EMPAT TANDA TIDAK SESUAI MINUM SUSU LEMBU

Ramai yang percaya bahawa kita mendapat kesihatan yang baik apabila kita minum susu lembu kerana ia membekalkan protein dari kalsium yang tinggi.

Namun begitu tidak semua orang sesuai minum susu lembu. Dikatakan lima peratus orang di dunia ini mempunyai masalah tidak dapat menghadamkan gula dari susu lembu (lactose intolarence).

Simptom bagi masalah penghadaman laktos ini kebiasaannya berlaku dalam tempoh beberapa jam setelah mengambil makanan atau minuman yang mempunyai gula laktos (dari lembu).

Ini termasuk:

  1. Perut berangin (kembung)
  2. Perut memulas
  3. Cirit-birit
  4. Loya dan muntah

Kekerapan simptom di bergantung kepada jumlah pengambilan susu dan tahap sensitiviti seseorang terhadap gula laktosa dari susu.

Sesetengah dari kita masih mampu meminum sedikit susu tanpa sebarang masalah. Namun ramai yang tidak boleh langsung mengambil susu walau pun sedikit.

Kini terdapat susu yang diproses bagi mereka yang mengalami masalah ini. Baca pada label bagi mengetahui susu yang mana sesuai untuk diminum.

#HealthDrZubaidi

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

Leave a Reply

error: Content is protected !!