Biasanya, jika seseorang kekal dalam remisi (remission) lengkap selama lima tahun atau lebih, doktor mungkin akan mengatakan bahawa mereka telah sembuh atau bebas kanser.
Jika kurang dari itu, pesakit hanya dikatakan baru lepas rawatan yang lengkap tetapi bukan telah sembuh atau bebas kanser.
Remisi adalah istilah yang digunakan apabila tanda-tanda dan gejala kanser berkurangan atau hilang sepenuhnya.
Dalam remisi lengkap, semua tanda dan gejala kanser hilang, dan sel kanser tidak dapat dikesan melalui sebarang ujian.
Remisi boleh bertahan dari beberapa minggu hingga beberapa tahun, dan rawatan mungkin atau mungkin tidak diteruskan semasa remisi, bergantung pada jenis kanser.
Jadi remisi tidak bermakna bebas atau sembuh kanser?
Tidak, remisi dan penyembuhan adalah dua istilah yang berbeza.
Remisi merujuk kepada pengurangan atau hilangnya tanda-tanda kanser, tetapi tidak semestinya bermakna kanser telah sembuh sepenuhnya.
Penyembuhan, sebaliknya, bermakna kanser telah dihilangkan sepenuhnya dan tidak dijangka akan kembali.
Doktor mungkin menganggap seseorang telah sembuh jika mereka kekal bebas dari kanser untuk tempoh masa yang panjang, seperti lima tahun atau lebih tanpa sebarang tanda-tanda kanser kembali.
Semoga bermanfaat.
#cancersurvivor
#HealthDrZubaidi
Jika ingin bertanya lebih lanjut, boleh book appointment via zoom
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz