
BENARKAH STEVIA MENINGKATKAN PARAS INSULIN DALAM DARAH?
“Assalamualaikum Dr. Saya mendengar satu wawancara di radio yang dimuatkan dalam media sosial, seorang influencer (saya tak tahu dia doktor atau tidak), mengatakan Stevia boleh menyebabkan peningkatan insulin dalam darah. Alasannya semua benda manis akan merangsangkan pankreas mengeluarkan. Benarkah? Terima kasih atas penjelasan doktor”.
********
Waalaikumussalam
Saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau. Dari kajian mana yang menyokong?
Malah terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa stevia tidak meningkatkan insulin dalam darah.
Sebagai contoh, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Appetite mendapati bahawa stevia tidak menyebabkan peningkatan paras insulin atau glukosa darah selepas makan.
Kajian lain juga menunjukkan bahawa stevia boleh membantu mengawal paras gula darah dan meningkatkan sensitiviti insulin.
Sebenarnya banyak kajian lain yang menunjukkan pengambilan stevia tidak meningkatkan tahap gula dan tahap insulin dalam darah.
Pankreas akan respon dan menghasilkan insulin jika terdapat kehadiran gula dalam darah.
Oleh itu secara ringkas boleh saya katakan seperti berikut.
1. Karbohidrat : Terutama karbohidrat yang cepat dicerna seperti gula dan tepung putih. Apabila anda makan makanan tinggi karbohidrat, paras gula dalam darah anda meningkat, yang seterusnya merangsang pankreas untuk mengeluarkan insulin.
2. Protein : Protein juga boleh merangsang pengeluaran insulin, walaupun tidak sebanyak karbohidrat. Ini kerana asid amino dalam protein boleh merangsang pankreas untuk mengeluarkan insulin.
3. Lemak : Lemak tidak meningkatkan insulin, tetapi makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat (seperti makanan bergoreng atau makanan segera) boleh menyebabkan peningkatan insulin yang lebih tinggi.
Jadi tidak betul jika ada yang mengatakan bahawa pemanis natural tanpa gula seperti stevia dan monkfruit dikatakan meningkatkan gula dan insulin dalam tubuh.
Semoga menjawab soalan yang ditanya.
#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#stevia
#insulin
#glukosa
Bacaan :
1.Stephen D. Anton, Corby K. Martin, Hongmei Han, Sandra Coulon, William T. Cefalu, Paula Geiselman, and Donald A. Williamson.
Effects of stevia, aspartame, and sucrose on food intake, satiety, and postprandial glucose and insulin levels Appetite. 2010 Aug; 55(1): 37–43. Published online 2010 Mar 18.
2.Mathur Ritu, Johri Nandini. Nutritional composition of Stevia rebaudiana, a sweet herb, and its hypoglycaemic and hypolipidaemic effect on patients with non-insulin dependent diabetes mellitus. Journal of the Science of Food and Agriculture. Volume 96, Issue 12 p. 4231-4234
Boleh dapatkan OLEVASTEVIA bagi mengawal gula dengan lebih baik.