
AIR KELAPA TIDAK SESUAI DIAMBIL BERSAMA UBAT ANTI-HIPERTENSI
Pengamalan minum air kelapa sangat bagus di kalangan pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Terdapat kajian ringkas yang menunjukkan air kelapa boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi. Ini kerana kandungan potassium dalam air kelapa membantu mengembangkan saluran darah lalu merendahkan tekanan darah.
Tetapi amalan minum air kelapa bersama pengambilan ubat anti-herpentensi mungkin boleh menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah dari biasa. Ini menyebabkan rasa pening, tidak seimbang, rasa lemah dan mungkin pitam. Namun jarang boleh mengancam nyawa.
Jika berlaku, cuba buat pemeriksaan tekanan darah. Baringkan pesakit. Angkat kaki dan letakkan di atas bantal atau tuala yang dilipatkan. Periksa semula tekanan darah selepas lima minit. Selalunya pesakit akan mendapat semula tekanan darah yang normal setelah dibiarkan berbaring.
Air kelapa tidak bersalah. Sekiranya diambil secara sederhana, ia adalah selamat. Cuma jangan ambil bersama ubat anti-hipertensi.
Semoga bermanfaat.
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
