TAHAP KOLESTEROL MASIH TINGGI WALAUPUN SUDAH LAMA AMBIL UBAT ANTI-KOLESTEROL

Peningkatan tahap kolesterol yang tinggi (terutamanya LDL) di kalangan individu yang kurus atau tidak obes selalunya disebabkan oleh masalah genetik.

Masalah ini dinamakan Familial Hypercholesterolemia. Ia disebabkan oleh perubahan genetik yang diwariskan atau diturunkan daripada salah seorang atau kedua ibu bapa.

Mereka mempunyai kemampuan mengumpul lebih banyak kolesterol berbanding dengan orang lain walaupun pada usia yang muda dan tidak obes.

Sebab itu mereka mudah mempunyai pengumpulan lemak pada sekeliling mata, dan bahagian lain berbanding dengan orang lain.

Faktor genetik (keturunan ) ini menyebabkan pengumpulan tahap kolesterol lebih mudah dan banyak terutama apabila usia meningkat melebih 45 tahun walaupun telah mengambil ubat sintetik anti-kolestrole untuk sekian lama.

Tidak hairan jika ada beberapa orang di kalangan ahli keluarga mereka yang mengalami masalah serangan sakit jantung pada usia yang lebih muda (sekitar 40an) akibat faktor genetik atau keturunan ini.

Jadi teruskan diet IF, tingkatkan aktiviti fizikal, utamakan pengambilan makanan bernutrisi, kawal stress dan ambil suplemen seperti minyak zaitun, vitamin E dan minyak ikan.

Walaupun tahap kolesterol mungkin masih tinggi atau agak sukar untuk turun ke tahap yang optima, sekurang-kurangnya kita dilindungi atau dapat mengelakkan serangan sakit jantung, dengan izin Allah.

#HealthDrZubaidi

Dapatkan Fish Oil Needs Venue yang bersaiz lebih kecil dari dalam pasaran, sesuai untuk kanak-kanak hingga dewasa. Kanak-kanak 1 biji, dewasa 3 biji. Boleh klik link di sini 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!