PERLUKAH ANTIBIOTIK BILA ANAK SERING SELSEMA DAN BATUK?

Assalamualaikum doktor. Boleh doktor terangkan apa perbezaan selsema biasa dengan selsema elergik di kalangan kanak kanak. Sebab anak saya kerap selsema dan bersin. Doktor di klinik berikan ubat selsema dan antibiotik. Saya confused nak bagi ubat bila anak selsema, perlukah ubat antibiotik? Kadang tengok dia bukan selsema sangat cuma ada hingus yg jernih, dan kadang keluar dan kadang tak ada. Jadi perlu ke saya bagi ubat antibiotik.
Terima kasih.

Walaikumusalam.

Selsema dan bersin mungkin akibat alahan (habuk, cuaca sejuk atau makanan), sementara ada juga akibat kuman samada bakteria dan virus.

Jika anak kerap selsema dan batuk, tingkatkan sistem daya tahan tubuh anak. Ubat selsema hanya untuk sementara menghentikan selsema dan batuk. Sementara antibiotik diberikan untuk membunuh bakteria sahaja, bukan virus.

Secara amnya.
Alahan : lendiran selsema warna jernih. Tiada demam. Tak perlu antibiotik.

Virus: lendiran selsema warna jernih tapi ada demam. Tak perlu antibiotik.

Bakteria : lendiran selsema warna kuning dan ada demam. Perlu antibiotik.

Bincang dan dapat penerangan yang jelas sebelum menerima ubat antibiotik, bimbang tubuh anak me dapat kerintangan antibiotik.

Semoga bermanfaat.

 

 

[IKLAN]

Tingkatkan daya tahan anak anda terhadap jangkitan dengan Set Anak Sihat :

IMMUNEEDZ DAN MINYAK IKAN

https://www.needsvenue.com.my/collections/kombo-istimewa/products/-set-anak-sihat-1-unit-immuneedz-vit-c-1-unit-fish-oil-500mg

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!