BAGAIMANA ASID URIK YANG TINGGI BOLEH MENYEBABKAN PEMBENTUKAN BATU DALAM GINJAL?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya pesakit gout dan setiap tahun 2-3 kali diserang gout. Saya sedang mengambil Allopurinol tetapi tahap asid urik masih tinggi.

Baru-baru ini saya mengalami rasa sakit ketika kencing dan dalam pemeriksaan air kencing, doktor kata ada sedikit darah.

Doktor kata mungkin ada batu dalam pundi kencing dan ginjal saya.

Mohon pencerahan Dr Zubaidi. Terima kasih.

 

Waalaikumussalam.

 

Terima kasih kerana buat pertanyaan.

 

Bagi pesakit gout tahap asid urik yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan batu dalam ginjal dan pundi kencing.

 

Asid urik adalah bahan buangan yang ada dalam darah kita. Badan kita menghasilkan asid urik apabila ia memecahkan sebatian yang dipanggil purine dari sumber protein yang kita makan atau proses metabolisme dalam tubuh.

 

Kebanyakan asid urik larut dalam darah dan dikumuhkan melalui buah pinggang melalui air kencing.

 

Jika kita mempunyai tahap asid urik yang tinggi, maka kristal asid urik mula terbentuk. Hablur asid urik ini bergabung dengan bahan lain dalam badan anda dan menghasilkan batu karang.

 

Ia terus berkembang. Ia mungkin kekal di dalam buah pinggang atau bergerak ke bawah saluran kencing dan tinggal dalam saluran kencing ureter.

 

Jika batu-batu itu sangat kecil, ia mungkin akan keluar dari buah pinggang melalui air kencing dengan mudah tanpa berasa sakit.

 

Tetapi jika mereka bersaiz besar, batu karang ini boleh melukakan saluran kencing dan boleh juga akan menyekat air kencing di buah pinggang, ureter, pundi kencing atau uretra sehingga menyebabkan penyakit buah pinggang yang kronik (CKD).

 

Jadi sangat bahaya bagi pesakit gout yang mempunyai tahap asid urik yang tinggi kerana ia bukan saja menyebabkan serangan gout yang berulang tetapi menyebabkan pembentukan batu karang dalam buah pinggang.

 

BAGAIMANA NAK BEBAS GOUT DAN BATU KARANG?

Jom sertai webinar Hidup Bebas Gout malam ini.

Klik di link di bawah :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/gout

Leave a Reply

error: Content is protected !!