ADAKAH KITA MENDAPAT TIDUR YANG MENCUKUPI?

Adakah kita berasa tidak cukup segar apabila kita bangun tidur pada waktu pagi, dan berasa letih sepanjang hari?

Adakah kita sering berasa mengantuk semasa kita sedang berehat?

 Jika jawapan bagi soalan di atas adalah ya, mungkin kita mengalami kekurangan masa tidur. Dalam bahasa mudah adalah  anda kita tidak cukup tidur.

Berapa masa yang diperlukan untuk kita rehat ketika tidur?

Secara am, orang dewasa memerlukan 7–8 jam tidur setiap malam. Namun demikian, bergantung pada individu. Asalkan kita dapat bangun dan rasa segar, bermakna kita mendapat rehat yang mencukupi ketika tidur.

Dalam satu kajian menunjukkan bahawa kebanyakan orang dewasa di Malaysia hanya mendapat 6.4 jam tidur secara purata.

Ini bermakna kita kekurangan 1.6 jam tidur setiap malam atau 11.2 jam seminggu. Kekurangan tidur untuk jangka masa panjang akan menjejaskan  kesihatan kita.

Jumlah tidur yang disyorkan berdasarkan kumpulan umur.

Jika kita mengalami masalah sukar untuk tidur, elok kita buat pemeriksaan kesihatan kerana ia mungkin berkaitan dengan masalah kesihatan kita.

Jangan mengambil ubat tidur tanpa nasihat doktor atau mengambilnya untuk jangka masa yang lama. Ia mungkin akan menyebabkan kebergantungan ubat. Ini bermakna tanpa ubat tidur, kita tidak akan tidur.

Cuba dapatkan suplemen MELATONIN untuk membantu tidur.

Dr Zubaidi Hj Ahmad

0197022391

#HealthDrZubaidi

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!