Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Lima tahun lepas, saya telah mengikat saluran fallopian saya di hospital. Sekarang saya mempunyai suami baru dan ingin hamil semula. Bolehkah saya saluran fallopian itu dibuka atau disambung semula? Terima kasih Dr Zubaidi.
Walaikumusalam.
Prosedur ikat salur peranakan atau kita sebut bilateral tubal ligation (BTL) merupakan satu cara menghalang kehamilan secara kekal dengan cara mengikat kedua-dua saluran fallopian yang menghalang pergerakan sperma untuk bertemu ovum di ovari bagi tujuan persenyawaan.
Ini bermakna wanita yang telah menjalani prosedur ini tidak akan dapat hamil lagi. Jadi fikir semasak-masaknya sebelum menandatangani surat persetujuan dan menjalani prosedur. Bila sudah lakukan, jangan menyesal kerana untuk mengubah semula saluran ini amat sukar.
Ia boleh dilakukan secara laparotomy iaitu membuat bukaan lebih kurang sejengkal pada abdomen atau laparoscopy iaitu membuat sekecil 1cm pada bahagian pusat dan satu lagi di bukaan kecil di bahagian tepi abdomen.
Selalunya saluran fallopian ini boleh dilekatkan klip atau dengan cara yang lebih berkesan iaitu dengan cara potong dan ikat.
Ia sangat berkesan menghalang kehamilan sekitar 99.95%. Bagi mereka yang mempunyai anak yang ramai, doktor akan mencadangkan prosedur ini kerana ia kerana ia mudah, murah, cepat, dan tidak perlu makan ubat pencegah kehamilan setiap hari.
Ia juga tidak mengganggu kitaran haid dan hormon.
Hukum melakukan BTL adalah haram kecuali kehamilan yang berlaku mungkin akan mengancam nyawa, bukan sebab anak sudah ramai.
Jika tidak berjaya disambung wanita tersebut masih boleh hamil dengan cara melakukan posedure IVF iaitu permanian dalam tabung. Jangan putus asa.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
