Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » DOKTOR, APA TAHAP BACAAN KEKUNINGAN BAYI YANG BAHAYA PADA BAYI

DOKTOR, APA TAHAP BACAAN KEKUNINGAN BAYI YANG BAHAYA PADA BAYI

DOKTOR, APA TAHAP BACAAN KEKUNINGAN BAYI YANG BAHAYA PADA BAYI

 

1. Masalah kekuningan pada bayi yang baru lahir boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan bayi.

 

2. Ia boleh berlaku selepas 2-3 hari dilahirkan dan menyebabkan kulit atau mata putih mereka menjadi kekuningan.

 

3. Ia mudah dilihat dalam cahaya semula jadi dan agak sukar dilihat pada bayi yang berkulit gelap. Kita perlu menekan jari secara perlahan pada kulit bayi. Jika tekanan itu menyebabkan kulit menjadi kuning, ia berkemungkinan tanda jaundis.

👉Wajah merupakan bahagian pertama yang kelihatan kuning.
👉kemudian merebak ke bawah tubuh seperti pada dada, perut, lengan dan kaki.
👉Ia boleh bermula seawal 2 hingga 4 hari selepas kelahiran.
👉Tahap bilirubin ini biasanya akan memuncak antara 3 hingga 7 hari selepas dilahirkan.

 

4. Ini berlaku kerana peningkatan tahap bilirubin dalam darah bayi. Antara puncanya:

✅ Bayi pramatang – dilahirkan sebelum 37-minggu kehamilan

✅ Bayi yang jenis darahnya tidak sesuai dengan jenis darah ibunya yang menyebabkan penghasilan antibodi oleh ibu dan memusnahkan sel darah merah bayi.

✅ Mengalami lebam yang teruk semasa kelahiran atau pendarahan dalaman lain

✅ Masalah hati

✅ Jangkitan

✅ Kekurangan enzim G6PD

 

5. Tahap bilirubin yang normal adalah kurang daripada 5 mg/dL. Sebarang bacaan lebih daripada 5 mg/dL dianggap sebagai jaundice. 

 

6. Tahap bilirubin yang bahaya adalah melebihi 25 mg boleh menyebabkan kerosakan otak. Pada tahap sederhana baby mungkin akan lebih berasa mengantuk dan kurang menyusu. Tahap bilirubin akan berkurangan apabila bayi berusia seminggu dan selalunya menjadi normal selepas dua minggu jika bayi normal dan tiada masalah kesihatan.

 

7. Cara terbaik untuk merawat jaundis adalah memberikan susu ibu secara eksklusif dengan kerap. Sekiranya bekalan susu ibu pemberian susu formula boleh dipertimbangkan sebagai tambahan.

 

8. Bayi perlu disusukan antara 8 hingga 12 kali sehari dalam beberapa hari pertama selepas dilahirkan bagi mempercepatkan kehilangan jaundis. Jika bayi diberikan susu formula pula harus mendapat antara 30 hingga 60 ml setiap 2-3 jam bagi minggu pertama.

 

9. Jika kekuningan semakin teruk dan tidak berkurangan, dapatkan pemeriksaan doktor segera!

 

Semoga bermanfaat

 

#HealthDrZubaidi

 

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

 

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: