APAKAH MAKANAN SUNAH YANG SESUAI UNTUK PESAKIT MIGRAINE?

Terdapat beberapa makanan sunnah yang sesuai migraine. Makanan ini bukanlah rawatan utama untuk melegakan migraine tetapi pengamalannya membantu mengurangkan keterukan rasa sakit kepala dan kekerapan serangan migraine.

 

Ini kerana makanan-makanan ini mengandungi mineral yang penting seperti potassium dan magnesium.

 

Antaranya :

1. Kurma :
Kurma kaya dengan magnesium, yang dapat membantu mengurangkan sakit kepala dan migrain.

 

2. Madu :
Madu mengandungi antioksidan dan sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan migrain.

 

3. Habbatus Sauda :
Habbatus sauda juga mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan gejala migrain.

 

4. Buah Tin :
Buah tin mengandungi kalium dan magnesium yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan sakit kepala.

 

5. Zaitun:

Minyak zaitun mengandungi asid lemak omega-3 yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan sakit kepala.

 

6. Kismis :
Kismis kaya dengan kalium dan magnesium yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan sakit kepala.

 

7. Delima:

Buah delima mengandungi antioksidan yang tinggi dan boleh membantu mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan migrain.

 

Jadi amalkan pemakanan ini setiap hari dengan kuantiti yang sederhana.

 

Selain itu banyakkan berpuasa, san turunkan berat badan.

 

Ambil makanan bernutrisi dan kurangkan makanan berproses dan lemak trans yang terdapat banyak dalam kek, cookies dan donut.

 

Kurangkan air manis dan air berkarbonat.

 

Minum air kosong secukupnya. Kawal stress dan dapatkan tidur secukupnya.

 

Makanan-makanan ini bukan sahaja sunnah dan disebut dalam al-Quran tetapi juga mempunyai manfaat kesihatan yang boleh membantu mengurangkan gejala migrain.

 

#HealthDrZubaidi
#makanansunnah

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!