ADA BENJOLAN PADA PUTING ANAK SAYA

 

Tidak kira lelaki dan perempuan dari semua peringkat umur mempunyai tisu payudara pada dada yang normal.


Tisu ini bertindak balas terhadap perubahan hormon. Jadi ketulan boleh datang dan pergi.


Ada kalanya ia membesar dan adakalanya ia hilang. Ia boleh melibat sebelah kanan atau sebelah kiri, atau kedua-duanya.


Ketulan payudara boleh muncul pada sebarang umur :

✔️ Kedua-dua bayi lelaki dan perempuan mungkin mempunyai ketulan payudara daripada estrogen ibu mereka apabila mereka dilahirkan. Ketulan selalunya akan hilang dengan sendirinya apabila estrogen keluar dari badan bayi.

 

✔️Kanak-kanak dua hingga enam tahun, hal ini jarang berlaku. Ia bukan berpunca dari baki hormon ibu mereka ketika proses kelahiran. Ia juga bukan sebab perubahan hormon yang sering berlaku di kalangan remaja. Jika ia datang dan hilang berulang kali atau kekal, elok buat pemeriksaan doktor.


✔️ Gadis-gadis remaja sering mengembangkan “putik payudara,” yang muncul sejurus sebelum permulaan akil baligh. Benjolan ini mungkin lembut. Ia biasa berlaku sekitar umur 9 tahun, tetapi mungkin berlaku seawal umur 6 tahun.


✔️ Remaja lelaki mungkin mengalami pembesaran payudara dan ketulan kerana perubahan hormon pada pertengahan akil baligh. Walaupun ini mungkin mengganggu kanak-kanak lelaki, ketulan atau pertumbuhan hampir selalu hilang dengan sendirinya dalam tempoh beberapa bulan.


Namun perubahan ini selalunya tidak diikuti dengan ketulan payudara yang semakin membesar, mengeras atau menyebabkan rasa sakit.


Jika ada kekeliruan, elok buat pemeriksaan doktor.


Semoga bermanfaat.

 

#HealthDrZubaidi
HP 0197022391

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!