KEPENTINGAN MINERAL POTASSIUM DALAM DIET

Potassium adalah mineral penting yang diperlukan oleh semua tisu dalam badan. Ia kadangkala dirujuk sebagai elektrolit kerana ia membawa cas elektrik kecil yang mengaktifkan pelbagai fungsi sel dan saraf.

Potassium juga dikenali sebagai kalium. Ia didapati secara semula jadi dalam banyak makanan.

Peranan utama potassium dalam badan adalah untuk membantu mengekalkan paras normal cecair di dalam sel kita. Sodium, rakan segandingan nya, juga mengekalkan paras cecair normal di luar sel.

Potassium juga membantu otot mengecut dan membantu menurunkan tekanan darah.

Akademi Perubatan Kebangsaan Amerika Syarikat mencadangkan :

✔️Bagi wanita berumur 14-18 tahun, AI ialah 2,300 mg setiap hari.

✔️Bagi wanita 19+, 2,600 mg.

✔️Bagi wanita hamil dan menyusu, antara 2,500-2,900 mg.

✔️Bagi lelaki berumur 14-18 tahun ialah 3,000 mg;

✔️untuk lelaki 19+, 3,400 mg.

Dianggarkan bahawa purata pengambilan harian kalium pada orang dewasa adalah kira-kira 2,320 mg untuk wanita dan 3,016 mg untuk lelaki. [2]

Mengapa kita perlu tahun jumlah pengambilan.potassium? Bagi mereka yang masih muda dan sihat peningkatan potassium mungkin tidak menyebabkan masalah kesihatan yang berbahaya.

Tetapi bagi pesakit ginjal yang kronik (CKD) dan pesakit degupan jantung yang tidak normal (arrhythmias), tahap potassium yang tinggi dalam darah sangat berbahaya.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi
HP 0197022391

Bacaan:

1. National Academy of Medicine. Dietary Reference Intakes for Sodium and Potassium. Washington (DC): National Academies Press (US); 2019 Mar.

2. National Institutes of Health; Office of Dietary Supplements. Potassium: Fact Sheet for Health Professionals. https://ods.od.nih.gov/factsheets/Potassium-HealthProfessional/. Accessed 5/20/2019.

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!