Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » APAKAH PERNAFASAN NORMAL?

APAKAH PERNAFASAN NORMAL?

APAKAH PERNAFASAN NORMAL?

Kadar pernafasan seseorang diukur dengan mengira bilangan pernafasan yang dilakukan oleh seseorang dalam tempoh satu minit ketika berehat berehat. Ia dapat menjangkakan seseorang mengalami suatu penyakit tertentu terutama yang berkaitan dengan paru-paru.

Pada amnya, kadar pernafasan wanita lebih tinggi dari lelaki. Kadar pernafasan bagi orang dewasa yang sihat adalah antara 12 hingga 18 nafas seminit.

Selain dari kadar pernafasan, doctor juga akan melihat sama ada seseorang itu menggunakan otot-otot pernafasan sehingga menyebabkan seolah-olah dada dan abdomen mereka kelihatan “berombak”. Bunyi semasa bernafas juga membantu doctor mengetahui punca masalah yang berkaitan dengan saluran pernafasan.

Otak selalu memberitahu otot-otot pernafasan untuk menarik nafas (tanpa kita sedari) dalam kadar yang normal. Namun otak akan memberitahu agar kita meningkatkan kadar pernafasan jika berlaku masalah kekurangan oksigen dalam tubuh. Contohnya kekurangan sel darah merah, ada jangkitan kuman atau ada masalah dengan paru-paru. Terdapat juga ubat-ubatan sintetik yang mungkin akan kadar pernafasan yang perlahan seperti ubat narkotik atau ubat selsema.

Ada satu keadaan di mana seorang dewasa mengalami gangguan pernafasan yang dinamakan Cheyne-Stokes di mana seseorang itu bernafas dengan dalam, kadang kala laju, kemudian diikuti bernafas dalam kadar yang perlahan dan boleh berhenti bernafas untuk sementara. Antara puncanya adalah disebabkan oleh kegagalan jantung kongestif, keracunan gas karbon monoksida, tahap mineral natrium yang rendah dalam darah (hyponatremia), berada pada paras yang tinggi pada aras laut, atau sedang nazak di peringkat akhir kematian.

Kadar pernafasan yang tinggi dan rendah adalah menandakan ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh. Kadar pernasafan yang tinggi berlaku apabila melebihi 20 penafasan per minit. Jika ia melebihi 24 pernafasan per minit, ia menandakan keadaan yang agak serius.


Antara puncanya :

  1. Demam – Tubuh akan meningkatkan kadar pernafasan untuk menghilangkan lebih banyak haba.
  2. Dehidrasi
  3. Serangan Asma – selalu datang Bersama dengan batuk dan berbunyi ketika bernafas.
  4. Penyakit COPD – Penyakit paru-paru obstruktif yang kronik pada orang merokok.
  5. Masalah hyperventilation – pernafasan yang laju sebagai tindak balas kepada tekanan perasaan, kesakitan, kemarahan atau semasa serangan panik.
  6. Masalah berkaitan dengan paru-paru – contohnya kanser paru-paru , emboli pulmonari, bronchitis etc.
  7. Jangkitan pada saluran pernafasan
  8. Masalah Acidosis – Peningkatan keasidan darah, selalunya berlaku pada pesakit diabetis (ketoacidosis diabetik).
  9. Masalah overdos ubat tahan sakit terutama aspirin
  10. Masalah jantung

Kadar penurunan darah selalu berlaku apabila kadar pernafasan kurang dari 12 dalam setiap minit. Antaranya:

1. Penggunaan bahan narkotik
2. Alkohol
3. Masalah metabolic terutama pesakit diabetis.

Secara amnya peningkatan atau penurunan kadar pernafasan adalah sesuatu yang tidak normal, terutama jika ia berlaku pada pesakit kronik. Segera bawa untuk pemeriksaan doctor.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: