Rahem Jatuh Selepas Melahirkan Anak Pertama

RAHEM JATUH SELEPAS MELAHIRKAN ANAK PERTAMA

 woman deperession

“Asalamualaikum. Saya berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak pertama yang sekarang berusia baru 3 bulan.  Saya mengalami masalah sakit pada pangkal rahim. Dalam tempoh pantang, saya sudah urut banyak kali dan sekarang saya masih rasa pangkal serviks berada di dalam faraj. Apa yang perlu saya lakukan doktor? Adakah alat yang boleh dipakai untuk menahan pangkal serviks daripada turun ke dalam faraj?”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Agak sukar saya mendiagnosa puan mengalami “jatuh rahem” kerana saya tidak memeriksa keadaan puan. Jarang wanita yang muda dan baru melahirkan seorang anak mengalami “jatuh rahem” atau uterinal prolpse.

“Jatuh rahem” berlaku apabila ligamen dan otot-otot di pelvis di sekeliling rahem menjadi lemah dan tidak boleh lagi menampung rahem pada bahagian pelvis itu. Ini menyebabkan rahem jatuh keluar faraj dan menyebabkan ketidakselesaan.

Mungkin puan mengalami masalah “jatuh rahem” di peringkat pertama iaitu dalam peringkat permulaan.

Terdapat 3 peringkat kejatuhan rahem.

* Peringkat pertama : rahem terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear

* Peringkat kedua :   Rahem jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj

* Peringkat ketiga :     Hampir keseluruhan rahem jatuh terkeluar dari faraj.

Wanita yang mengalami  “jatuh rahem” selalunya akan mengalami rasa sukar mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak puas.

Mereka juga  berasa ada benda berat di celah alat sulitnya. Dalam keadaan yang teruk di mana rahim jatuh keseluruhannya, boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman.

Untuk peringkat pertama, puan boleh melakukan petua di bawah:

* Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku.

* Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, dan dapat semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang

* Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit.

* Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik

* Elakkan hamil yang kerap dan rapat. Ini akan membantu otot-otot di sekelilingan rahem menjadi lebih kuat.

Bagi peringkat ke dua, selalunya doctor akan merujukkan pada pakar fisioterapi untuk mengajar teknik senaman pelvik. Selain itu, pesari faraj iaitu alat berupa donut yang terdapat dalam beberapa saiz boleh digunakan untuk mengekang rahem dari jatuh. Ia perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit hendaklah berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya.

Bagi tahap ketiga, pembedahan mengeluarkan rahem adalah pilihan terakhir setelah segalanya dilakukan terutama apabila wanita itu telah mengalami menopause.

Walau bagaimana pun saya mencadangkan puan menjalani pemeriksaan doctor bagi menentukan peringkat mana masalah “jatuh rahem” puan dan rawatan yang sesuai untuknya.

Wallahu a’lam.

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!