ADAKAH NAJIS BERWARNA HIJAU BAHAYA DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN BAYI?

 

1. Najis hijau adalah normal, tetapi ia boleh bertukar sedikit berwarna gelap apabila terdedah pada udara.

2. Kebanyakan najis berwarna hijau gelap disebabkan oleh hempedu yang banyak dikeluarkan oleh kanak-kanak yang belum matang mengawal pengeluaran hempedu ketika penghadaman.

3. Najis hijau adalah lebih dilihat di kalangan bayi yang mengambil susu formula berbanding bayi yang menyusu ibu. Ia adalah normal, jika berlaku pada bayi yang mengambil susu formula atau menyusu ibu.

4. Najis hijau juga biasa berlaku apabila bayi dan kanak-kanak mengalami cirit-birit.

5. Kanak-kanak yang mula makan separuh pepejal terutama hijau seperti sayur bayam yang dikisar boleh menyebabkan najis berwarna hijau gelap.

6. Jadi jangan terlalu risau, selalunya ia berlaku dalam masa yang singkat tetapi boleh berulang.

7. Buat pemeriksaan doktor jika ia berlaku berterusan dalam masa seminggu

Semoga bermanfaat.

 
 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 
 

Leave a Reply

error: Content is protected !!