
RAWATAN UNTUK MASALAH CARPAL TUNNEL SYNDROME
1. Carpal Tunnel Syndrome adalah salah satu masalah paling biasa yang dihadapi bagi mereka yang obese, sedang hamil atau mengalami kecederaan pada pergelangan tangan.
2. Tanda seseorang yang mengalami keadaan ini adalah berasa sakit atau kebas pada tangan dan rasa lemah menggerakkan tangan dan pergelangan tangan.
3. Terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaan ini, bergantung samada berpunca dari berat badan berlebihan, kehamilan atau kecederaan pada pergelangan tangan.
4. Pakai splint. Splint boleh memegang pergelangan tangan, dengan ini melegakan tekanan pada saraf median. Boleh menggunakannya ketika tidur.
5. Tuam dengan air hangat. Ia dapat melegakan rasa tidak selesa pada tangan yang terjejas.
6. Bersilih ganti tuam dengan ais. Meletakkan pek ais pada kawasan yang sakit boleh memberikan kelegaan sementara, kerana ia boleh mengurangkan keradangan dan kebengkakan pada pergelangan tangan.
7. Lakukan pergerakan pada pergelangan tangan dengan menggerakkan pergelangan tangan secara perlahan-lahan boleh membantu mengurangkan kebengkakan dan rasa tidak selesa.
8. Senaman tangan. Lakukan senaman tangan iaitu dengan menggenggam tangan dan kemudian membukanya sehingga jari-jari anda terbuka. Ulangi pergerakan 5-10 kali.
9. Tinggikan aras tangan. Ia dapat mengurangkan kebengkakan akibat pengumpulan cecair pada tangan dan ini melegakan rasa kebas
10. Ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs). Ubat penahan sakit ini boleh memberikan kelegaan jangka pendek.
11. Suntikan steroid pada pergelangan tangan meredakan keradangan dan kebengkakan tisu sekitar pembedahan.
12. Jika rawatan lain tidak berkesan, pertimbangkan untuk melakukan pembedahan.
Pembedahan melibatkan pemotongan ligamen yang menekan saraf median. Ini melegakan saraf tisu yang tersepit.
13. Rawatan yang diberikan kecuali pil penahan sakit dan pembedahan, memerlukan kesabaran melakukannya kerana ia tidak memberikan kelegaan dengan cepat.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
www.drzubaidi.com
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
Boleh dapatkan OLIVIE PLUS 30x di :

Boleh dapatkan VITAMIN E TOCOTRIENOL SOFTGEL OLIVE HOUSE di :

Boleh dapatkan VITAMIN C NUTRIFORTE tanpa gula dan tanpa asid di :

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
