Kita selalu mendengar tentang ujian darah HbA1c untuk pesakit diabetes apabila mereka melakukan follow up di hospital.
1. HbA1c atau ‘glycated haemoglobin’ adalah ujian yang selalu dilakukan kepada diabetes, bersama pemeriksaan darah yang lain.
2. Ianya terbentuk apabila haemoglobin dalam sel darah merah bergabung dengan gula dalam darah lalu membentuk ‘glycated’.
3. Ia menujukkan purata bagi tahap gula dalam darah sepanjang 3 bulan. Ia juga digunakan untuk mendiagnosa pesakit diabetes.
4. Paras HbA1c yang tinggi bermakna paras kandungan gula dalam badan adalah tinggi sepanjang 3 bulan yang lepas. Ini akan menyebabkan komplikasi kronik kepada pesakit.
6. Bacaan HbA1c:
✅Normal: < 5.6%
✅Pre- diabetes: 5.6 hingga 6.2%
✅Diabetes: ≥ 6.3%
7. Penurunan HbA1c sebanyak 1% akan mengurangkan risiko komplikasi mikrovaskular sebanyak 25%, seperti masalah mata (retinopati), masalah saraf (neuropati) dan masalah buah pinggang (nefropati).
8. Penurunan 1% HbA1c pula mengurangkan 20% risiko penyakit selaput mata (katarak), 15% risiko penurunan kegagalan jantung dan 45% risiko pemotongan kaki (amputasi).
9. Tahap HbA1c berbeza dengan bacaan paras gula dalam darah kerana HbA1c membaca purata gula untuk tiga bulan yang lepas, sementara bacaan tahap gula (glukosa) dalam darah diambil untuk mengetahui tahap gula pada masa itu sahaja.
10. Pesakit yang tidak boleh menggunakan Hb1Ac untuk mendiagnosa diabetes:
✅Remaja kurang dari 18 tahun.
✅Pesakit menggunakan ubatan steroid dan ubat antipsikotik.
✅Pesakit yang mengambil zat besi (iron).
✅Pesakit yang mengalami kecederaan organ pancreas dan menjalani pembedahan pancreas.
✅Masalah genetik berkaitan dengan HbA1c.
✅Pesakit ginjal tahap 4 dan 5 dan yang mengambil suntikan “erythropoietin”.
✅Anaemia sebab kekurangan zat besi, vitamin B12 dan kekurangan ‘erythropoietin’.
11. Target HbA1c untuk pesakit diabetis.
A. Hb1Ac antara 6.0 hingga 6.5%
Untuk:
✅Pesakit yang baru didiagnosa
✅Lebih muda usia
✅Sihat tubuh badan (jangkaan umur yang panjang, tiada komplikasi jantung)
✅Risiko rendah hipoglisemia
B. Hb1Ac antara 7.1% hingga 8.0% jika:
✅ Pesakit yang ada penyakit jantung koronari, kegagalan jantung, kegagalan buah pinggang.
✅ Jangkaan umur yang pendek
✅ Senang mengalami hipoglisemia.
Rujukan:
CPG Management of Type 2 Diabetes Mellitus (5th Edition), Ministry of Health Malaysia, 2016
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
Jika ingin bertanya lebih lanjut, boleh book appointment via zoom