BAHAYA MAKANAN RINGAN PADA KANAK-KANAK

1. Pernah tak anak kecil kita menjerit-jerit dan mengamuk? Mungkin mereka penat, bosan atau marah.

2. Pemakanan mereka boleh menjadi punca kepada kelakuan sebegini.

3. Sebagai ibu bapa kita perlu berikan perhatian terhadap pilihan makanan anak kita. Elakkan makanan ringan sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kelakuan buruk mereka.

4. Makanan ringan sangat mudah didapati. Bungkusan yang menarik, harga yang mampu beli dan mudah didapati adalah antara faktor kenapa makanan ringan digemari oleh kanak-kanak.

5. Makanan seperti ini banyak terdapat di rak pasaraya, mempunyai kandungan gula, garam dan transfat yang tinggi. Selain itu mempunyai pewarna dan perasa sintetik yang boleh menjejaskan kelakuan anak anda.

6. Selain itu ia juga boleh menyebabkan :

✅ Ketagihan : ini kerana kandungan gula, garam, transfat dan perasa tiruan yang tinggi.

✅Terlalu aktif : kanak-kanak akan terlalu aktif walaupun menghampiri waktu tidur dan di kala ibubapa sudah kepenatan.

✅ Hilang daya fokus : kanak-kanak akan hilang fokus ketika belajar dan mudah bosan.

✅Lebih agresif : kanak-kanak menjadi cepat marah, mengamuk dan menjerit. Selain itu kanak-kanak lelaki mungkin akan memukul dan bertumbuk.

✅Rasa rendah diri (low esteem): kanak-kanak yang gemar makanan ringan begini selalu menjadi obese dan mereka menjadi rendah diri apabila semakin remaja.

✅Mudah demam dan selsema: makanan ringan begini akan menyebabkan sistem daya tahan mereka lebih rendah dan mudah mendapat demam dan selsema, terutama jika mereka tidak menggemari makan sayur dan buah.

7. Jadi sebagai ibubapa kita perlu bersikap tegas dalam memantau pemakanan mereka demi untuk kebaikan kesihatan mereka.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

[IKLAN]

Boleh dapatkan di web kami :

https://www.needsvenue.com.my/products/immuneedz-60-s-vitamin-c-chewables-

Boleh dapatkan di SHOPEE :

https://shopee.com.my/IMMUNEEDZ-60’s-VITAMIN-C-CHEWABLES-i.850201432.16992786133?sp_atk=cbb29838-6bfd-4b39-b2f2-b6b2c1718270&xptdk=cbb29838-6bfd-4b39-b2f2-b6b2c1718270

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!