PERLUKAH SAYA MEMERIKSA TEKANAN DARAH SAYA WALAUPUN SAYA BUKAN PESAKIT HIPERTENSI?

1. Pemeriksaan tekanan darah menggunakan alatan sphygmomanometer digalakkan jika anda sudah berumur 35 tahun ke atas.

2. Terutama bagi mereka yang mempunyai ibu atau ayah atau adik beradik yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi di usia yang muda.

3. Wanita yang pernah hamil dan diagnosakan sebagai pesakit hipertensi bawaan kehamilan (tekanan darah menjadi tinggi ketika hamil) juga termasuk golongan berisiko.

4. Pesakit metabolik atau pesakit yang sudah mengalami penyakit diabetis, tahap kolestrol yang tinggi dan pesakit gout juga digalakkan melakukan pemeriksaan tekanan darah di rumah.

5. Atau mereka yang obese, merokok, tidak sempat bersenam, stress dan tidak memberikan perhatian makanan yang dimakan.

6. Jika BELUM ada penyakit darah tinggi, tujuan kita melakukan pemeriksaan tekanan darah adalah mencegah terjadinya penyakit hipertensi. Ia termasuk dalam kategori saringan.

Kita cuba kenalpasti faktor risiko di atas dan cuba untuk mengurangkan risiko tersebut.

7. Jika SUDAH didiagnosa sebagai pesakit hipertensi, tujuan kita buat pemeriksaan tekanan darah adalah untuk mencegah terjadinya komplikasi bagi penyakit darah tinggi, seperti serangan angin ahmar (stroke), serangan sakit jantung dan kerosakan ginjal.

Komplikasi penyakit darah tinggi berlaku apabila tekanan darah dibiarkan tidak terkawal dalam tempoh beberapa tahun.

Jadi ambil rawatan yang dilakukan dan berikan fokus pada pemakanan (diet), penurunan berat badan dan mengambil makanan bernutrisi.

8. Jadi buatlah pemeriksaan tekanan darah di rumah di waktu pagi antara 8-9AM dan sebelum tidur.

9. Catatkan dalam buku kecil sebagai nota untuk dirujukkan kepada doktor yang merawat.

Semoga bermanfaat.

Dr Zubaidi Hj Ahmad
HP 0197022391

#HealthDrZubaidi

 

 

Pengambilan Minyak Zaitun OLIVIE PLUS 30x bagus kerana mengandungi poliphenol yang meningkatkan kesihatan kita. Dapatkan di link : 

https://www.needsvenue.com.my/collections/inspirasi-sunnah/products/olivie-plus30-extra-virgin-olive-oil

Boleh dapatkan SET BEBAS GOUT

https://www.needsvenue.com.my/collections/kombo-istimewa/products/-set-bebas-gout-x1-vit-c-x1-nv-fish-oil-x1-natrieo-vit-e

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!