SABAR MENGHADAPI UJIAN UNTUK HAMIL Banyak dugaan yang datang dalam pelbagai bentuk. Ada wanita yang mudah hamil, tetapi kemudian diuji dengan ujian kesihatan apabila jantung atau rahem menjadi lemah. Ada yang hamil, tetapi keguguran. Ada yang ingin sangat zuriat, diuji pula mendapat anak Down Syndrome. Ada juga yang mengalami kesukaran untuk hamil walau pelbagai usaha yang dilakukan. Semua ujian ini pada mata kasar amat menduga kita, membuatkan kita marah, kecewa dan benci pada semua orang. Tapi itulah peringatan yang ALLAH berikan. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, …
Read More »Wanita
asam gelugur membantu mengurangkan berat badan
ASAM GELUGUR MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN Asam gelugur (atau asam keping) mempunyai nama botani Garcinia Cambogia – juga dikenali sebagai Garcinia Atroviridis. Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu. Ia dipotong nipis dan dikeringkan, selalu digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti laksa, dan masakan asam pedas. Ramai yang tidak mengetahui bahawa ia baik untuk mengurangkan berat badan. Banyak kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasalah seperti: 1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar 2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan 3. Mereka yang terlalu gemuk Bahan utama dalam asam gelugor ialah Acid Hydroxy …
Read More »Suntikan IM Depo-provera Menyebabkan Kitaran Haid Tidak Menentu
SUNTIKAN IM DEPO-PROVERA MENYEBABKAN KITARAN HAID TIDAK MENENTU Salam doktor. Maaf menggangu, saya Puan N dari Selangor. Saya ada dua pertanyaan yang saya harap, doktor membantu saya. 1.Saya telah melahirkan anak yg pertama pd bln 6/16 tahun lepas. Kemudian sy mengambil IM depo utk menjarakkan kehamilan. Selepas mengambil 3x suntikan, saya tidak datang haid, sampai sekarang, lebih kurang 6 bulan. Saya ingin bertanya bertanya, adakah keadaan ini penyakit? Perlukah saya pergi berjumpa doktor? 2.Bolehkah saya hamil lagi kalau tidak didatangi haid? Itu saja, harap sgt dr dpt membantu sy, Terima kasih. WAALAIKUM MUSALAM. Suntikan perancang keluarga …
Read More »BERAPA KALI SEMINGGU HARUS MENCUCI RAMBUT?
Saya mencadangkan mencuci rambut (bershampoo) dua kali seminggu, bergantung pada keadaan rambut dan aktiviti seharian. Bagi orang yang mempunyai banyak aktiviti seharian, (terutama melakukan aktiviti fizikal seperti berolahraga, riadah dan bersukan) kulit mereka mengeluarkan lebih banyak peluh dan minyak. Mungkin mereka memerlukan kadar membersihkan rambut lebih kerap, terutama apabila kuit kepala dan rambut mereka sudah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan atau terdapat banyak kupingan di kulit kepala. Begitu juga jika berkerja di kawasan yang bersuhu agak kering dan panas, kuit kepala mungkin mengeluarkan lebih banyak peluh dan minyak. Tetapi jangan terlalu kerap menshampoo rambut …
Read More »KEPUTIHAN YANG TERUK DAN KITARAN HAID YANG TIDAK MENENTU
WA ALAIKUM MUS SALAM. Puan mengalami masalah jangkitan kuman yang teruk. Saya berharap dapat mengetahui jenis kuman yang puan alami berdasarkan pemeriksaan paps smear yang telah puan lakukan. Antara punca jangkitan yang berulang ialah disebabkan terlalu banyak lendiran faraj yang keluar. Ia disebabkan oleh ketidakseimbangan hormone. Ketidakseimbangan hormone ini juga menyebabkan puan mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Saya mencadangkan puan mengamalkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah bersama dengan multivitamin yang mengandungi elemen zink. Jika puan dapat mencari semula keputusan pap smear nanti, boleh hubungi saya di [email protected] Wallahu a’lam Bagi wanita yang mengalami …
Read More »HERBA UNTUK SUSU IBU
HERBA UNTUK SUSU IBU Ramai yang bertanya bagaimana untuk memperbanyakkan susu ibu. Antara herba yang dikatakan membantu memperbanyakkan susu ibu ialah: 1. Biji Halba (Fenugreek seeds) 2. Bawang putih 3. Biji jintan putih 4. Habatus sauda 5. Biji karom 6. Labu 7. Kacang Dhal 8. Lobak merah …
Read More »UPT Negatif Tidak Semestinya Tidak Hamil
Ada seorang wanita berusia 30an pernah datang ke klinik saya. Masalah beliau ialah mengalami kelewatan haid selama dua minggu. Ini disebabkan suami beliau berada di luar negara semenjak 6 bulan lepas kerana melanjutkan pelajaran PhD di luar negara. Beliau risau jika beliau hamil ! Saya puas memberitahu bahawa puan tidak hamil jika tiada melakukan hubungan seksual bersama suami (atau dengan mana-mana lelaki). Saya tidak mahu berburuk sangka dan menganggap wanita ini mengalami kekeliruan. Tetapi beliau mendesak saya melakukan ujian UPT bagi memastikan beliau betul-betul tidak hamil. Saya akur dengan permintaan beliau dan melakukan pemeriksaan ujian UPT. Ujian UPT bertujuan untuk …
Read More »PETUA BAGI MENGHILANGKAN PENING
Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh da nada kala rasa seperti ‘mahu pengsan’. Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simtom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kepalterbang atau kenderaan …
Read More »ENDOMETRIOSIS ADALAH PENYAKIT AKIBAT KERADANGAN DAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON
Ramai yang bertanya saya mengenai masalah endometriosis. Endometriosis adalah masalah yang dialami oleh ramai wanita dan doctor perubatan masih tidak mengetahui punca berlakunya masalah ini. Banyak teori yang diberikan. Namun teori yang diberikan tidak banyak membantu dalam merawat pesakit wanita yang mengalaminya. Saya berpendapat bahawa endometriosis adalah gabungan dari dua masalah utama, iaitu keradangan (inflammation) daan ketidakseimbangan hormone. Endometriosis berlaku apabila tisu normal dalam rahem (lapisan endoendometrium) berada di luar rahem. Tisu ini mengalami perubahan seperti mana tisu dalam rahem, iaitu membesar dan menjadi darah haid, dengan kesan hormone peningkatan estrogen. Ia menyebabkan rasa sakit dan pendarahan yang banyak dalam …
Read More »15 perkara yang perlu kita tahu tentang garam
15 PEKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG GARAM 1 – Garam atau nama saintifiknya Sodium Chloride, terdiri daripada 2 komponen, iaitu 40% Sodium dan 60% Chloride. 2 – Dalam diet manusia, garam tergolong dalam kelompok MIKRONUTRIEN – yakni nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang kecil saja. Jika kurang mineral ini, pesakit akan mendapat penyakit. Jika berlebihan juga akan mendatangkan penyakit. 3 – Sodium sudahpun wujud secara semulajadi dalam semua makanan, maka pengambilan garam haruslah terkawal agar pengambilan sodium anda tidak terlebih. 4 – Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sodium agak jarang berlaku kerana diet kita …
Read More »Awas Bahaya Suntikan oleh staf bukan doktor untuk Cantik
BAHAYA SUNTIKAN OLEH STAF BUKAN DOKTOR UNTUK CANTIK SEJAK kebelakangan ini semakin ramai orang kelihatan semakin cantik, putih, gebu dan muda dengan mendapatkan pelbagai bentuk rawatan kecantikan tetapi ada antaranya tidak mengikut cara yang betul. Pada mulanya mereka mengambil produk yang terdapat di pasaran tetapi apabila hasil yang didapati tidak memuaskan mereka mula mendapatkan produk yang lebih berbahaya dengan harapan mendapat hasil lebih pantas. Antaranya melalui kaedah suntikan untuk kecantikan. Baru-baru ini ada kes seorang bekas jururawat telah ditahan kerana memiliki produk yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan. Dia turut menjalankan aktiviti suntikan di rumah sendiri yang boleh mengundang bahaya kepada …
Read More »OMEGA 3 DAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK ELAK NYANYUK
Pada tahun lalu, direkodkan bahawa Malaysia mempunyai sebanyak 2.8 juta warga emas (berusia 60 tahun dan ke atas) daripada keseluruhan populasi seramai 31 juta orang. Diramalkan, menjelang tahun 2050, negara dijangka mempunyai 40.7 juta penduduk dengan 23.5 peratus daripada populasi itu terdiri daripada warga emas. Pada masa sekarang, 1.4 daripada 10 orang dewasa di Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas mengalami masalah dementia atau nyanyuk. Insiden akibat gejala tersebut juga meningkat kepada 22.7 peratus dalam kalangan mereka yang berumur 75 tahun dan ke atas. Dementia adalah masalah yang berkaitan dengan simptom penyusutan memori atau kemahiran berfikir. …
Read More »Bolehkah menyusukan anak ketika ibu demam?
BOLEHKAH MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM? “Assalammualaikum, doctor saya ingin pandangan doctor, apakah kesan pada anak kalau seorang ibu yang demam meyusukan anak itu (breast feeding)?” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebagai manusia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak perasan yang kita mengalami demam, kerana demam yang rendah selalunya akan sembuh tanpa diberikan ubat. Demam dapat diukur dengan menggunakan alat thermometer. Fever selalu didefinasikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi suhu badan yang normal, iaitu 36.5–37.5 °C (98–100 °F). Secara am apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, beliau akan mengalami rasa sejuk walaupun suhu …
Read More »ADAKAH CYST SAYA BOLEH BERTUKAR MENJADI KANSER?
“Salam, doktor. Saya berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya telah menjalani pemeriksaan pada bahagian pelvis, ujian darah dan juga imbasan ultrabunyi (ultrasound) abdomen. Doktor memberitahu yang saya mempunyai ovarian cyst. Adakah cyst ini bahaya ? Mohon pencerahan”. WA ALAIKUM MUS SALAM Puan jangan terlalu bimbang. Ovarian cyst atau bahasa kita disebut sista pada ovari adalah gelembung yang mengandungi cecair pada kilang ovari. Ramai yang menyangka ia adalah kanser ovari. Sebenarnya tidak.Kebanyakan ovarian cyst ini bukanlah ketumbuhan kanser. Berita yang menggembirakan hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada ovarian cyst memerlukan …
Read More »Adakah Normal Mengalami Keputihan Semasa Hamil?
KEPUTIHAN SEMASA HAMIL “Adakah normal mempunyai keputihan yang berlebihan semasa hamil?” WA ALAIKUM MUS SALAM Wanita yang hamil, apabila mengalami keputihan yang berlebihan, ia adalah suatu yang biasa dan normal. Selalunya sebelum hamil, wanita kerap mengalami lendiran yang berwarna jernih dan tidak berbau. Adakalanya akan kental seperti susu basi dan mempunyai sedikit bau. Ia adalah sesuatu yang biasa, selagi tidak menyebabkan kegatalan. Keputihan ini semakin banyak apabila mereka hamil, kerana semasa hamil terdapat peningkatan pengeluaran estrogen dan aliran darah ke kawasan faraj lebih banyak. Lendiran ini sebenarnya rembesan dari kelenjar di pangkal rahim dan faraj, dan terdiri juga dari sel-sel …
Read More »BAHAYA TIDUR DENGAN BAYI
Ramai ibu bapa beranggapan tidur bersama bayi dengan berkongsi katil atau tilam adalah cara paling selamat untuk melindungi si kecil, di samping dapat mengeratkan lagi ikatan antara kedua-dua pihak. Memang benar tidur bersama bayi membolehkan ibu bapa lebih rapat dengan si kecil kerana langkah itu memberi ibu bapa masa tambahan bersama bayi. Tidur dengan bayi juga membolehkan ibu bapa segera bertindak jika si kecil mula batuk atau menangis pada waktu malam. Malah, bayi yang tidur berkongsi katil dengan ibu mereka dikatakan cenderung untuk menyusu lebih kerap dan tempoh lebih lama berbanding bayi yang tidur bersendirian. Bayi yang tidur dengan ibu …
Read More »Darah Nifas Bermula Selepas Proses Kelahiran
DARAH NIFAS BERMULA SELEPAS PROSES KELAHIRAN “Assalamualikum Dr, saya nak bertanya. Kawan saya mengandung dan sedangmenggu hari untuk bersalin, tapi hari ni ada darah berwarna coklat keluat tapiDr kata tak belum masnya untuk bersalin lagi. Persoalan saya, bolehkan kawan saya solat seperti biasa sbb tidaktahu status darah berkenaan sama ada haid atau nifas. Sekian Terima Kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak pendapat ulamak mengenai masalah ini. Saya mengambil satu pendapat iaitu darah nifas bermula apabila darah keluar dari rahem melalui faraj apabila proses kelahiran bermula sehingga sampai 60 hari.. Ada ulamak yang mengatakan darah yang keluar …
Read More »Pendarahan selepas keguguran
PENDARAHAN SELEPAS KEGUGURAN Assalamualaikum doktor. Terima kasih kerana sudi membaca permasalahan saya.saya mengalami keguguran semulajadi pada 24/5/15,usia kandungan 13minggu lebih.kemudian melalui proses d&c pada hari berikutnya 25/5/15.pendarahan pada 2 minggu pertama kemudian hanya lendir keruh/coklat tidak berbau dgn kuantiti yg sgt sedikit sehingga hari ke 39.hari ke 40 sudah kering sepenuhnya.kemudian sy mandi hadas dan bersama suami pada hari ke 41.keesokan hari,pada sebelah petang,keluar lendir bercampur darah keruh/coklat(bukan darah fresh) semula tp sedikit,berlarutan seharian kemudian kering semula.persoalan saya: 1)adakah normal begitu?atau rahim saya luka?utk pengetahuan doktor,saya tidak merasa sebarang kesakitan di ari2,atau semasa bersama suami. 2)adakah pendarahan ringan …
Read More »Rahem jatuh
RAHEM JATUH “Salam doctor, saya ingin tanya bagi pihak kawan saya. Dia mengalami peranakan jatuh. Dia sudah berubat kampung secara mengurut dan makan jamu tapi masih tidak ok. Dia beritahu seperti ada macam ada sesuatu di lubang faraj. Kalau hamil, ada kesan apa-apa kah? Saya sudah suruh dia pergi hospital tapi dia tidak mahu kerana takut. Saya harap doktor dapat beri penjelasan dan bantu cara rakan saya. Saya kasihan pulak tengok kawan saya tu. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Uterus (rahem) adalah struktur peranakan yang disokong oleh otot-otot dan ligament. Jika ini otot atau ligamen …
Read More »Ibu mempunyai fibroid. Perlukah pembedahan?
IBU MEMPUNYAI FIBROID. PERLUKAN PEMBEDAHAN? “Salam sejahtera doktor zubaidi. Maaf menggangu, Saya ingin bertanyakan soalan. Macam ni..emak sy setelah di scan oleh doktor didapati terdapat fibroid yang sudah membesar di dalam rahimnya, Mohon pencerahan. Terima kasih atas keprihatinan tuan. Sekian.” SALAM SEJAHTERA. Ia bergantung kepada umur ibu puan dan saiz fibroid dalam rahem. Jika saiz fibroid terlalu besar sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak ketika haid, atau mengganggu rutin seharian yang lain, mungkin akan mencadangkan pembuangan rahem, kerana secara biologinya fungsi rahem sudah tidak digunakan lagi (kerana fungsi rahem adalah untuk hamil). Ia lebih bermanfaat. Tetapi jika saiz fibroid itu sederhana, …
Read More »Darah Nifas Berlarutan Melebihi 60 Hari
DARAH NIFAS BERLARUTAN MELEBIHI 60 HARI. “Salam doctor. Saya berumur 25tahun Dan hari ni hari ke 82 selepas saya bersalin anak sulung pada 14 Mac lalu. Pada hari ke 43 saya mendapat suntikan pertama suntikan perancang keluarga dan menurut nurse selepas mendapat suntikan Peredaran haid tidak menentu atau darah yg keluar akan berpanjangan yang mengambil masa mungkin sehingga tiga bulan. WA ALAIKUM MUS SALAM Suntikan perancang keluarga yang diberikan memberikan beberapa kesan sampingan antaranya ialah kitaran haid yang tidak menentu. Antaranya ialah darah haid yang terlalu sedikit atau tidak datang langsung untuk beberapa bulan. Dalam kes puan, inkesion …
Read More »Luka Pembedahan Lambat Baik
LUKA PEMBEDAHAN YANG LAMBAT SEMBUH “Assalamualaikum wbt. Untuk pengetahuan DR. Saya telah menjalani pembedahan pada 17/4/2015 akibat saluran tiub kiri ovari pecah disebabkan kandungan luar rahim yang berusia 7minggu dan telah berlaku pendarahan didalam perut. Selepas menjalani pembedahan buang tiub ovari kiri doktor telah mengesahkan masih terdapat fibroid kecil dirahim saya. Selepas 14 hari pembedahan, luka pada pembedahan masih tidak sembuh, kulit kering tetapi di hujung kiri dan kanan masih terasa pedih dan panas, serta lukanya bernanah(tetapi tidak banyak). Saya juga mengalami batuk dari sebelum pembedahan sehingga sekarang masih tidak pulih. Setiap kali batuk, luka pada kawasan pembedahan akan …
Read More »Pendarahan selepas melakukan HVS
PENDARAHAN SELEPAS MELAKUKAN HVS “Salam doktor. Saya mengalami keputihan sehingga bertukar warna kekuningan. Kemudian saya buat HVS pagi semalam tadi. Sebelum magrib tadi saya dapati lendir saya bercampur darah. Adakah darah ini disebabkan swab tadi? Mohon penerangan doktor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM High Vaginal Swab (HVS) adalah teknik yang digunakan di Jbatan Obstetrics & Gynaecology untuk mengambil contoh sampel lendiran dalam faraj. Ia diambil di bahagian berdekatan dengan pangkal rahem. Sampel lendiran ini akan dihantar untukujian “ culture and sensitivity” untuk memeriksa punca jangkitan pada faraj. Selalunya dilakukan apabila doctor mengesyaki ada jangkitan …
Read More »Kekeringan faraj selepas melahirkan anak
KEKERINGAN FARAJ SELEPAS MELAHIRKAN ANAK “salam doc.. Maaf andai soalan saya agak sensitif Saya baru bersalin 3bulan lepas..dan umur saya baru saja 24tahun.. Masalah sy,pertama kali sy bersama suami selepas bersalin vagina sy terasa kering.. Tapi bila bersama suami,sy tidak merasa sakit ketika bersama. Cuma di bahagian bibir vagina saya tidak basah.. Dan ia agak susah nk masukkan zakar semula apabila ia terkeluar kerana kesat. Dan apabila sy mencapai tahap klimaks pon sy masih tak rasa bibir vagina sy basah.. Sy rse buntu dgn masalah ini.. Takut andai suami mula hilang selera.. Harap doktor dapat membantu.. Terima kasih” WA …
Read More »Fungsi dusphaton untuk pesakit endometriosis
FUNGSI DUSPHATON UNTUK PESAKIT ENDOMETRIOSIS Tablet Duphaston 10mg mengandungi ramuan dydrogesterone, iaitu hormone wanita progesteron sintetik (buatan). Struktur kimia hormone buatan ini hampir menyerupai progesteron yang asli dihasilkan oleh tubuh seorang wanita secara semula jadi. Oleh itu ia memberikan kesan yang sama. Dalam kitaran haid yang normal, hormone progesteron yang dihasilkan oleh ovari, akan bertindak pada lapisan endometrium pada dindang dalam rahem, untuk kekal menebal. Ini sangat penting untuk mengekalkan kehamilan. Jika tidak janin yang telah disenyawakan akan mudah gugur. Jika wanita itu tidak hamil, tahap kandungan estrogen dan progesteron dalam tubuh akan menurun dan lapisan endometrium akan turun sebagai …
Read More »Pelincir untuk kekeringan faraj
PELINCIR UNTUK KEKERINGAN FARAJ “Salam doctor, saya mengalami masalah kekeringan faraj. Hal ini sangat merisaukan saya kerana saya baru berumur 32 tahun dan mempunyai seorang anak. Apabila bersama suami, saya mengalami rasa sakit dan pedih. Bolehkah doctor mencadangkan sebarang pelincir faraj untuk saya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami. Ini disebabkan luka pada vulva, iaitu pembukaan faraj. Antara puncanya ialah apabila wanita itu belum cukup lagi dirangsang dengan sepenuhnya, sehinggakan tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan batang zakar ke dalam faraj. Kemasukan batang zakar ke dalam …
Read More »WANITA DEWASA TIDAK PERNAH DATANG HAID
“Salam sejahtera doktor,saya berumur 27thn dan saya sudah berkahwin setahun yang lepas. Saya mengalami masalah belum pernah datang haid dari umur remaja sehingga sekarang. Berat badan saya 46kg dan ketinggian saya 160cm..Saya amat memerlukan pandangan doktor dalam menyelesaikan masalah saya kerana saya ingin hamil seperti wanita normal yang lain.Terima kasih doctor. Terima kasih”. Salam sejahtera. Kebanyakan kanak-kanak perempuan mula datang haid seawal umur 9 dan ada yang agak lambat sehingga berumur 18 tahun. Namun purata kanak-kanak perempuan mengalami haid pada usia sekitar 12 tahun. Apabila kanak-kanak ini tidak pernah dating haid langsung semenjak awal, keadaan …
Read More »ADAKAH PENGGUNAAN TUALA WANITA BOLEH MENYEBABKAN KANSER RAHIM DAN KANSER OVARI?
ADAKAH PENGGUNAAN TUALA WANITA BOLEH MENYEBABKAN KANSER RAHIM DAN KANSER OVARI? “Salam doktor. Ramai yang menyatakan tuala wanita adalah ancaman dalam diam kepada wanita. Adakah ianya betul?” Tuala wanita adalah bahan penyerap yang dipakai oleh seorang wanita atau gadis untuk menyerap aliran darah dari kemaluannya.Ia digunakan ketika mengalami haid, atau selepas pembedahan faraj, atau selepas melahirkan anak, atau selepas pengguguran, atau dalam mana-mana keadaan lain yang mana terdapat pendarahan yang banyak keluar dari faraj. Pada zaman zaman dahulu, nenek moyang kita memang tidak pernah menggunakan tuala wanita. Namun sejarah penggunaa tuala wanita …
Read More »Sakit di tempat jahitan luka episiotomy
SAKIT DI TEMPAT JAHITAN LUKA EPISIOTOMY “Salam doctor. Saya mengalami rasa sakit dan pedih di tempat jahitan luka episiotomy. Saya baru melahirkan anak 3 hari lepas. Oleh kerana saya menyusukan anak, saya bimbang kesan ubat pada bayi saya. Ada cara lain untuk menghilangkan rasa sakit pada tempat jahitan ini. Mohon pencerahan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak secara normal, mengalami koyakan pada faraj, sama ada disebabkan oleh guntingan episiotomi atau disebabkan koyakan akibat kepala bayi yang agak besar. Selalunya luka yang minima akan pulih tanpa masalah. Calar-lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan …
Read More »Bagaimana mempercepatkan proses pemulihan pada luka di faraj atau luka episiotomy
BAGAIMANA MEMPERCEPATKAN PROSES PEMULIHAN PADA LUKA KOYAKAN DI FARAJ ATAU LUKA EPISIOTOMY “Salam doctor, saya mengalami koyakan faraj yang teruk (darah ketiga) semasa melahirkan anak 3 minggu lepas. Malangnya, tiada tanda-tanda luka jahitan itu sembuh. Boleh doctor beritahu cara mempercepatkan penyembuhan luka. Saya ucapkan terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Bagi mempercepatkan penyembuhan luka episiotomy atau luka pada faraj ketika melahirkan anak, pastikan jahitan pada luka betul-betul bersih, bagi mengurangkan mengurangkan risiko jangkitan kuman pada luka tersebut. Saya mencadangkan agar wanita yang baru melahirkan anak secara normal agar melakukan pergerakan ringan seperti berjalan secepat mungkin. …
Read More »PUNCA RASA SAKIT PADA PERANAKAN
PUNCA RASA SAKIT PADA PERANAKAN “Assalamualaikum doktor, saya seorang surirumah, usia 40an, mempunyai 8 org anak. Saya mengalami rasa sakit dan tidak selesa bahagian ari-ari bila saya berdiri atau berjalan, seperti ada ada tekanan pada faraj. Saya sudah sebulan tidak datang haid, tapi saya belum ke klinik utk pemeriksaan. Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengalami sakit dan tidak selesa di bahagian bawah perut (atau lebih tepat di bahagian abdomen) dari semasa ke semasa. Kebiasaannya ia berkaitan dengan masalah kitaran haid mereka dan organ yang terlibat ialah rahem. Walau bagaimana pun banyak lagi punca rasa tidak …
Read More »Kesan ubat escitalopram (lexapro) semasa menyusukan bayi
KESAN UBAT ESCITALOPRAM SEMASA MENYUSUKAN BAYI “Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya berkenaan kekeliruan yang saya hadapi. Saya adalah pesakit yang mempunyai penyakit panic attack. Saya telah berjumpa dengan doctor psychiatry dan telah diberikan ubat Lexapro. Walaubagaimanapun saya masih menyusu anak yang berusia 6 bln. Adakah bahaya kalau saya teruskan penyusuan kerana doctor psychiatry saya beritahu saya boleh membuat penyusuan pada sebelah petang memandangkan kesan ubat mungkin telah sedikit demi sedikit hilang. Saya juga ada membuat bacaan di internet mengatakan amat sedikit kesan ubat terhadap susu ibu. Mohon dr beri pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah kemurungan selepas …
Read More »Rahem Jatuh Selepas Melahirkan Anak Pertama
RAHEM JATUH SELEPAS MELAHIRKAN ANAK PERTAMA “Asalamualaikum. Saya berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak pertama yang sekarang berusia baru 3 bulan. Saya mengalami masalah sakit pada pangkal rahim. Dalam tempoh pantang, saya sudah urut banyak kali dan sekarang saya masih rasa pangkal serviks berada di dalam faraj. Apa yang perlu saya lakukan doktor? Adakah alat yang boleh dipakai untuk menahan pangkal serviks daripada turun ke dalam faraj?” WA ALAIKUM MUS SALAM Agak sukar saya mendiagnosa puan mengalami “jatuh rahem” kerana saya tidak memeriksa keadaan puan. Jarang wanita yang muda dan baru melahirkan seorang anak mengalami “jatuh rahem” atau …
Read More »Rahem Jatuh
RAHEM JATUH (PROLAPSE RAHEM) “Nenek saya berusia 70 tahun. Dia tidak mengalami penyakit kronik. Dalam beberapa bulan kebelakangan, beliau perasan ada ketulan keluar dari faraj. Mulanya kecil dan jika dia berbaring ketulan tersebut hilang. Ketulan ini lebih ketara semasa mencangkung untuk buang air besar tetapi tidak sakit. Masalahnya, kadang-kala dia berasa tidak selesa atau ngilu pada bahagian belakang. Mulanya, dia berasa amat malu untuk memberitahu kami masalah yang dialaminya. Dalam seminggu dua ini, ketulan tersebut tidak masuk semula ke dalam faraj. Ini membuatkan nenek berasa tidak selesa sebab ketulan itu berada di antara celah peha. Dia perasan ada sedikit …
Read More »Ubat Dusphaton merawat masalah kewanitaan
UBAT DUSPHASTON MERAWAT MASALAH KEWANITAAN “Salam doktor, mohon pencerahan mengenai ubat dusphaton. Baru-baru ini saya diberikan oleh ubat ini ketika saya mengalami sedikit pendarahan, pada usia kehamilan saya 16 minggu. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Duphaston adalah ubat sintetik (tiruan) hormone progestogen, yang dikenali sebagai “dydrogesterone”. Struktur molekulnya menyamai dengan hormone progesteron yang dihasilkan secara semula jadi oleh kelenjar ovari. Ia sangat berkesan untuk merawat masalah kewanitaan, seperti: Kitaran haid yang tidak menentu Masalah kesuburan akibat kekurangan hormone progesterone Masalah keguguran yang kerap. Masalah endometriosis Masalah ‘premenstrual syndrome’ Ubat duphaston ini dipasarkan dalam dos 10mg …
Read More »Pembungan rahem dan pendarahan
PEMBUANGAN RAHEM DAN PENDARAHAN Salam, saya ingin bertanya tentang masalah saya. 1)pada tahun 2005 saya disahkan hamil tetapi semasa kandungan berusia lapan bulan anak saya disahkan meninggal di dalam kandugan.doktor meminta saya membuat d&c. 2) pada tahun yang sama saya disahkan hamil lagi alhamdulillah anak saya lahir dengan selamat tetapi terpaksa di bedah kerana songsang 3)tahun 2009 saya disahkan hamil lagi tetapi kehamilan ini menghadapi masalah uri bawah plencenta previa type 3. semasa proses kelahiran saya mengalami tumpah darah yang tidak henti-henti sehinnga doktor terpaksa membuang rahim saya untuk meyelamatkan nyawa saya. untuk pengetahuan doktor ovari saya …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
