Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya bagi pihak bapa saya yang mengalami penyakit diabetes. Sekarang dia mengambil beberapa ubat pil anti-diabetes dari hospital tetapi tahap gulanya masih tinggi dan doktor bercadang memberikan suntikan insulin.
Dia tidak mengambil gula putih tetapi mengambil gula perang sebagai manisan dalam minuman.
Adakah gula perang mengandungi glukosa? Adakah itu punca yang menyebabkan beliau tidak dapat mengawal tahap gula ?
Terima kasih doktor.
WAALAIKUMUSSALAM.
Ya, gula perang mengandungi glukosa dan ia meningkatkan tahap glukosa dalam darah pesakit diabetes.
Gula perang adalah jenis gula sukrosa (gula putih) yang mendapat warna coklat kerana kehadiran molasse.
Gula perang boleh dihasilkan dengan menambah 5-10 % molase ke dalam gula putih.
Oleh itu gula perang serupa dengan gula putih, hanya berbeza dengan kehadiran molasses dalam gula perang.
Jadi gula perang juga akan menghasilkan glukosa dan fruktosa apabila ia dicernakan.
Oleh itu ia akan meningkatkan bacaan gula dan insulin apabila gula perang diambil dalam minuman atau makanan, terutama di kalangan pesakit diabetes.
Peningkatan tahap glukosa juga boleh disebabkan oleh pengambilan karbohidrat ringkas yang lain seperti nasi, mi, roti, biskut, dan kuih muih.
Ambil makanan-makanan ini secara bersederhana mengikut keperluan.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
#sesikonsultasidrzubaidi
#oliveoil
#infosteviadrzubaidi
#diabetic
#stevia
Boleh ambil Stevia untuk menggantikan gula kerana Stevia adalah pemanis natural tanpa kalori dan karbohidrat.
Boleh dapatkan di link :
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :