Pernah perasan degupan jantung kita ada kalanya berdegup laju dan ada kalanya berdegup perlahan secara tidak sekata?
Ia berbeza dengan keadaan apabila bila bersenam, degupan jantung laju kemudian menjadi perlahan ketika kita berehat.
Degupan jantung yang tidak sekata menyebabkan seseorang itu rasa tidak selesa pada dada, rasa sukar bernafas dan menjadi resah.
Sebenarnya mereka mungkin mengalami fibrilasi atrium (Afib) atau (AF), iaitu sejenis penyakit berpunca daripada degupan jantung tidak teratur (aritmia).
Tidak ramai penduduk Malaysia yang mengalami masalah ini. Walaupun selalunya dialami oleh pesakit berumur 60 tahun, namun pola kesihatan sekarang menunjukkan ramai pesakit yang berusia 40an mengalaminya.
Ia sangat berbahaya jika pesakit tidak mendapat rawatan yang sempurna. Ia boleh menyebabkan serangan strok dan jantung.
Pemeriksaan ECG secara 24 jam harus dilakukan untuk membezakan dengan jenis aritmia yang lain seperti atrial flutter, atrial tachycardia, supraventricular tachycardia dan ventricular tachycardia.
Namun begitu ia sekarang dapat dikesan menggunakan alat pengesan yang dihubungkan kepada telefon bimbit.
Jika dahulu pesakit diberikan pencair darah, tetapi sekarang teknik mematikan sel di bahagian tertentu dalam jantung semakin popular. Teknik ini dinamakan ablation.
Kaedah ini lebih selamat, cepat dan berkesan. Ia mengambil masa dua jam dan ditempatkan selama dua hari di hospital untuk pemantauan.
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :