
TAHAP HEMOGLOBIN YANG TINGGI
Hemoglobin merupakan salah satu kandungan dalam sel darah merah yang menyebabkan warna merah.
Ia adalah protein dalam sel darah merah yang juga bergabung dengan zat besi.
Fungsi Hb adalah mengangkut oksigen ke seluruh tubuh, terutama paru-paru.
Pesakit boleh mempunyai tahap yang tinggi walaupun bilangan sel darah merah berada dalam julat yang normal. Tahap hemoglobin yang normal bagi lelaki adalah 14-18 gm/dL, sementara bagi wanita dewasa adalah 12-16 gm/dL.
Kadar Hb yang tinggi dalam darah hanya diketahui ketika melakukan pemeriksaan darah.
Ia mungkin berlaku pada sesetengah individu yang:
- Dehidrasi akibat kurang minum air atau mengalami cirit-birit.
- Berada di dataran tinggi
- Merokok
- Masalah struktur jantung sejak lahir
- Mengambil ubat seperti steroid anabolik atau erythropoietin.
- Emfisema, iaitu masalah paru-paru yang menyebabkan nafas menjadi pendek.
Bagaimana cara menurunkan tahap hemoglobin yang terlalu tinggi?
- Minum air mineral secukupnya.
- Berhenti merokok
- Jangan lupa untuk selalu melakukan pemeriksaan berkala
- Derma darah.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
