ASSALAMUALAIKUM DR ZUBAIDI
Saya ingin bertanya, suami saya sering tidak sihat, rasa pening, cepat letih, sering tidur dan kerap batuk dan selsema.
Dia tiada masalah diabetes. Pemeriksaan darah semua ok kecuali terdapat peningkatan tahap ESR.
Adakah itu tanda sistem daya tahan dia lemah?
Terima kasih Dr Zubaidi.
WALAIKUMUSALAM.
Saya percaya beliau mengalami masalah sistem daya tahan yang rendah.
Boleh buat pemeriksaan yang lebih mendalam sebab pemeriksaan asas mungkin tidak mengesan punca masalah ini.
Antara tanda-tanda sistem daya tahan tubuh kita sedang lemah :
1. Sering Sakit dan Ambil Waktu Lama untuk Sembuh: Jika anda sering sakit dan memerlukan waktu lebih lama untuk sembuh, mungkin sistem daya tahan anda sedang lemah dan memerlukan waktu untuk membentuk antibodi dan melawan kuman yang mengganggu.
2. Sering Merasa Sangat Penat: Jika anda merasa sangat penat, bahkan setelah tidur lebih lama, boleh jadi sistem daya tahan tubuh sedang menurun. Keadaan ini memudahkan tubuh diserang oleh virus dan bakteria. Jaga pola tidur dan rehat yang cukup untuk menjaga meningkatkan sistem daya tahan tubuh anda.
3. Masalah Perut: Sering mengalami rasa tidak selesa, cirit-birit, kembung atau sembelit boleh menjadi tanda bahawa sistem daya tubuh anda sedang terganggu. Hampir 70 peratus sistem imun tubuh berada di saluran pencernaan. Keseimbangan bakteri baik dan bakteria jahat yang hidup dalam usus melindungi usus daripada jangkitan kuman dan menguatkan sistem daya tahan tubuh. Jika jumlah bakteria baik berkurangan, risiko jangkitan dan gangguan autoimun meningkat.
4. Luka Lambat Sembuh: Kulit seharusnya mengalami fasa penyembuhan setelah terbakar, atau terpotong, atau tergores. Proses ini bergantung pada sel imun yang sihat. Jika sistem imun sedang lemah, kulit tidak dapat digantikan dengan baik, dan luka akan memerlukan waktu yang lebih lama untuk sembuh.
5. Mudah Mengalami Jangkitan Kuman: Jika anda sering mengalami jangkitan, seperti jangkitan telinga atau pneumonia, sistem daya tahan tubuh mungkin berada dalam bahaya. Gejala ini perlu dipantau dan boleh menjadi indikator sistem daya tahan tubuh yang lemah.
Untuk mendapat kesihatan secara keseluruhan yang baik, pastikan pola makanan yang seimbang, aktiviti dan senaman teratur, kawal stress dan istirahat yang cukup agar sistem daya tahan kita menjadi kuat dan mampu melawan jangkitan kumann dan penyakit.
Selain ini cuba ambil suplemen yang mengandungi vitamin C, vitamin D dan Zink, vitamin E, Minyak Ikan dan Probiotik.
Saya sendirian amalkan IMMUNE BOOSTER untuk meningkatkan sistem daya tahan tubuh.
Semoga bermanfaat dan menjawab soalan yang diberikan.
#sesikonsultasidrzubaidi #HealthDrZubaidi #immunesystem #immunitybooster
#oliveoil
#OliveHouse
Boleh dapatkan vitamin C NUTRIFORTE tanpa gula dan tanpa asid di link :
Boleh dapatkan VITAMIN E TOCOTRIENOL SOFTGEL OLIVE HOUSE di link :
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz