“Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Bolehkah tidak tak ambil gula putih tambahan dalam diet pemakanan kita. Bimbang tak bertenaga. Terima kasih”. Waalaikumussalam. Ya, memang boleh untuk tidak mengambil gula putih tambahan. Gula putih tambahan boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dengan cepat, yang tidak baik untuk pengurusan diabetes dan tekanan darah tinggi. Makanan semula jadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh sudah mengandungi gula semula jadi (glukosa) yang mencukupi untuk keperluan harian anda. Dengan mengelakkan gula putih tambahan, anda boleh membantu mengawal kadar gula dalam darah dan mengurangkan risiko komplikasi kesihatan. Gula semula jadi …
Read More »STEVIA
BENARKAH STEVIA MENINGKATKAN PARAS INSULIN DALAM DARAH?
BENARKAH STEVIA MENINGKATKAN PARAS INSULIN DALAM DARAH? “Assalamualaikum Dr. Saya mendengar satu wawancara di radio yang dimuatkan dalam media sosial, seorang influencer (saya tak tahu dia doktor atau tidak), mengatakan Stevia boleh menyebabkan peningkatan insulin dalam darah. Alasannya semua benda manis akan merangsangkan pankreas mengeluarkan. Benarkah? Terima kasih atas penjelasan doktor”. ******** Waalaikumussalam Saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau. Dari kajian mana yang menyokong? Malah terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa stevia tidak meningkatkan insulin dalam darah. Sebagai contoh, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Appetite mendapati bahawa stevia tidak menyebabkan peningkatan paras insulin …
Read More »APAKAH KESAN POSITIF STEVIA UNTUK PESAKIT DIABETES?
Stevia adalah pemanis semulajadi yang berasal dari daun tumbuhan Stevia rebaudiana. Ia sering digunakan sebagai alternatif kepada gula kerana beberapa kesan positifnya, terutamanya untuk pesakit diabetes: 1. Tidak Meningkatkan Tahap Glukosa Darah: Stevia tidak mengandungi kalori dan tidak menjejaskan tahap glukosa darah, menjadikannya pilihan yang selamat untuk pesakit diabetes. 2. Meningkatkan Sensitiviti Insulin: Kajian menunjukkan bahawa stevia boleh meningkatkan sensitiviti insulin, yang membantu dalam pengurusan diabetes jenis 2. 3. Sifat Antioksidan dan Anti-Radang: Stevia mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang boleh membantu melawan penyakit dan mengurangkan keradangan dalam badan. 4. Mengawal Berat Badan: Oleh kerana …
Read More »BAGAIMANA STEVIA MEMBANTU PESAKIT DIABETES?
Stevia adalah pemanis semula jadi yang berasal dari tumbuhan Stevia rebaudiana. Ia sangat manis tetapi tidak mengandungi kalori, menjadikannya pilihan yang baik untuk pesakit diabetes. Stevia membantu pesakit diabetis mengawal gula dalam darah dengan cara : 1. Tidak Meningkatkan Gula Darah : Stevia tidak mengandungi glukosa, jadi ia tidak mempengaruhi indeks glisemik. Ini bermakna ia tidak menyebabkan lonjakan gula darah selepas pengambilan. 2. Mengawal Gula Darah : Kajian menunjukkan bahawa Stevia boleh membantu mengawal gula darah, baik semasa berpuasa mahupun selepas makan. Ini membantu pesakit diabetes mengekalkan tahap gula darah yang stabil. 3. Mengurangkan Keinginan untuk Makan Lebih …
Read More »APA PERBEZAAN ANTARA GULA PUTIH DAN STEVIA?
Gula putih dan stevia adalah dua jenis pemanis yang berbeza dari segi asal, kandungan kalori, dan kesan terhadap kesihatan. Berikut adalah perbezaan utama antara keduanya: 1. Asal: Gula Putih diperolehi dari tebu atau bit gula melalui proses pemurnian. Stevia diperoleh dari daun tumbuhan Stevia rebaudiana. Ia adalah pemanis semula jadi. 2. Kandungan Kalori : Gula Putih mengandungi kalori yang tinggi. Setiap gram gula putih mengandungi kira-kira 4 kalori. Stevia tidak mengandungi kalori, menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang ingin mengurangkan pengambilan kalori terutama pesakit diabetis dan mereka yang ingin menurunkan berat badan. 3. Kesan Terhadap Gula Darah : Gula …
Read More »STEVIA MEMBANTU PESAKIT DIABETES MENGAWAL GULA
Assalamualaikum. Saya seorang pesakit diabetes. Sekarang ambil ubat Metformin 500mg dua biji pagi dan malam. Baru-baru ini ada seorang doktor mencadangkan pengambilan stevia untuk kawalan gula yang lebih baik. Stevia berasa manis. Bagaimana ia membantu pesakit diabetes mengawal gula? Walaikumusalam. Terima kasih atas pertanyaan. Stevia adalah pemanis semula jadi yang berasal dari pokok renek yang berasal dari Amerika Utara dan Amerika Selatan. Stevia mengandungi sebatian yang dipanggil steviol glikosida yang kira-kira 150–300 kali lebih manis daripada gula. Tetapi stevia adalah produk “tanpa kalori” kerana tiada gula tambahan. Kajian saintifik mencadangkan bahawa stevia mungkin memberikan beberapa manfaat untuk penghidap diabetes, termasuk: …
Read More »BOLEHKAH PESAKIT DIABETES MENGAMBIL GULA PERANG?
Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya bagi pihak bapa saya yang mengalami penyakit diabetes. Sekarang dia mengambil beberapa ubat pil anti-diabetes dari hospital tetapi tahap gulanya masih tinggi dan doktor bercadang memberikan suntikan insulin. Dia tidak mengambil gula putih tetapi mengambil gula perang sebagai manisan dalam minuman. Adakah gula perang mengandungi glukosa? Adakah itu punca yang menyebabkan beliau tidak dapat mengawal tahap gula ? Terima kasih doktor. WAALAIKUMUSSALAM. Ya, gula perang mengandungi glukosa dan ia meningkatkan tahap glukosa dalam darah pesakit diabetes. Gula perang adalah jenis gula sukrosa (gula putih) yang mendapat warna coklat kerana kehadiran molasse. …
Read More »STEVIA ADALAH PEMANIS YANG SELAMAT DAN BERMANFAAT
1. Di pasaran, terdapat banyak makanan dan minuman yang diletakkan pemanis yang kurang gula dan kalori yang lebih rendah untuk menjadikan makanan dan minuman itu berasa manis, tanpa meningkatkan tahap gula dan kalori dalam makanan. 2. Ini sangat penting untuk individu yang obes dan pesakit diabetes. 3. Pemanis sintetik (buatan dan tiruan) seperti sucralose, aspartam, saccharin dan acesulfame potassium adalah beberapa pemanis tiruan yang boleh didapati secara komersial yang digunakan secara meluas sebagai alternatif tanpa kalori kepada gula. 4. Walaupun pemanis ini diluluskan sebagai selamat, tetapi ia diklasifikasikan sebagai pemanis tidak berkhasiat dan terdapat kontroversi kerana terdapat …
Read More »APA KEBAIKAN YOGURT DAN BERAPA BANYAK AMBIL YOGURT DALAM SEHARI?
1. Pengambilan yogurt tanpa gula dan tanpa perasa sewaktu berbuka puasa atau waktu makan (eating phase) ketika melakukan diet Intermittent Fasting adalah digalakkan. 2. Ini akan mengurangkan rasa cepat lapar dengan meningkatkan pengambilan protein dan kalsium dalam makanan. 3. Yogurt merupakan sumber probiotik atau bakteria baik dalam perut dan usus. Dengan ini ia dapat meningkatkan kemampuan usus menyerap makanan, dan juga mencegah sembelit. 4. Selain itu yogurt adalah sumber kalsium yang baik. 5. Yogurt dapat mengurangkan risiko kekembungan perut akibat masalah lactose intolerance atau alahan pada protein susu. Jadi ia adalah terbaik bagi pengambilan susu dikalangan mereka yang mempunyai masalah …
Read More »PERBEZAAN ANTARA GULA PUTIH, DAN GULA PERANG?
1. Gula perang sebenarnya adalah gula putih yang dicampurkan 3-5% molasses. Molasses adalah kerak gula yang terhasil ketika penghasilan gula putih. 2. Kandungan peratus molasses menentukan warna gula perang. Semakin banyak molasses yang ditambah, semakin gelap gula perang. 3. Dalam gula putih terdapat sukrosa (94.75%) sementara dalam gula perang terdapat sukrosa (89.94%). Terdapat lebih banyak vitamin dan mineral dalam gula perang (yang berasal dari molasses tadi) berbanding dengan gula putih (tiada molasses). 4. Selain itu gula perang sedikit kurang manis dan nilai kalorinya kurang sedikit berbanding dengan gula putih. 5. Setiap 100 gram gula perang mengandungi kalori yang tinggi (370kcal) …
Read More »Pemanis Tiruan dan Sintetik Menyebabkan Rasa Lapar
PEMANIS TIRUAN DAN SINTETIK MENYEBABKAN RASA CEPAT LAPAR Dalam satu kajian terbaru menunnjukkan bahawa pemanis tiruan akan menyebabkan kita akan berasa lebih lapar dan akan makan dengan lebih banyak. Kajian yang diterbitkan dalam journal Cell Metabolism, menunjukkan kesan pemanis tiruan (sintetik) yang mengganggu bahagian otak yang mengawal rasa dan selera terhadap makanan. Kajian ini dijalankan di University of Sydney’s Charles Perkins Centre dan Garvan Institute of Medical Research. RUJUKAN : University of Sydney. “Why artificial sweeteners can increase appetite.” ScienceDaily. ScienceDaily, 12 July 2016. Kajian ini menunjukkan satu bahagian yang dikenali sebagai “reward centres” mempunyai intergrasi kesimbangan antara rasa manis …
Read More »SALAH FAHAM TENTANG STEVIA BAGI MENGURANGKAN KEKELIRUAN
SALAH FAHAM TENTANG STEVIA BAGI MENGURANGKAN KEKELIRUAN 1. Ramai yang menganggap bahawa Stevia adalah ubat diabetes. Stevia bukanlah ubat yang menggantikan ubat diabetes. Oleh itu ia tidak seharusnya digunakan sebagai pengganti ubat mengawal gula dalam darah. Stevia adalah pemanis natural yang membantu pesakit diabetes untuk meninggalkan gula pasir jika masih tidak dapat menahan ketagihan gula. Dengan ini dapat mengurangkan kemasukan karbohidrate ringkas (atau gula dalam tubuh). Bila kemasukan gula dalam darah semakin sedikit dan terkawal, kawalan terhadap gula dalam darah semakin baik. 2. Ramai yang mengambil stevia, dalam masa yang sama mengambil gula pasir. Ini adalah suatu …
Read More »