Sembelit adalah keadaan apabila seseorang itu sukar membuang air keras, melebihi tiga hari, dan terpaksa meneran dan najis selalunya keras.
Sembelit berlaku sesekali, bergantung kepada apa yang kita makan dan berapa banyak kita makan.
Antara punca sembelit adalah :
1. Kurang Pengambilan Serat (sayur dan buah) dalam makanan yang diambil. Jika masih mengalami sembelit, boleh tambahkan lagi sayur dan buah dengan lebih banyak.
2. Kurang Minum Air. Saya mencadangkan minum sekurang-kurangnya 2L sehari, kecuali doktor tidak membenarkan disebabkan penyakit-penyakit tertentu. Namun kebanyakan air ini keluar sebagai air kencing dan peluh.
3. Kurang Pergerakan Fizikal. Cuba banyak banyakkan berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari kerana ia membantu merangsang pergerakan usus dan mengurangi risiko mengalami sembelit.
4. Menahan Buang Air Besar. Menunda keinginan untuk buang air besar juga mempengaruhi fungsi usus besar.
5. Penyakit Tertentu. Beberapa penyakit tertentu seperti Hirschsprung atau hypotyroidisme, boleh menyebabkan sembelit.
6. Ubat-ubatan sintetik. Penggunaan ubat tahan sakit jenis narkotik juga dapat memengaruhi pergerakan usus.
7. Kurangkan pengambilan produk tenusu, alkohol, dan minuman berkafein seperti teh, coklat, atau kopi, terutama bagi bagi mereka yang sensitif terhadap makanan dan minuman ini.
Di klinik, selalunya doktor memberikan ubat sintetik :
1. Lactulose: Ubat ini membantu melancarkan pembuangan air besar dengan melembutkan najis.
2. Laxadine: Kombinasi phenolphthalein, paraffin liquidum, dan glycerin dalam Laxadine merangsang pergerakan usus besar.
3. Dulcolax: Ia mengandungi bisacodyl, yang merangsang pengecutan otot-otot usus besar untuk mengeluarkan najis.
4. Minyak Paraffin. Ia adalah minyak sentetik yang melicinkan najis bagi memudahkan pengeluarannya.
Terdapat juga beberapa herba yang membantu mengatasi sembelit.
1. Teh Daun Senna.
2. Teh Daun Mint.
3. Teh Daun Chamomile
4. Halia.
5. Buah Prun: Ia mengandungi serat yang tinggi dan sorbitol.
6. Gum Arab: Ia mengandungi fiber dan menyerap air dalam usus besar, menyebabkan najis lebih lembut.
7. Minyak Kelapa Dara dan Minyak Zaitun. Ia melembutkan najis dan melancarkan pergerakannya dalam usus besar.
8. Probiotik seperti yogurt dapat meningkatkan keseimbangan microbiota dalam usus besar.
Masalah sembelit harus diatasi segera. Pembuangan air besar harus berlaku sekurang-kurangnya 3 hari sekali tanpa kesukaran meneran.
Jika dibiarkan lama, sembelit mungkin akan menyebabkan:
1. Buasir. Ketika meneran, saluran darah vena akan membengkak dan menyebabkan buasir.
2. Fistura in Anu. Sembelit yang berkepanjangan menyebabkan luka kecil pada lubang dubur, yang menyebabkan perdarahan dan rasa sakit.
3. Prolaps Rektum. Apabila otot sekeliling dubur semakin longgar akibat kerap meneran, ia boleh menyebabkan rektum (bahagian akhir usus besar) keluar dari tempatnya.
4. Kanser Colon dan Rectum. Sembelit yang lama di kalangan mereka yang gemar makan daging dan daging berproses, akan merangsangkan pembentukan sel-sel kanser.
Kesimpulannya, sembelit adalah masalah yang kerap berlaku. Sembelit yang berpanjangan, harus dirawat dan digalakkan untuk membuat pemeriksaan terutama di kalangan mereka yang berumur 50 tahun ke atas.
Semoga bermanfaat.
Jika ingin bertanya lebih lanjut, boleh book appointment via zoom
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Boleh ambil Minyak Zaitun OLIVIE PLUS 30x bagi melancarkan pembuangan air besar. Dapatkan di link :