“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Pagi tadi saya buat pemeriksaan gula dalam darah di farmasi dan mendapati bacaan gula saya 11.0 mmol/L. Kakak ipar saya mencadangkan minum Air Bunga Telang. Adakah ia membantu? Terima kasih”.
********
Waalaikumussalam.
Bacaan gula darah 11.0 mmol/L adalah tinggi dan mungkin menunjukkan bahawa puan telah mengalami diabetes, terutamanya jika bacaan ini diambil secara rawak (tidak berpuasa) atau selepas makan.
Untuk mengesahkan diagnosis diabetes, biasanya ujian tambahan seperti ujian toleransi glukosa oral (OGTT) atau ujian hemoglobin A1c diperlukan.
Saya sarankan puan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dan nasihat perubatan yang tepat.
Mengenai nasihat kakak ipar mengenai pengambilan air Bunga Telang, tiada masalah untuk menjadikan ia sebagai ikhtiar rawatan. Cuma adakah ia betul-betul berkesan.
Minum air bunga Telang (Clitoria ternatea) mungkin membantu sedikit dalam mengawal kadar gula dalam darah.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa bunga Telang mengandungi antosianin dan antioksidan yang boleh membantu menurunkan kadar gula darah dan meningkatkan kadar antioksidan dalam badan.
Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang perlu dijalankan untuk menentukan kesan sebenar bunga Telang terhadap diabetes.
Oleh itu, adalah penting untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada bunga Telang sebagai rawatan utama.
Puan perlu terus mengikuti nasihat doktor dan mengamalkan gaya hidup sihat, termasuk diet seimbang dan senaman yang teratur.
Semoga menjawab soalan yang ditanya.
Vitamin E mampu mengelakkan komplikasi diabetis terutama masalah saraf seperti kebas dan mencucuk-cucuk pada anggota tubuh
Dapatkan di sini.
https://www.needsvenue.com.my/products/-new-product-tocotrienols-softgel-olive-house