Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » TULANG COCCYX PATAH MASA BERSALIN PUNCA SAKIT BELAKANG?

TULANG COCCYX PATAH MASA BERSALIN PUNCA SAKIT BELAKANG?

TULANG COCCYX PATAH MASA BERSALIN PUNCA SAKIT BELAKANG?

Soalan 1. Normal atau tidak sakit belakang ketika hamil?

Rasa sakit belakang ketika hamil adalah suatu yang normal, terutama di akhir kehamilan. Ini kerana penambahan berat badan secara keseluruhan yang ditanggung oleh seorang wanita tersebut, secara purata antara 15-20kg. Posisi bayi yang berada di hadapan abdomen seberat 1.5-2.0 kg memberikan tekanan pada tulang belakang di bahagian lumbar. Ini punca seorang wanita mengalami rasa sakit belakang, terutama pada wanita yang mempunyai masalah tulang belakang seperti scoliosis, Prolapsed Intervertebral Disc atau kecederaan lampau pada tulang belakang.

Namun saya suka menggalakkan wanita yang hamil agar melakukan pemeriksaan doctor, juka rasa sakit belakang terlalu kuat sehingga mengganggu rutin seharian, atau rasa sakit tidak berkurangan. Saya pernah mendapat sat ukes di mana seorang wanita mengalami kanser tulang ketika hamil. Doktor yang memeriksa menyangka ia hanya adalah disebabkan oleh fenomena biasa ketika hamil.

Jadi pemeriksaan yang teliti juga adalah perlu bagi memastikan ia bukan rasa sakit belakang yang biasa.

Soalan 2. Ramai mungkin yang tak tahu apa itu tulang Coccyx, boleh dr terangkan dengan lebih jelas tentang tulang tersebut?

Tulang coccyx adalah tulang berbentuk segitiga yang terletak pada hujung tulang belakang. Ia sebenarnya gabungan 3-5 tulang yang digabungkan oleh ligament dan yang dipisahkan oleh sendi dengan stuktur tulang belakang yang lain. Pergerakan yang boleh dibengkokkan adalah minima. Selalunya tulang ini dilindungi oleh stuktur sekitarnya seperti otot dan tulang pinggul (ischium). Tetapi pada wanita, terutama yang mempunyai tulang pinggul yang lebih lebar, tulang coccyx ini lebih terdedah dan mudah tercedera.

Soalan 3. Dalam keadaan yang bagaimanakah boleh buatkan tulang ekor atau tulang coccyx ini patah terutamanya ketika mengandung atau bersalin?

Coccydynia adalah istilah yang diberikan kepada rasa sakit pada hujung tulang belakang (tulang ekor) akibat kecederaan pada tulang coccyx. Ia berlaku pada individu yang terjatuh dengan posisi duduk, contohnya akibat lantai yang licin. Ia sering berlaku pada orang obes (kerana terlalu berat) atau pada orang yang terlalu kurus (kerana tiada lemak pada punggung). Ia juga boleh berlaku pada orang yang lebih berusia akibat faktor umur atau akibat melahirkan anak secara normal (kelahiran vaginal).

Wanita yang melahirkan anak yang bersaiz besar lebih mudah mengalami ini, kerana ketika kepala melalui saluran peranakan (saluran vagina), ia boleh memberikan tekananpada tisu sekeliling. Ia menyebabkan koyakan pada vagina dan ia menyebabkan patah tulang coccyx. Tetapi ia jarang berlaku. Selain patah, tulang coccyx ini boleh mengalami kecederaan terseliuh (dislocation), yang juga menyebabkan rasa sakit.

Rasa sakit mula dirasakan setelah beberapa hari melahirkan anak, terutama apabila duduk atau mengubah posisi baring kepada posisi duduk. Ini membuatkan rasa tidak selesa.

Soalan 4. Jika hal ini berlaku, apakah yang perlu wanita lakukan?

Sebenarnya tiada rawatan yang spesifik bagi merawat masalah ini. Oleh kerana tulang coccyx adalah tulang yang kecil dan tiada fungsi yang spesik, selalunya doctor akan merawatnya secara konservatif. Ini bermakna kita mengharapkan agar tulang coccyx yang patah ini sembuh dengan sendirinya. Jadi kita menggalakkan pengambilan kalsium dan vitamin D jika mendapati wanita ini mengalami kekurangan kalsium dan vitamin D.

Bagi mengurangkan rasa sakit, saya mencadangkan agar dituamkan pek ais pada bahagian tersebut, dan gunakan bantal kecil berbentuk donat bagi ketika duduk. Banyak rehat dengan berbaring bagi mengurangkan rasa sakit. Posisi yang paling sesuai adalah posisi mengiring  bagi mengurangkan tekanan pada tulang coccyx.

Jika rasa sakit yang terlalu kuat, boleh ambil ubat penahan sakit untuk mengurangkan rasa sakit setelah mendapat nasihat doctor yang merawat. Terdapat beberapa jenis ubat tahan sakit yang mungkin menjejaskan pengeluaran susu ibu atau masuk ke dalam susu ibu. Jadi berhati-hati.

Banyakkan minum air kosong, dan sayuran-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan sembelit. Rasa sakit akan bertambah kuat bila meneran di dalam bilik air.

5. Apakah ada cara untuk wanita kurangkan risiko berlakunya patah tulang ekor ini?

Bagi wanita yang mempunyai risiko yang agak besar, saya cadangkan berbincang dengan doctor yang merawat, terutama wanita yang menghamilkan bayi yang bersaiz besar. Mungkin kelahiran secara pembedahan (Caesarean section) sesuai bagi mereka.

Tiada pilihan, mereka yang sedang melahirkan anak haruslah menurut arahan bidan yang membantu, dengan meneran pada waktunya. Ia akan melancarkan proses kelahiran dan mengurangkan risiko kecederaan termasuk patah tulang coccyx.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: