulan, tetapi tidak hamil, doctor akan mencadangkan kaedah lain.

Ubat kesuburan wanita ini memerlukan preskripsi doktor. Selalunya ia dimulakan dengan 50mg sehari untuk lima hari, bermula hari ketiga sehingga hari ketujuh haid. Kemudian doctor akan membuat pemeriksaan ultrasound bagi memastikan ovum telah matang dan sedia untuk dilepaskan. Doktor agar mencadangkan akan melakukan hubungan intim pada pada itu atau hari esoknya.

Jika pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovum tidak membesar (tidak matang) bermakna ubat untuk kesuburan wanita ini tidak berkesan. Doktor akan menambah dos kepada 100mg sehingga maksima 150mg. Wanita tersebut dinasihatkan tidak menambah dos sesuka hati kerana ia mungkin akan menyebabkan kesan sampingan tertentu.

Jika telah mencuba selama enam bulan tetapi tidak berjaya, kaedah pemberian ubat kesuburan wanita ini dianggap tidak berjaya dan kaedah lain akan dicadangkan seperti IUI dan IVF. Selalunya jika tiada masalah kesihatan yang serius, 70-80% wanita yang mengambil ubat ini akan hamil dalam masa 3 bulan.

2. Metformin hydrochloride

Metformin hydrochlorida juga dianggap sebagai ubat kesuburan wanita. Ia selalu diberikan kepada pesakit diabetes, tetapi jangan terperanjat bagi pesakit PCOS yang menjalani rawatan kesuburan, metformin juga diberikan Bersama ubat kesuburan wanita sintetik clomiphene.

Pesakit PCOS mengalami masalah insulin resistance dan mengalami tahap hormone androgen yang tinggi (sehingga menyebabkan kulit mereka agak kasar dan mempunyai bulu di muka yang lebih ketara).

Metformin diberikan bertujuan dapat menurunkan tahap insulin resistance dan merendahkan hormone androgen dalam tubuh. Secara tidak langsung ia meningkatkan kebarangkalian untuk berovulasi. Selalunya diberikan 500mg dua atau tiga kali sehari. Ia harus mendapat nasihat doctor. Ubat kesuburan wanita ini (metformin) boleh mengakibatkan hipoglisemia (kekurangan gula dalam badan) yang membawa kepada rasa lemah badan dan pengsan. Ia juga boleh menyebabkan kematian jika tahap gula terlalu rendah.

3. Bromocroptine

Bromocriptine adalah ubat sintetik yang diberikan kepada pesakit penyakit Parkinson bagi  mengurangan ketaran pada tangan (tremor). Walau bagaimana pun ada wanita yang mengalami kesuburan dinasihatkan mengambil ubat kesuburan wanita sintetik ini supaya mudah untuk hamil.

Bagi wanita yang mengalami masalah tahap hormone prolactin yang tinggi (atau dikenali sebagai hiperprolaktinemia), ubat kesuburan wanita ini diberikan. Ini kerana tahap hormone prolactin yang tinggi akan mengganggu kesuburan wanita. Bromocriptine memerlukan preskripsi doctor dan tidak boleh diambil sesuka hati.

4. Gonadotrophins

Gonadotrophins adalah hormone sintetik yang digunakan sebagai ubat kesuburan wanita. Ia akan berfungsi seperti hormone leutinizing  (LH) dan follicle-stimulating hormone (FSH). Ia diberikan secara suntikan dan berfungsi untuk mempercepat kematangan sel telur.

Antara kesan sampingannya adalah rasa tidak selesa dalam abdomen dan rasa loya dan muntah. Ia diberikan sebagai kaedah terakhir jika kaedah pemberian ubat kesuburan wanita yang lain tidak berjaya sebelum berpindah kepada kaedah IVF.

Siapa yang mengambil ubat kesuburan wanita ini?

Ubat kesuburan wanita ini biasa diambil oleh mereka yang mengalami masalah kesuburan. Antaranya:

  1. Masalah kitaran haid tidak menentu
  2. Masalah ovulasi (ovum yang tidak membesar dan tidak matang)
  3. Polycystic Ovarian Cyst (PCOS)
  4. Masalah tiroid
  5. Masalah berat badan (sama ada obese atau terlalu kurus)
  6. Masalah berlebihan hormon prolaktin
  7. Masalah kekurangan hormon LH dan FSH

INGIN TAHU MASALAH KESUBURAN DI KALANGAN PASANGAN MUDA? Baca https://drzubaidi.com/blog/masalah-kesuburan-di-kalangan-pasangan-muda/

Kesan sampingan ubat kesuburan bagi wanita

Walaupun pada masa ini ubat kesuburan wanita yang saya terangkan tadi memerlukan preskripsi dan nasihat doctor, tetapi ia mudah didapati dengan cara membelinya di talian on-line. Ini adalah satu Tindakan berbahaya kerana setiap ubat sintetik akan memberikan kesan sampingan sama ad akita sedari atau tidak sedari. Antara kesan sampingan yang biasa dialami adalah:

1. Risiko keguguran atau kelahiran pramatang.

Pengambilan ubat kesuburan wanita akan menggalakan ovulasi. Dianggarkan kira-kira 10% wanita yang mengambil clomiphene dan 30% wanita yang mengambil suntikan gonadotropin mengalami kehamilan kembar. Ia mungkin berita gembira. Tetapi dalam masa yang sama, ia meningkatkan risiko yang lebih besar berbanding dengan kehamilan tunggal, terutama apabila wanita itu sudah berusia menghampiri 40 tahun atau sudah berusia 40 tahun. Antara komplikasi kehamilan yang mungkin berlaku adalah keguguran atau kelahiran pramatang.

2. Perubahan emosi dan fizikal

Ubat kesuburan wanita ini boleh menyebabkan perubahan mood atau emosi. Terutama bagi wanita yang sedia mengalami masalah anxiety dan kemurunagan.  Selain itu ia mungkin menyebabkan rasa pening, loya dan muntah, kejang otot dan rasa sakit payudara. Jika mengalami masalah ini berjumpa dengan doctor untuk mendapat yang yang lebih sesuai.

3. Kabur penglihatan

Ini jarang berlaku jika diambil dengan dos yang betul. Ubat kesuburan wanita terutamanya clomiphene (atau clomid) boleh menyebabkan penglihatan yang kabur. Jika ini berlaku dapatkan konsultasi doctor yang merawat.

4. Kehamilan luar rahim

Kesan sampingan ini adalah kesan sampingan ubat kesuburan wanita yang paling bahaya, iaitu kehamilan luar rahim. Wanita tersebut mungkin tersenyum gembira bila mengetahui dia hamil, tetapi dia mungkin tidak menyedari sedang mengalami kehamilan luar rahim. Apa yang berlaku ovum yang telah disenyawakan tersangkut dalam saluran fallopian. Bila membesar ia menyebabkan saluran itu pecah dan pendarahan. Tiada rawatan yang berkesan selain pembedahan secara emergency membuang janin tersebut. Selain itu saluran fallopian itu mungkin dipotong dan tidak boleh berfungsi lagi. Jika tidak melakukan pembedahan, ia mungkin boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Secara kesimpulannya, ambillah ubat kesuburan wanita ini dengan berhati-hati, mengikut nasihat doctor. Ia tidak boleh dicuba-cuba kerana ia mungkin menyebabkan kehilangan nyawa.

Baca lagi kesan sampingan ubat kesuburan wanita,

1. Krzastek SC, Sharma D, Abdullah N, Sultan M, Machen GL, Wenzel JL, Ells A, Chen X, Kavoussi M, Costabile RA, Smith RP, Kavoussi PK. Long-Term Safety and Efficacy of Clomiphene Citrate for the Treatment of Hypogonadism. J Urol. 2019 Nov;202(5):1029-1035.

2. Ophra Leyser-Whalen. (2014) “Crazy Woman Juice”: Making Sense of Women’s Clomiphene Infertility Treatments. Women’s Reproductive Health 1:2, pages 73-89.

KEBAIKAN KACIP FATIMAH PHYTOPLUS

KACIP FATIMAH PHYTOPLUS adalah produk herba yang disediakan oleh Phyto Biznet Sdn Bhd iaitu anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai. Setiap kapsul mengandungi Labisia pumila (Kacip Fatimah) 40mg dan Croton caudatum (Manjakani) 10mg. Dos satu atau dua biji setiap hari selepas makan, pagi dan malam. Bagus untuk meningkatkan tenaga, memulihkan kitaran haid, memulihkan kesihatan selepas bersalin atau keguguran dan meningkatkan hubungan suami isteri.

Sebotol RM90 tidak termasuk pos. Klik di sini untuk membeli.

Pertanyaan boleh wassap ke pada saya Dr Zubaidi bin Hj Ahmad. www.wasap.my/60197022391.

error: Content is protected !!