ADAKAH PENGAMALAN SUCRALOSE ITU SELAMAT?

ADAKAH PENGAMALAN SUCRALOSE ITU SELAMAT?

1. Pengambilan sejumlah gula tambahan yang berlebihan boleh memberi kesan berbahaya kepada kesihatan secara keseluruhan. Atas sebab ini, ramai orang beralih kepada pemanis tiruan seperti sucralose.

2. Sucralose ialah pemanis tiruan yang umumnya dianggap selamat apabila dinikmati secara sederhana. Ia 600 kali lebih manis daripada gula putih. Sungguhpun ia manis namun sucralose ialah pemanis tiruan yang bersifat sifar kalori.

3. Sucralose diperbuat daripada gula yang menjalani beberapa proses kimia yang akhirnya tiga kumpulan hidroksil dalam molekul gula digantikan dengan atom klorin.

4. Sucralose mempunyai sedikit atau tiada kesan pada peningkatan tahap gula dalam darah dan paras insulin (1). Oleh itu ia dicadangkan untuk pesakit diabetis dan mereka yang ingin turunkan berat badan.

5. Satu kajian melaporkan bahawa pengambilan sucralose dengan setiap hidangan selama 12 minggu tidak meningkatkan paras insulin, paras gula dalam darah puasa atau hb A1c. (2)

6. Walau bagaimanapun, beberapa kajian lain telah menghasilkan keputusan yang bercanggah, dengan beberapa menyatakan bahawa sucralose boleh mengurangkan sensitiviti insulin dan meningkatkan gula dan paras insulin dalam darah jika diambil pada jangka yang panjang. (3,4,5)

7. Selama ini sucralose dianggap sebagai pemanis tiruan yang tahan panas dan boleh digunakan untuk memasak. Walau bagaimanapun, kajian baru-baru ini menunjukkan pada suhu tinggi, sucralose mula rosak dan mula berinteraksi dengan bahan lain. Jadi ia tidak selamat.(6).

8. Dalam satu kajian 2010 mendapati bahawa memanaskan sucralose dengan gliserol, sebatian yang terdapat dalam molekul lemak, menghasilkan bahan berbahaya yang dipanggil chloropropanol yang boleh meningkatkan risiko kanser (7).

9. Bakteria baik dalam usus besar sangat penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan. Mereka boleh meningkatkan penghadaman, meningkatkan sistem daya tahan, dan mengurangkan risiko kita mendapat banyak penyakit.

10. Adakah sucralose mengganggu keseimbangan bakteria baik dalam usus? Satu kajian pada haiwan menunjukkan bahawa penggunaan sucralose selama 6 bulan mengganggu keseimbangan kuman-kuman baik dalam usus dan meningkatkan keradangan hati dan usus. (8).

11. Produk yang mengandungi pemanis tiruan yang mengandungi sifar kalori sering dipasarkan sebagai baik untuk penurunan berat badan.

12. Kajian pemerhatian pada 2014 mendapati tiada hubungan antara penggunaan pemanis tiruan dan berat badan atau jisim lemak, tetapi melaporkan peningkatan kecil dalam indeks jisim badan (BMI) (9)

13. Jadi adakah sucralose ini selamat? Seperti pemanis buatan lain, sucralose sangat kontroversial. Ada yang mendakwa bahawa ia sama sekali tidak berbahaya, tetapi bukti tentang keselamatan dan kesan kesihatan jangka panjangnya membuktikan sebaliknya. Kesan kesihatan jangka panjang masih tidak jelas, tetapi pihak berkuasa kesihatan seperti Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) menganggapnya selamat.

14. Jika anda memilih untuk mengelakkan sucralose atau pemanis tiruan yang lain, terdapat banyak alternatif yang lebih baik dan selamat. Antaranya Stevia dan Monkfruit.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Rujukan:

1. Ahmad SY, Friel JK, Mackay DS. Effect of sucralose and aspartame on glucose metabolism and gut hormones. Nutr Rev. 2020 Sep 1;78(9):725-746.

2. Grotz VL, Pi-Sunyer X, Porte D Jr, Roberts A, Richard Trout J. A 12-week randomized clinical trial investigating the potential for sucralose to affect glucose homeostasis. Regul Toxicol Pharmacol. 2017 Aug;88:22-33.

3. Romo-Romo A, Aguilar-Salinas CA, Brito-Córdova GX, Gómez-Díaz RA, Almeda-Valdes P. Sucralose decreases insulin sensitivity in healthy subjects: a randomized controlled trial. Am J Clin Nutr. 2018 Sep 1;108(3):485-491.

4.Bueno-Hernández N, Esquivel-Velázquez M, Alcántara-Suárez R, Gómez-Arauz AY, Espinosa-Flores AJ, de León-Barrera KL, Mendoza-Martínez VM, Sánchez Medina GA, León-Hernández M, Ruiz-Barranco A, Escobedo G, Meléndez G. Chronic sucralose consumption induces elevation of serum insulin in young healthy adults: a randomized, double blind, controlled trial. Nutr J. 2020 Apr 13;19(1):32.

5. Méndez-García LA, Bueno-Hernández N, Cid-Soto MA, De León KL, Mendoza-Martínez VM, Espinosa-Flores AJ, Carrero-Aguirre M, Esquivel-Velázquez M, León-Hernández M, Viurcos-Sanabria R, Ruíz-Barranco A, Cota-Arce JM, Álvarez-Lee A, De León-Nava MA, Meléndez G, Escobedo G. Ten-Week Sucralose Consumption Induces Gut Dysbiosis and Altered Glucose and Insulin Levels in Healthy Young Adults. Microorganisms. 2022 Feb 14;10(2):434.

6. Eisenreich A, Gürtler R, Schäfer B. Heating of food containing sucralose might result in the generation of potentially toxic chlorinated compounds. Food Chem. 2020 Aug 15;321:126700.

7. Anja Rahn, Varoujan A. Yaylayan. Thermal degradation of sucralose and its potential in generating chloropropanols in the presence of glycerol Food Chemistry. Vol 118, Issue 1, 1 January 2010, Pages 56-61

8. Bian X, Chi L, Gao B, Tu P, Ru H, Lu K. Gut Microbiome Response to Sucralose and Its Potential Role in Inducing Liver Inflammation in Mice. Front Physiol. 2017 Jul 24;8:487.

9. Paige E Miller and Vanessa Perez. Low-calorie sweeteners and body weight and composition: a meta-analysis of randomized controlled trials and prospective cohort studies. Am J Clin Nutr. 2014 Sep; 100(3): 765–777.

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!