Ketahui Tanda-Tanda Wanita Sedang Subur Bagi mereka yang agak lewat berkahwin, sudah tentu ingin mendapat anak dengan segera. Jadi mengetahui hari subur wanita adalah penting bagi kehamilan kerana setiap wanita mempunyai hari subur wanita yang tersendiri. Bagi wanita yang masih muda, dengan mengetahui hari subur wanita sangat membantu mereka untuk merancang kehamilan. Dengan memilih hari tidak subur untuk melakukan jimak bersama suami, dapat mengelakkan kehamilan. Kitaran haid dan hari subur wanita Jadi untuk mengetahui hari subur wanita, perlu ketahui apa yang dinamakan kitaran haid. Kitaran haid bermula dari hari pertama seorang wanita mengalami darah haid (ini dinamakan hari pertama haid) …
Read More »Wanita
UBAT KESUBURAN WANITA
Benarkah ubat kesuburan ini tidak berbahaya? Ramai wanita kini lambat hamil walaupun sudah dua atau tiga tahun berkahwin. Terutamanya bagi pasangan yang sudah berumur 30an. Sudah tentu ini menjadi bahan bualan di antara kawan-kawan dan sahabat andai. Ada juga pasangan yang berusia 30an, agak sukar untuk hamil semula setelah mendapat anak pertama, yang mungkin sudah berumur 3-5 tahun. Dalam kedua-dua keadaan ini, pasangan ini dikatakan mengalami masalah kesuburan. Jika mahu menambah bilangan anak, mereka digalakkan agar segera mendapatkan rawatan kesuburan dan mengambil ubat kesuburan wanita kerana apabila umur semakin meningkat, semakin sukar untuk hamil semula. Jika hamil pun mereka mungkin …
Read More »DOKTOR, APA TAHAP BACAAN KEKUNINGAN BAYI YANG BAHAYA PADA BAYI
1. Masalah kekuningan pada bayi yang baru lahir boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan bayi. 2. Ia boleh berlaku selepas 2-3 hari dilahirkan dan menyebabkan kulit atau mata putih mereka menjadi kekuningan. 3. Ia mudah dilihat dalam cahaya semula jadi dan agak sukar dilihat pada bayi yang berkulit gelap. Kita perlu menekan jari secara perlahan pada kulit bayi. Jika tekanan itu menyebabkan kulit menjadi kuning, ia berkemungkinan tanda jaundis. 👉Wajah merupakan bahagian pertama yang kelihatan kuning.👉kemudian merebak ke bawah tubuh seperti pada dada, perut, lengan dan kaki.👉Ia boleh bermula seawal 2 hingga 4 hari selepas kelahiran.👉Tahap bilirubin ini …
Read More »ADAKAH GULA BATU LEBIH BAIK DARI GULA PASIR?
1. Gula batu dan gula pasir kerap digunakan sebagai pemanis, baik untuk makanan atau minuman. 2. Ramai orang menganggap bahawa gula batu lebih sihat daripada gula pasir. Adakah ia benar? 3. Pada amnya, pengambilan gula secara berlebihan akan menjejaskan kesihatan. Ia meningkatkan gula dalam darah pada pesakit diabetes. 4. Bagaimana gula batu dihasilkan? Bahan yang digunakan untuk membentuk gula batu adalah larutan gula cair. Larutan tersebut dicampurka n bahan kimia untuk dijadikan kristal. Oleh kerana saiznya besar, ia dikenali sbg gula batu. 5. Oleh itu kandungan gula pasir dan gula batu adalah sama, iaitu sukrosa. Dalam 100 gram gula pasir, …
Read More »FAKTA BERKAITAN MASALAH DARAH PEKAT
FAKTA BERKAITAN MASALAH DARAH PEKAT 1. Darah pekat adalah satu keadaan dimana darah di dalam badan sangat mudah untuk membeku. Ia dikenali sebagai hypercoagulability. 2. Antara punca darah menjadi pekat adalah: Kanser terutamanya leukemia Polychythemia Vera dimana bilangan sel darah merah terlalu banyak Merokok Systemic lupus Erythematosus (SLE) Pil Perancang Kehamilan Penyakit yang mengganggu fungsi pembeku darah Duduk atau baring terlalu lama. 3. Seorang yang mempunyai darah pekat mempunyai risiko pembentukan darah beku pada kaki (dikenali sebagai Deep Vein Thrombosis). Kaki menjadi merah dan bengkak dan berasa sakit bila dipegang. 4. Dibimbangi, darah yang beli akan pecah dan sebahagian akan …
Read More »PENAMBAHAN OMEGA-3 KETIKA HAMIL
PENAMBAHAN OMEGA-3 KETIKA HAMIL Kelahiran pramatang (bayi dilahirkan sebelum minggu ke-37 kehamilan) adalah faktor utama kecacatan atau kematian bayi yang disedari dalam lima tahun pertama kehidupan mereka. Ini bermakna adakalanya apabila dilahirkan, bayi didapati sihat dan normal. Apabila mereka meningkat usia, baru disedari mereka mengalami masalah kecacatan (yang tidak disedari) semenjak lahir. Pengambilan ikan dan minyak ikan yang mengandungi omega-3 (terutamanya docosahexaenoic acid (DHA) dan eicosapentaenoic acid (EPA)) mampu mengurangkan bilangan kelahiran bayi pramatang dan meningkatkan kesihatan anak dan ibu. Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu-ibu hamil tidak memakan ikan dengan begitu kerap. Dengan menggalakkan ibu hamil memakan ikan berlemak atau mengambil …
Read More »TIP MENGAWAL PEMAKANAN SEPANJANG SYAWAL
Sebagai informasi, kita memerlukan sebanyak lebih kurang 2,000 kalori setiap hari untuk mengekalkan keperluan tenaga (bergantung kepada umur, jantina, berat badan dan pergerakan fizikal). Di bawah dikongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda untuk kekal sihat semasa hari raya Aidilfitri: 1. Seperti biasa selalunya terdapat pelbagai jenis juadah yang dihidangkan di atas meja semasa hari raya Aidilfitri seperti rendang, ketupat, rendang, dan pelbagai jenis kuih muih. Cara terbaik adalah dengan melihat semua jenis makanan yang terhidang dahulu. Kemudian memilih makanan apa yang ingin kita makan mengikut keperluan kalori. Jika kita makan tiga kali sehari dan sedikit kudapan waktu petang, kita …
Read More »TUALA WANITA KOMERSIAL TIDAK MENYEBABKAN PENYAKIT KANSER
Saya telah diundang berceramah beberapa tahun oleh sebuah badan NGO. Slot ceramah saya berkaitan dengan penyakit wanita pada usia 40an. Mulanya ada seorang doktor wanita yang akan menyampaikannya. Namun atas sebab yang tidak boleh dielakkan, saya terpaksa menggantikan beliau di saat-saat akhir. Memandangkan saya mempunyai masa yang agak terluang, lalu saya bersetuju. Di akhir ceramah saya ditanya mengenai tips pemilihan tuala wanita yang selamat dan adakah tuala wanita yang dijual di pasaran sekarang boleh menyebabkan penyakit kanser. Kebetulan pada masa itu telah menjadi isu viral tentang tuala wanita boleh menyebabkan kanser pangkal rahim. “Betulkah doctor, tuala yang banyak dijual di …
Read More »MEMANDIKAN BAYI YANG BARU LAHIR
MEMANDIKAN BAYI YANG BARU LAHIR Bagi pasangan muda, tentu agak teragak-agak untuk memandikan anak yang baru dilahirkan. Mereka perlu mendapat tunjuk ajar dari ibu atau bidan yang berpengalaman. Namun memandikan bayi sebenarnya bukan setakat membersihkan tubuh si kecil. Apa yang penting ialah ibubapa dapat meluangkan masa berkualiti bersama dengan si bayi. Walaupun si bayi masih kecil, namun bahasa tubuh dan sentuhan yang diberikan ketika membersihkan bayi memberikan isyarat kasih sayang. Ketika dimandikan sentuhan yang diberikan memberikan rangsangan yang cukup berkesan bagi bagi dalam meningkatkan sistem ketahanan tubuh dan keyakinan diri pada si bayi. Bayi yang berkeyakinandiri selalunya akan lebih ceria, …
Read More »PEMERIKSAAN RINGKAS UNTUK PENYAKIT KRONIK
PEMERIKSAAN RINGKAS UNTUK PENYAKIT KRONIK Assalamualaikum, dr mohon nasihat dr. Baru ni saya buat blood test, paras kolesterol tinggi 6.8 dan gula atas pagar 6, juga hormon thyroid saya baccan nya 5.8, Mengikut ahli farmasi tu saya ada hypothyroid, bagaimana dan apa yg perlu saya makan utk thyroid dan kolesterol. Perlukah saya makan ubat? Terima kasih. Walaikumusalam. Saya boleh buat kesimpulan bahawa puan menjalani ujian saringan di salah sebuah farmasi. Itu adalah tindakan yg bagus. Tetapi pemeriksaan saringan sebegini tidak dapat menentukan puan perlu makan ubat atau tidak. Ia memerlukan pemeriksaan yang lebih lengkap. Dengan pemeriksaan yang lebih lengkap, selain …
Read More »APA ITU VERTIGO?
APA ITU VERTIGO? Jika kita pernah mengalami diri berada di awangan dan ruang sekeliling berpusing-pusing, itulah yang dikatakan sebagai vertigo. Vertigo bukanlah sejenis penyakit, tetapi lebih kepada tanda (simptom) berlaku jika kita mengalami masalah keseimbangan tubuh. Terdapat dua jenis vertigo, iaitu vertiga disebabkan oleh masalah dalam otak (central vertigo) dan vertigo yang disebabkan oleh masalah selain dari otak (periphery vertigo). Vertigo yang disebabkan oleh masalah dalam otak, lebih berbahaya. Antaranya adalah penyakit multiple sclerosis, serangan strok dan tumor dalam otak. Vertigo yang disebabkan oleh masalah selain dari otak berpunca dari masalah di bahagian organ yang menjaga keseimbangan tubuh yang berada …
Read More »TIDAK PERLU SUNTIKAN INSULIN LAGI
TIDAK PERLU SUNTIKAN INSULIN LAGI Pagi ini saya bersyukur kerana ada pesakit saya yang sudah dihentikan pengambilan suntikan insulin kerana tahap gulanya semakin baik. Doktor yg merawat hanya teruskan ubat pil dalam dos yang sederhana. Sebelum ini tahap gula yang melonjak. FBS 15, HbA1c 9.5%. Semenjak tiga bulan lepas sudah mula melakukan Diet Intermittent Fasting dan terus bersambung puasa Ramadhan. Bacaan FBS sudah 8, dsn HbA1c sudah 6.5%. Beberapa minggu lepas beliau seringkali mengalami keadaan hipoglisemia, sehingga doktor merawat mengambil keputusan untuk menghentikan suntikan insulin. Antara faktor keadaannya yang menyebabkan gula bertambah baik adalah pengamalan penjarakan makanan (dengan berpuasa syarie …
Read More »SUDAH KIRA HARI SUBUR TAPI MASIH HAMIL
SUDAH KIRA HARI SUBUR TAPI MASIH HAMIL “Salam doktor, jika ikut kiraan sya jika sya dtg haid pda 5hb dan 14 hari slepas itu adalah pda tanggal 18hb btol kn doc?bermakna pda 16hb hingga 20hb adalah waktu subur sya btol bgitu? Jadi ada kemungkinan untuk hamil jika sya kering 9hb dan bersama suami selepas itu. Terima kasih. “WA ALAIKUM MUS SALAM Mengira hari subur adalah sebahagian dari usaha untuk merancang keluarga. Sama ada berusaha menambah anak atau menangguhkan kehamilan. Masalahnya ramai wanita yang silap mengira hari pertama haid. Kedatangan darah yang sedikit mungkin tidak dianggap sebagai haid pada setengah wanita, …
Read More »HAID TIDAK DATANG SELEPAS SUNTIKAN PERANCANG KEHAMILAN
Assalamualaikum. Doktor saya bersalin normal dan merancang untuk mengambil suntikan depo tetapi saya mengambil suntikan tersebut sekali sahaja kerana orang sekeliling saya mengatakan depo itu agak berbahaya. Jadi saya pun menghentikan proses suntikan itu. Yang saya sangat risaukan kerana saya sudah 6/7 bulan tidak datang bulan. Sangat merisaukan kalau ia berbahaya dan menyebabkan kanser. Adakah ini normal atau saya perlu buat sesuatu? Apa yang perlu saya lakukan doktor? Terima kasih. Walaikumusalam. Suntikan perancang diberikan kepada wanita yang baru melahirkan anak adalah untuk memberikan perlindungan kehamilan, agar kehamilan yang berikutnya dapat dijarakkan. Namun masalah kitaran haid tidak menentu memberikan tekanan emosi …
Read More »TULANG COCCYX PATAH MASA BERSALIN PUNCA SAKIT BELAKANG?
Soalan 1. Normal atau tidak sakit belakang ketika hamil? Rasa sakit belakang ketika hamil adalah suatu yang normal, terutama di akhir kehamilan. Ini kerana penambahan berat badan secara keseluruhan yang ditanggung oleh seorang wanita tersebut, secara purata antara 15-20kg. Posisi bayi yang berada di hadapan abdomen seberat 1.5-2.0 kg memberikan tekanan pada tulang belakang di bahagian lumbar. Ini punca seorang wanita mengalami rasa sakit belakang, terutama pada wanita yang mempunyai masalah tulang belakang seperti scoliosis, Prolapsed Intervertebral Disc atau kecederaan lampau pada tulang belakang. Namun saya suka menggalakkan wanita yang hamil agar melakukan pemeriksaan doctor, juka rasa sakit belakang terlalu …
Read More »BISUL DI KALANGAN KANAK-KANAK
Saya jarang berjumpa dengan kanak-kanak yang mengalami bisul sekarang. Mungkin tahap kesedaran ibubapa dan pendidikan kesihatan di sekolah telah berjaya mendidik kanak-kanak di peringkat sekolah rendah lagi tentang kentingnya kebersihan diri. Bagi kanak-kanak yang melakukan aktiviti lasak di sekolah, dan kebersihan diri tidak dipantau oleh ibubapa yang mungkin bekerja, mungkin akan mengalami bisul. Bisul adalah pengumpulan nanah di bawah kulit. Orang kita menganggap kelompang pada kulit yang berwarna kuning (nanah) itulah bisul. Namun pengumpulan nanah akibat jangkitan kuman yang kronik boleh berlaku pada mana-mana tisu dalam tubuh, seperti otak, hati dan ginjal. Dalam Bahasa Inggeris nanah disebut pus, sementara pengumpulan …
Read More »KECELARUAN EMOSI SEMASA HAMIL
Hampir kesemua wanita yang hamil akan mengalami perubahan emosi yang bercampur, iaitu perasaan gembira kerana berjaya hamil dan pada masa yang sama merasa tertekan dan letih, akibat keletihan di tempat kerja, balik ke rumah pula terpaksa melakukan kerja-kerja rumah dan melayan anak-anak dan suami. Ramai yang gembira kerana dapat menyempurnakan kewajiban sebagai seorang isteri yang dapat menghadiahkan zuriat dalam sebuah perkahwinan dan menjadikan perkahwinan itu lebih sempurna. Dalam masa yang sama banyak tenaga yang dihabiskan untuk pembesaran bayi dalam rahim. Bukan setakat kepenatan fizikal, mereka juga mengalami perubahan emosi. Ada yang runsingkan tentang masa depan anak yang bakal dilahirkan. Adakah …
Read More »KESAN USIA PADA KESUBURAN WANITA
KESAN USIA PADA KESUBURAN WANITA Secara amnya, seorang wanita mempunyai kira-kira satu hingga dua juta folikel (kelompang yang mengandungi ovum-telur perempuan) di dalam ovari ketika dilahirkan. Apabila menghampiri akhil baligh, bilangan folikel akan berkurangan kepada 30000-500000 sahaja. Apabila berusia 20-40 tahun, bilangan folikel berkurangan kepada 1000 folikel sahaja pada setiap kitaran haid. Namun hanya kira-kira 400-500 folikel saja yang akan matang. Pada masa yang sama, tahap kesuburan wanita akan berkurangan selepas mencapai usia 30 tahun. Pada usia 51 tahun, hanya kira-kira 1000 folikel yang masih berada dalam ovari. Pengurangan kuantiti folikel yang mengandungi telur perempuan ini sebagai “penyusutan rizab ovari.” …
Read More »BAHAYAKAH DEMAM ANAK SAYA?
Jika tidak kerana niat illahi ta’ala, tentu saya di antara doktor yang paling kecewa bila berhadapan dengan ibu bapa yang ‘gemar’ membawa anak mereka ke klinik. Setiap kali ke klinik, pasti mahukan ubat-ubat yang ada kalanya tidak perlu. Jika tidak diberi, akan berbantah pula dengan doktor. Ini bukanlah satu tindakan ibu bapa yang baik. Ibu bapa mungkin keliru tentang penyakit. Mereka mungkin melihat penyakit dari segi gejala saja, sedangkan doktor melihat gejala penyakit dengan mencari punca. Antara gejala yang menjadi kebimbangan ibu bapa ialah gejala demam. Demam hanyalah gejala (symptom) bagi penyakit. Oleh kerana ia bukan penyakit, tidak semua gejala …
Read More »SUPLEMEN VITAMIN UNTUK PESAKIT DIABETES
SUPLEMEN VITAMIN UNTUK PESAKIT DIABETES Assalamualaikum Dr Zubaidi. Adakah vitamin C sesuai diambil oleh pesakit diabetes. Terima kasih. Walaikumusalam. Vitamin C dan vitamin E sangat bagus diambil sebagai suplemen untuk pesakit diabetes bagi mencegah keradangan. Keradangan pada pesakit diabetes akan mempercepatkan mereka mendapat komplikasi seperti kerosakan saraf, saluran darah tersumbat, stroke dan kerosakan ginjal. Bagi pesakit diabetes saya mencadangkan vitamin C 1000mg dan vitamin E (tocotrienol) 100mg sehari. Ini kerana tidak semua vitamin yang diserap masuk ke dalam. Mereka yang berusia, mempunyai masalah dibetes dan mengambil ubatan selalunya mempunyai tahap penyerapan yang perlahan. #HealthDrZubaidi [IKLAN] Klik gambar di bawah ini …
Read More »KANSER PAYUDARA LEBIH SUKAR UNTUK DIKESAN PADA WANITA YANG OBESE
“Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, benarkah wanita yang obese mudah mendapat kanser payudara walaupun tiada sejarah keluarga yang menunjukkan mereka berisiko?” Walaikumusalam. Memang benar wanita yang obese lebih mudah mendapat kanser payudara berbanding dengan mereka yang tidak obese. Dalam satu terbitan dalam journal Endocrine-Related Cancer, wanita yang obese lebih mudah mendapat kanser payudara, lebih mudah sel-sel kanser bergerak ke seluruh badan (metastasis) dan lebih sukar dirawat berbanding dengan wanita yang tidak obese. (rujukan: A M Lorincz, S Sukumar. Molecular links between obesity and breast cancer. Endocrine-Related Cancer. Volume 13. 2 Page(s): 279–292) Ini kerana peningkatan lemak dikaitkan dengan peningkatan …
Read More »DOKTOR SAYA MAHU PILIH LEMAK YANG MANA?
DOKTOR SAYA MAHU PILIH LEMAK YANG MANA? Assalamualaikum, doctor. Dalam banyak ceramah pemakanan yang doctor sampaikan, selalu doctor gunakan perkataan “lemak sihat” dan mengkaitkannya dengan minyak zaitun. Apa yang doctor maksudkan dengan “lemak sihat” dalam minyak zaitun itu? Terima kasih. Walaikumusalam. Terima kasih kerana bertanya. Minyak zaitun yang terbaik adalah minyak zaitun yang dihasilkan tanpa menjalani banyak proses melibatkan bahan kimia. Minyak Zaitun Dara (atau Virgin Olive Oil) merujuk kepada penghasilan minyak zaitun yang diperah secara mekanikal, tanpa menggunakan haba. Minyak ini adalah minyak atau lemak yang sihat kerana mengandungi unsaturated fatty acid (asid lemak tidak tepu). Minyak zaitun kaya …
Read More »MINUM TEH BOLEH MENINGKATKAN ANEMIA?
MINUM TEH BOLEH MENINGKATKAN ANEMIA? “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya mengalami anemia, tahap Hb saya 10.5 dan saya tidak hamil. Doktor tidak membenarkan saya minum teh secara berlebihan. Bolehkan minum the menyebabkan masalah anemia saya menjadi lebih teruk. Terima kasih, doctor” Kebanyakan masalah anemia adalah disebabkan kekurangan zat besi. Zat besi adalah penting bagi pembentukan haemoglobin yang berfungsi memegang oksigen dalam sel darah merah. Tahap haemoglobin yang rendah akan menyebabkan pesakit menjadi cepat letih dan wajah menjadi pucat. Dalam minuman teh ada sebatian tannin yang bersifat antioksida berpotensi memberikan manfaat kesihatan jantung dan mencegah kanser. Namun tannin juga mengganggu proses penyerapan …
Read More »GARAM MUSUH DALAM SELIMUT
GARAM MUSUH DALAM SELIMUT FB LIVE 14 DEC 2020 GARAM (MINERAL) ADALAH SEBAHAGIAN DARI NUTRIEN Makanan kita terbahagi kepada dua kumpulan besar, iaitu makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien adalah protein, lemak dan karbohidrat. Tugas besar mereka adalah menyediakan bekalan tenaga. Selain itu makronutrien seperti protein juga membekalkan bahan untuk pembinaan struktur dalam tubuh. Micronutrients pula terdiri dari vitamin, enzim, antioksida dan mineral. Ia dinamakan mikronutrien kerana kita tidak nampak mikronutrien ini dengan mata kasar, tidak seperti mana kita mengambil nasi (karbohidrat), minyak (lemak) dan daging (protein). MakronutrienKarbohidrat, Lemak dan Protein. Air juga dianggap sebagai makronutrienMikronutrienMineral, Vitamin, Antioksida dan Enzim Mikronutrien berada …
Read More »TEKNIK MEMASAK BOLEH MENINGKATKAN KALORI DALAM MAKANAN
TEKNIK MEMASAK BOLEH MENINGKATKAN KALORI DALAM MAKANAN Ketika menjalani diet yang ketat, kita cuba memilih makanan yang tidak mengandungi kalori yang terlalu tinggi. Tetapi kita mungkin tidak tahu bahawa proses memasak yang kita lakukan boleh mempengaruhi jumlah kalori makanan kita? Apakah teknik memasak yang akan membuat kalori makanan menjadi tinggi? Apakah semua makanan yang dimasak akan mengalami peningkatan kalori? Teknik memasak boleh menyebabkan lebih banyak kalori makanan. Sebagai contoh, dalam 100 gram ayam mentah, terdapat 120 kalori manakala kalori dalam daging yang telah siap untuk dimakan boleh meningkat sehingga 300 kalori bergantung pada teknik memasak, sama ada dengan cara menggoreng, …
Read More »BERAPA TINGGI ANAK KITA BILA DEWASA?
BERAPA TINGGI ANAK KITA BILA DEWASA? Tiada cara yang terbukti bagi menganggarkan ketinggian anak kita apabila mereka besar nanti. Namun ada beberapa formula yang boleh digunakan sebagai panduan yang diberikan oleh pakar paediatrik dari Amerika Syarikat, Dr Jay L. Hoecker. Cara pertama: • Tambahkan ketinggian ibu dan ayah dalam sentimeter. • Tambahkan 13 sentimeter (anak lelaki) dan kurangkan 13 sentimeter (anak perempuan). • Bahagi dua untuk mendapat anggaran ketinggian anak kita bila dewasa. Cara lain adalah dengan menggandakan dua kali ketinggian anak kita pada usia dua tahun (jika lelaki) atau pada usia 18 bulan (jika perempuan). Walau bagaimanapun, kita kena …
Read More »DOKTOR, MANA YANG LEBIH BAIK ‘WHOLE GRAIN’ ATAU ‘MULTIGRAIN’?
DOKTOR, MANA YANG LEBIH BAIK ‘WHOLE GRAIN’ ATAU ‘MULTIGRAIN’? Assalamualaikum. Doktor saya keliru dengan perkataan “Whole Grain” dan “Multigrain”. Makanan yang manakah lebih baik? Adakah yang dilabelkan sebagai “whole grain” atau “multi grain”. Terima kasih. Walaikumusalam. Perkataan “Multigrain” dan “whole grain” adalah dua perkataan yang berbeza. Biasa kita baca dalam pek makanan yang kita beli di pasaraya terutama di bahagian ‘makanan yang sihat’. Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza. Whole grain bermakna makanan kita mengalami pemprosesan yang minima. Ia masih lagi mengandungi kesemua bahagian dalam bijiran seperti ‘bran, germ dan endosperm’. Contohnya beras rebus (parboiled rice). Ia adalah pilihan …
Read More »PERLUKAH SAYA MEMBERIKAN ANAK SAYA SUPLEMEN MULTI VITAMIN?
PERLUKAH SAYA MEMBERIKAN ANAK SAYA SUPLEMEN MULTI VITAMIN? Kanak-kanak tidak memerlukan pengambilan sebarang suplemen vitamin termasuk multivitamin untuk tumbesaran, jika mereka mendapat cukup nutrien dari makanan yang mereka makan. Ini kerana makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan (sayur-sayuran dan buah-buahan) menyediakan sumber nutrient yang terbaik dan semulajadi termasuk vitamin dan mineral. Namun begitu untuk menyediakan tubuh anak kita dengan sistem immuniti yang kuat, mereka harus mendapatkan nutrient yang mencukupi, terutama kanak-kanak yang terlalu memilih makanan seperti tidak suka memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Untuk makluman, kebanyakan nutrient yang membantu membangunkan sistem immuniti, diperolehi dari makanan yang kita makan terutamanya dari sumber tumbuh-tumbuhan. Jadi …
Read More »BILA MADU BOLEH MENJADI RACUN?
BILA MADU BOLEH MENJADI RACUN? Madu mempunyai kandungan air, antara 10-20%. Dalam madu yang tulen juga terdapat bakteria baik yang boleh melakukan proses penapaian (fermentasi). Saya mencadangkan agar madu tidak disimpan dalam petisejuk. Jika terlalu banyak air dalam madu, ia menyebabkan madu akan tersejat dan gula dalam madu (fruktosa dan glukosa) akan mendak. Pemendakan ini menyebabkan madu kelihatannya seperti ada dua lapisan cecair. Jika hendak disimpan, letakkan dalam bahagian yang kurang sejuk. Contohnya di bahagian paling bawah di mana kita menyimpan sayur-sayuran. Oleh itu ia harus disimpan di tempat yang kering dan tidak terlalu panas. Ramai yang bimbang proses fermentasi …
Read More »KITA RESAH KETIKA DIUJI?
Kita sentiasa menghadapi dugaan dalam kehidupan kita dan ia tidak akan pergi dengan mudah kerana setiap manusia yang hidup akan diduga. Kita tidak mampu menentukan dan mengawal apa yang bakal terjadi pada peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita. Sebagai hambaNYA, apa yang perlu kita lakukan? 1. Percayalah kita mampu mengubah CARA kita menghadapi dugaan itu. Terima takdir yang ditetapkan ALLAH dengan hati yang terbuka. Ingatlah ianya adalah dugaan yang telah dijanjikan untuk setiap manusia. Ini bahagian kita. Dugaan ini adalah dugaan yang bersesuaian dengan kemampuan kita. Jadi kita mampu menghdapinya. Ada orang yang menerima dugaan yang lebih besar kerana mereka …
Read More »SUP AYAM SANGAT BAIK UNTUK PESAKIT DEMAM SELSEMA
SUP AYAM SANGAT BAIK UNTUK PESAKIT DEMAM SELSEMA . . Sup ayam yang panas adalah hidangan yang boleh dibuat dengan mudah di rumah dan sangat baik diberikan kepada anak yang mengalami demam dan selsema. . Saya mencadangkan agar tidak perlu gunakan minyak untuk menumis bahan-bahan tumisan. Hanya masukkan bahan tumisan dalam air yang medidih dalam periuk, bersama ayam yang telah dipotong dan herba-herba yang lain. Potongan daging ayam sendiri akan menghasilkan minyak yang berkhasiat di dalam sup itu. . Dalam 2000, para saintis di University of Nebraska Medical Center mengkaji kesan tindakbalas sup ayam kepada kesan keradangan (inflammatory response). Mereka …
Read More »BAHAYAKAH POLIP?
Polip adalah ketumbuhan abnormal yang boleh berlaku di mana saja dalam tubuh kita. Ia boleh tumbuh sendiri atau berkelompok. Ada beberapa polip yang tidak bahaya dan ada juga yang bersifat ganas, dan boleh berubah menjadi kanser. Secara mudah, terdapat dua jenis polip, hiperplastik dan adenoma. Jenis hiperplastik umumnya tidak berisiko untuk kanser. Sementara jenis adenoma pada usus besar pula boleh berubah menjadi kanser. Namun tidak semua kes polip adenoma menjadi kanser walaupun berada dalam usus besar. Oleh setiap kes polip harus diperiksa di bawah mikroskop. Pemeriksaan ini dapat untuk membezakan antara polip hiperplastik dan adenomatosa. Kebanyakan polip muncul di dalam …
Read More »MENJAGA PUNDI KENCING SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
MENJAGA PUNDI KENCING SELEPAS MELAHIRKAN ANAK Masalah pundi kencing semasa hamil, melahirkan anak dan semasa dalam pantang kerap berlaku. Dianggarkan 20% wanita yang sedang dalam pantang (selepas melahirkan anak) mengalami masalah ini. Semasa hamil, terdapat peningkatan hormon progestrone dalam tubuh yang menyebabkan otot pada pundi kencing akan lebih rehat dan mengendur. Ia berlanjutan sehingga masa selepas melahirkan anak dan beberapa minggu dalam masa pantang. Masalah pundi kencing yang tidak berfungsi sebaiknya ini lebih mudah berlaku pada ibu yang pertama kali hamil dan melahirkan anak, mempunyai masalah punding kencing sepanjang kehamilan atau mengalami masalah kesukaran melahirkan anak. Penggunaan teknik tambah semasa …
Read More »TUBUH KITA MEMERLUKAN AIR
“Doktor saya bukan tidak suka minum air. Saya tidak suka pergi bilik air banyak kali” tanya seorang peserta dalam sebuah perkongsian yang dianjurkan oleh Olive House. Kita semua sedar, kita memerlukan air untuk tubuh kita. Namun masalah buang kecil yang terlalu kerap akibat minum iar yang menyebabkan kita terpaksa menghadkan pengambilan air seharian, sehinggakan kadang kala tidak mencukupi. Secara amnya tubuh kehilangan antara 5-8 gelas air setiap hari. Ia perlu diganti dengan minum air kosong secukupnya. “Makcik suka banyak kali pergi ke bilik air atau pergi banyak kali ke hospital ?” saya tanya semula sambil …
Read More »MENGAPA SAYA MENGAMBIL MINYAK ZAITUN SETIAP HARI
MENGAPA SAYA MENGAMBIL MINYAK ZAITUN SETIAP HARI Ada rakan doktor yang bertanya saya, kenapa saya mengambil minyak zaitun sesudu pagi dan sesudu malam. Padahal mengambil minyak dalam makanan adalah sesuatu yang kontroversial dalam ilmu perubatan moden. Rakan saya seorang doktor berusia 50an. Mempunyai penyakit diabetes dan kolestrol yang tinggi. Satu saluran darah koronari pada jantung telah tersumbat. “Kau fikir bagaimana?” tanya saya semula. Biasalah rakan baik, kami ber-kau dan aku saja. “Entahlah. Sungguh pun kita ni doktor tapi kita juga diuji dengan penyakit. Sudah lama makan ubat tapi belum mencapai tahap kesihatan yang bagus” jawab beliau. “Jadi kau nak tahu …
Read More »KEKELIRUAN TERHADAP MINYAK ZAITUN
KEKELIRUAN TERHADAP MINYAK ZAITUN Baru-baru ini berdesup pertanyaan mengenai perkongsian seorang yang terkenal, katanya minyak zaitun tidak boleh diambil terus ke dalam mulut menggunakan sudu. Info itu pula bukan info yg didapati secara sahih, tetapi didengar dari seorang penceramah. Kononnya bahaya ambil minyak zaitun terus masuk ke dalam mulut, kerana boleh menyebabkan penyakit kegagalan ginjal. Saya cuma nak tanya, berapa org pesakit ginjal yg dikenalpasti akibat ambil minyak zaitun ke dalam mulut? Paling kurangkan laporan-laporan testimoni yang menyokong kenyataan ini iaitu pengakuan seorang mengalami penyakit ginjal selepas ambil minyak zaitun masuk ke dalam mulut. Kenapa yg …
Read More »