Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » TEKAK SELALU BERKAHAK

TEKAK SELALU BERKAHAK

TEKAK SELALU BERKAHAK

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya selalu perasan yang tekak saya sentiasa ada lendiran dan kahak. Ini menyebabkan tekak saya rasa gatal dan mahu batuk. Saya berjumpa doktor dan pemeriksaan xray telah dilakukan. Doktor kata paru-paru saya tiada masalah. Sebenarnya apa masalah yang saya alami?

Walaikumusalam.

Saya percaya tuan mengalami masalah yang dikenali sebagai Post Nasal Drip, iaitu lendiran yang keluar dari rongga sinus, tidak keluar melalui rongga hidung tetapi mengalir ke belakang tekak.

Ini menyebabkan tekak akan sentiasa berlendir, berkahak, rasa gatal dan batuk kecil. Oleh itu pemeriksaan xarau dada adalah sia-sia kerana ia hanya ia hanya melibatkan bahagian atas saluran sistem pernafasan. Ia tidak melibatkan paru-paru.

Lendiran ini bermula dari rongga sinus, dan apabila lama berkumpul ia akan menyebabkan jangkitan kuman bakteria. Ini menyebabkan rongga hidung dan mulut berbau.

Minum air secukupnya. Gunakan semburan semburan hidung cecair saline yang boleh didapati dari farmasi untuk mencairkan dan membersihkan lendiran ini dari rongga hidung.

Doktor akan memberikan ubat sintetik antihistamine untuk menghentikan penghasilan lendiran yang berlebihan dari rongga sinus. Jika ada demam dan lendiran bertukar menjadi kuning, doktor akan memberikan antibiotik yang bersesuaian.

Boleh amalkan vitamin C, vitamin D dan Zink bagi meningkatkna sistem daya tahan tuan. Selain itu boleh mengambil vitamin E, dan minyak Ikan Omega 3 untuk mengurangkan keradangan dalam tubuh.

Semoga bermanfaat.

Dr Zubaidi bin Hj Ahmad

01977022391

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: