1. Dalam mengejar kehidupan moden yang sibuk, dan keazaman kita untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat, ramai saintis yang mencadangkan kita melakukan aktiviti fizikal sedara konsisten dan berkala untuk mengekalkan minda yang cerdas.
2. Selain itu aktiviti fizikal ini juga bagus untuk kesihatan kardiovaskular dan mengekalkan berat badan yang seimbang.
3. Dalam kajian, aktiviti fizikal akan melepaskan sebatian Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF), yang sering dirujuk sebagai “baja untuk otak.”
4. BDNF menggalakkan pertumbuhan dan penyelenggaraan saraf otak (neuron) dan menyokong keupayaan otak untuk mempelajari dan mengingati (memori) perkara baru.
5. Aktiviti fizikal juga dikaitkan dengan peningkatan dalam perhatian dan tumpuan. Ia meningkatkan aliran darah ke otak, menyampaikan oksigen dan nutrien yang meningkatkan fungsi kognitif. Dengan itu kita tidak mudah bosan dan mengantuk apabila sedang mendengar kuliah.
6. Senaman berfungsi sebagai penghapus tekanan semula jadi dengan mengawal kortisol (hormon tekanan). Tekanan kronik boleh menjejaskan fungsi kognitif, dan senaman membantu mengatasi kesan negatif ini.
7. Aktiviti fizikal juga merangsang pembebasan neurotransmiter seperti dopamine dan serotonin, yang menyebabkan kita merasa seronok dan bersemangat. Neurotransmiter ini memainkan peranan penting dalam pengawalan mood, mengurangkan risiko kebimbangan dan kemurungan.
8. Hippocampus, kawasan dalam otak yang penting untuk pembelajaran dan ingatan, mengalami perkembangan akibat bila melakukan aktiviti fizikal. Ini akan menguatkan ingatan kita.
9. Jadi jenis aktiviti fizikal yang mana bagus untuk kita? Saintis mencadangkan aktiviti aerobik
seperti berlari, berenang, dan berbasikal, kerana ia meningkatkan kadar denyutan jantung dan aliran darah, dan menggalakkan pembebasan bahan pelindung saraf. Latihan kekuatan, termasuk angkat berat dan latihan rintangan, juga menyumbang peningkatan fungsi kognitif. Sementara aktiviti fizikal yang sederhana secara konsisten, seperti berjalan pantas (brisk walking) juga menyumbang dengan ketara kepada kesihatan otak.
10. Menggabungkan aktiviti fizikal dan mental, seperti mempelajari kemahiran baharu semasa melakukan aktiviti, boleh menguatkan faedah kognitif. Jadi bagus jika ketika berkuliah, kita bangun sekejap untuk merenggangkan anggota dan berlari setempat.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :