UBAT DUSPHASTON MERAWAT MASALAH KEWANITAAN
“Salam doktor, mohon pencerahan mengenai ubat dusphaton. Baru-baru ini saya diberikan oleh ubat ini ketika saya mengalami sedikit pendarahan, pada usia kehamilan saya 16 minggu. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Duphaston adalah ubat sintetik (tiruan) hormone progestogen, yang dikenali sebagai “dydrogesterone”. Struktur molekulnya menyamai dengan hormone progesteron yang dihasilkan secara semula jadi oleh kelenjar ovari.
Ia sangat berkesan untuk merawat masalah kewanitaan, seperti:
- Kitaran haid yang tidak menentu
- Masalah kesuburan akibat kekurangan hormone progesterone
- Masalah keguguran yang kerap.
- Masalah endometriosis
- Masalah ‘premenstrual syndrome’
Ubat duphaston ini dipasarkan dalam dos 10mg yang diambil sebiji atau dua biji atau tiga biji dalam sehari, mengikut penilaian doctor pada hari ke lima hingga hari ke hari 25 mingkut kitaran haid.
Bagi pesakit endometriosis, dos yang diberikan ada kalanya lebih tinggi, (mengikut tahap masalah yang dialami), dan diberikan antara enam hingga dua belas bulan.
Pada amnya ubat ini selamat digunakan, namun ada beberapa wanita yang menggunakannya mengalami kesan sampingan.
Dusphaston tidak berbahaya kepada janin dalam rahem, malah digunakan bagi mencegah keguguran yang berulang. Maknanya wanita yang sering mengalami keguguran semasa hamil, berikan ubat ini dan ia tidak berbahaya pada bayi dalam rahem.
Ia juga tidak mengganggu penyusuan pada ibu yang menyusukan anak mereka.
Namun begitu, ubat ini bukanlah ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dan pemantau doctor. Ini kerana ia mempunyai beberapa kesan sampingan yang dilaporkan oleh beberapa wanita yang menggunanya.
Antara kesan-kesan sampingan yang dialporkan ialah rasa loya, sakit pada payudara, merasa sakit kepala, pening, kembung perut, dan kulit manjadi ruam.
Kitaran haid juga mungkin menjadi tidak menentu, jika digunakan oleh wanita yang tidak hamil. Ia dapat diperbetulkan dengan meningkatkan dos yang diambil.
Seperti dengan kebanyakan dalam perubatan moden, seorang pesakit mungkin tidak mengalami sebarang kesan sampingan sama sekali.
Apa yang penting, ubat ini harus diambil dengan nasihat dan pemantauan doctor.
Wallahua’lam.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah: