ADAKAH MAKAN BAWANG PUTIH BERBAHAYA KEPADA PERUT?

ADAKAH MAKAN BAWANG PUTIH BERBAHAYA KEPADA PERUT?

Bawang putih bukan sahaja digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan untuk menambah keenakan makanan, malah ia digunakan sebagai ubat semulajadi untuk merawat penyakit seperti selsema dan batuk.

Banyak kajian makmal menunjukkan bahawa bawang putih mengandungi banyak nutrien seperti asid amino, allicin, fructan, liallyl sulfide dan vitamin A, B, C, D.

Secara khusus, bawang putih mempunyai kegunaan berikut:

✔️ Bawang putih mengandungi sebatian allicin yang berfungsi sebagai antibiotik semulajadi membantu menguatkan sistem imuniti badan, mempunyai kesan anti-bakteria dan anti-radang.

✔️ Bawang putih digunakan merawat ulser perut, gastritis dan sakit perut dengan berkesan. Oleh itu, pesakit sakit perut masih boleh makan bawang putih, tetapi hanya makan secukupnya (tidak boleh makan terlalu banyak) dan mesti makan dengan betul. Namun kesannya mungkin berbeza pada seorang berbanding dengan orang lain.

✔️Selain merawat sakit gastritis, bawang putih juga membantu mencegah kanser perut.

✔️Bawang putih juga membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam darah, dan ini membantu melindungi jantung dan mencegah penyakit kronik seperti hipertensi, strok, serangan jantung.

✔️Bawang putih juga mengurangkan keradangan sendi.

Jika anda makan terlalu banyak bawang putih, ia akan memudaratkan perut kerana bawang putih mengandungi sebatian fructane, sebatian yang menyebabkan banyak masalah untuk perut dan usus. Makan terlalu banyak bawang putih secara langsung akan merangsang saluran pencernaan, yang boleh merosakkan lapisan perut. Jadi boleh menyebabkan gejala pedih ulu hati, perut kembung malah ulcer perut.

Terlalu banyak sebatian allicin dalam bawang putih boleh menyebabkan hemolisis (sel darah merah pecah) yang membawa kepada anemia.

Untuk menjadikan bawang putih sebagai rawatan untuk masalah gastritis, saluran penghadaman, ambil hanya kira-kira 10g bawang putih segar setiap hari.

Cara makan bawang putih yang betul ialah bawang putih harus dikisar atau dipotong halus, kemudian biarkan di udara lebih kurang 10-15 minit sebelum boleh dimakan mentah atau dimasak.

Tujuannya agar sebatian
alliin (bahan utama dalam bawang putih segar), di bawah tindakan enzim alliinase akan dihidrolisiskan untuk menghasilkan allicin. Sebatian allicin inilah merupakan bahan yang bermanfaat dalam bawang putih.

Samada dicincang atau dimasak, bawang putih masih mengekalkan 60% daripada kesan farmakologinya.

Bawang putih segar yang menjalani proses penapaian dengan keadaan masa, suhu dan kelembapan yang ketat akan membentuk bawang putih hitam. Ia mengandungi bahan seperti fruktosa, sulfur organik, polifenol dan terutamanya bahan aktif utama, S-allyl-L-cysteine (SAC), yang kandungannya meningkat 4-5 kali ganda berbanding bawang putih segar.

Oleh itu, bawang putih hitam mempunyai kesan yang kuat, melindungi jantung dan meningkatkan fungsi pencernaan.

Semoga bermanfaat.

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!