JANGAN GABUNGKAN MINUM AIR BERSODA DENGAN MAKANAN SEGERA.
3 MEI 2019
Ramai yang tidak perasan bahawa minuman yang biasa dijual di restoran makanan segera adalah minuman bersoda. Saya sudah lama tidak membeli di restoran segera. Mungkin lima tahun lepas. Seingat saya pernah minta air mineral tetapi tidak dijual. Saya tidak faham mengapa makanan segera seperti burger harus diambil bersama air bersoda.
Kita mungkin tidak mengetahui bahawa menggabungkan makanan segera seperti burger dengan air bersoda adalah sesuatu yang bahaya.
Pakar nutrisi mengatakan ia memberikan kesan yang negatif dalam jangka masa yang panjang. Ini kerana kandungan gula dan kalori yang sangat tinggi di dalam kedua-dua makanan ini. Begitu juga dengan kentang goreng yang disediakan. Ia juga memberatkan fungsi hati, ginjal, pankreas dan jantung.
Jika diambil sesekali, mungkin kesan negatif itu tidak kelihatan dengan jelas, namun jika diambil setiap hari atau beberapa kali sehari seperti mana amalan di kebanyakan individu di Amerika Syarikat, ia memberikan impak negatif dengan cepat.
Gabungan makanan seperti ini juga akan menyebabkan kadar metabolisme akan perlahan, akhirnya ia disimpan sebagai lemak dalam tubuh. Malah ia hanya memberikan rasa kenyang sebentar saja, dan kita kan berasa lapar semula dalam jangka masa yang pendek dan mahu makan semula.
Jika teringin sangat mahu makan burger sesekali, ia mungkin elok diambil dengan air kosong atau minuman lain seperti teh dan kopi tanpa gula. Namun begitu saya tidak mengrekomendasi pengambilan sebarang makanan segera.
Ada juga beberapa minuman dan makanan yang tidak sesuai digabungkan dengan minuman bersoda. Ia boleh menyebabkan masalah penghadaman.
- Susu dan makanan/minuman yang mengandungi susu. Ia menyebabkan tahap asid dalam perut akan bertambah. Ini akan menyebabkan abdomen kembung, rasa mual, muntah dan rasa pedih ulu hati.
- Makanan pedas. Ramai yang cuba mengurangkan rasa pedas dengan segera minum air bersoda yang sejuk. Secara tidak sedar kita telah mengabungkan dua makanan dan minuman yang bakal mengganggu penghadaman.
- Me segera. Ia bersifat asid. Gabungan keduanya akan menyebabkan lebih banyak penghasilan gas karbon dioksida dengan berlebihan di dalam perut. Ini menyebabkan abdomen menjadi tidak selesa dan kembung.
- Kopi. Kopi pun bersifat asid. Gabungan kopi dan air bersoda membuatkan perut kita tak selesa kerana penghasilan karbon dioksida (dari air soda) yang sangat banyak. Jika dihidangkan kopi jarakkan dua jam jika mahu ambil kopi selepas minuma air bersoda.
Semoga bermanfaat.
=========================================
Saya sendiri mengamalkan minyak zaitun OLIVIE setiap pagi dan malam. Alhamdulillah rasa bertambah sihat dan bertenaga.
Boleh dapatkan OLIVIE dari staf saya.
Puan Zaiha 01110040154
Puan Zurina 0193389668
Puan Hasnah 0126733955
Cik Fizah 0137046851
Puan Raudhah 0199800764
#oliviedrzubaidi #dietdrzubaidi #nutrisidrzubaidi #mediterraneandietdrzubaidi